7.25.2013

Terpulang


Sejak aku akhil baligh, aku tidak pernah tidak berpuasa tanpa sebab, melainkan keuzuran wanita. Walaupon, ketika cuti sekolah atau belajar aku terpaksa menolong parent aku. Bayangkan, lepas subuh, kami dah ada di pasar borong, bertempat tanah lapang, tanpa berbumbung. Kemudian kami pasang payung,atau khemah dan berniaga. Dari subuh sehingga tengahari. Sudahlah duduk tengah panas, kena angkat besi, barang dengan nak mengemas, nak layan customer lagi. Ketika tengahari terpacak tepat atas kepala tula nak berkemas, lepas tu nak gerak pergi bukak kedai pulak sampai tengah malam. Kekadang, walaupon dah buka, nak makan pon sikit sebab tak cukup tangan nak layan customer. Tutup kedai pula pokol 3-4pagi. Disebabkan penat yg teramat, nak sahur pon dah tak ada selera dan terus tertidur. Masuk van nanti nak gerak pergi pasar borong lagi. Bayangkan harian aku begitu disetiap ramadhan.


Walaupon begitu, sehari pon aku tidak pernah ponteng puasa! Jadi, apalah sangat kalau nak dibandingkan aku yg sedang bekerja opiz walaupon perlu berjalan jauh dr opiz ke lrt, dari lrt ke stesen bas, dr stesen bas ke rumah. Setiap perjalanan mengambil masa 15 minit. Kalau aku keluar rumah pukul 6.20, aku sampai opiz pukul 8.20. Begitu jugak kalau balik. Memang makan masa 2jam, dan agak memenatkan, tapi aku tak kisah pon.

Tapi apabila sudah melibatkan tentang nyawa lain. Aku tewas! Aku rasa, aku bukan saja menzalimi diri aku, malah menzalimi kandungan aku. Untuk apa berpuasa, kalau ia memudaratkan bukan aku sorang tapi kami berdua?Aku tidak kisah kalau aku yang menanggung kepenatan, sakit semua tu. Tapi kalau apa-apa jadi pada kandungan yg baru menapak ini, bagaimana?

Bukankah Islam itu mudah?

Kau semua boleh kata apa saja. Apa saja. Kerna aku tak perlu manusia untuk memahami aku. Cukup Dia faham, betapa setiap kali aku nak menyuapkan makanan, dalam hati aku berdoa dan terkadang sampai menangis,


“Ya Allah, sesungguhnya tekak aku loya bila terpandangkan makanan, tapi perut aku menggigil-gigil mintak di isi! Kau tolonglah! Kerna makanan ini bukan untuk aku, tapi kandungan ini! Maka, Kau tolonglah!”

Jadi, teruskan lah apa yang kau nak cakap kerna ini antara aku dan Tuhanku. Bukan kau yang tentukan dosa pahala aku.

3 comments:

Sabirah Sab said...

ada yg mengata ke.. peliknya manusia..


jaga kandungan baik2..

H Y D E said...

oh. dah mengandung rupanya.

Anonymous said...

Dah ade baby ye...huhu..lmbat sket tau, sbb dah lme x menyibuk kt belog ni..hewhewhew..tahniah dan sile jage baby baek2 ye cik alfi..
:)