10.08.2014

Aisyah Umairah 6 bulan 3 minggu **agaknyala

Assalamualaikum, 

Hai hai...Oke sebenarnya nak update sambil letak gambar Aisyah Umairah bebanyak tetapi masalahnya internat tak berapa nak ramai, jadi tak boleh nak letak.

Bila duduk rumah jaga anak,antara yang bestnya ko boleh tengok perkembangan anak ko sendiri, dan ko lah yg pertama sekali tau. 

Misalnya bila anak aku pandai menyebut ‘mam...maa’
Bila dia sudah pandai mengangkat kedua tangan minta didukung
Bila dia sudah mengenal siapa mamanya dan siapa yg dia tak pernah jumpa
Dan tadi, Aisyah mula pandai merangkak.

Sebelum ni dia cuma menyelar, dan baru angkat bontot, pastu goyang-goyang.
Tadi bila aku tinggalkan nak basuh pinggan, macam biasa, dia menangis berjurai-jurai air mata sambil panggil mama...kalau minggu lepas, dia menangis dengan posisi macam nk merangkak dan tangan sebelah macam memanggil mama

Kali ni, dia dah merangkak sampai ke tengah hall. Bayangkan, dia belum pandai merangkak, tapi sebab dia nk cari mama dia, dia boleh merangkak sejauh beberapa meter.
Kesian aku tengok. 

Payah anak asyik nak berkepit ni.mandi pon 10saat je. Godok gigi cuci muka pon tak sempat.tsk tsk tsk

Okela, Aisyah Umairah dah bangun. Esok-esok aku update lagi

6.25.2014

Tinggal Kenangan


Assalamualaikum…

Kini, pacdesign hanya tinggal kenangan. Dan aku, tak tau bila lagi akan update blog. Entah bukak lagi blog ke tidak. Ni gambar yg ada dalam simpanan pc aku masa aku tengah nak mengemas.












5.27.2014

Gambar Je


Assalamualaikum,

Malas nk taip pepanjang, Cuma masukan gambar utk tatapan kekawan lain.

Ni lah Aisyah Umairah










12.04.2013

Pindah



Assalamualaikum

Wow, lama giler tak update blog. Aku ni tak berapa gemar sangat nk update klo orang sebelah ada.malu kot klo orang baca, padahal dulu aku yg selalu soh opiz mate baca.kahkahkah!!!
Banyak nak share. tapi takut korang malas nk baca pulop.

Sblm ni entry pasal umah nenek aku terbakar. Actually, aritu pas kawin aku nk dok situ, da siap kemas smua, tetiba makcik aku plak meninggal. Pakcik aku soh aku stay…ni kitaorg da dapat uma dari DBKL, dkt Bkt Jalil. Dan kitaorang da pindah sana, dekat sebulan.**dah dok sebulan, baru nak citer ye dok?!hahaha




Masa aku packing baju kurung aku. Bayangkan almari besar cm katil queen, penuh smua dgn baju aku. Memandangkan perut aku da besar, nk zip pon tak boleh, kena la packing terus sampai tahun depan.




Ini view luar tingkap. Belah kiri ada Golf.




Ni, dalam umah.



Yang ni plak, dapur letrik hadiah dari member. Ingatkan ianya jd perhiasan je. Tak sangka aku guna gak. Ni semua laki aku la ni. Beriya!
Setakat ni baru try masak megi, goreng telur dgn buat cucur. Ala, cucur tambah air tu je.
Yela, mana ler ada freezer semua tu. Periuk nasi pon lom ada lagi. Pinggan sudu pon ada dua tiga ketul je tok kami berdua.hahaha.orang kata, slow-slow la :D




Last skali, gambar ni aku da upload kt fesbuk, sampai bape puluh orang dok like, time aku kurus takde pon like kemain ramai cenggini.pfft!

8.14.2013

Kebakaran Kg Puah Bahagia


Tiada artikel yg tepat mengenai tragedi ini. 

Kebakaran berlaku bukanlah rumah setinggan, tapi rumah panjang. Macam rumah teres, tapi ianya rumah papan. Alamat yg tepat adalah, Rumah Panjang Bandar Baru Sentul, dan bukannya Kg Puah Bahagia!

Jumlah rumah yg musnah adalah, sebaris Blok H - iaitu ada 14buah rumah**dan rumah aku adalah yg terakhir.
Hampir sebaris Blok G - 12 buah rumah**rumah yg terakhir, hanya dinding dikopak utk menyelamatkan barang dalamnya.

Dan 5-6buah rumah di Blok I.
Jadi, total dalam 35 buah rumah. Tetapi ada sesetengah keluarga yg memiliki dua buah rumah, macam pakcik dan jiran aku. Jadi, klo nak ikot, lbh kurang 30buah keluarga lah.

Kebakaran pada mulanya hanya membabitkan 3 buah rumah, dan 4 jentera bomba telah datang dan bertanyakan pili bomba. Lazimnya tiada pili bomba disediakan dikawasan perumahan seperti ini, dan juga kawasan seting-garden. Yang paling best, tiada bekalan air pada hari kejadian. Jadi, ahli bomba hanya melihat seperti tidak pernah tengok rumah terbakar. Sehingga ada gas meletup dan menyebabkan kebakaran merebak ke blok rumah yg berdekatan dan api semakin marak. Kemudian 6 lagi jentera bomba dihantar. Barangkali untuk memeriahkan suasana, dan mereka menjadi penonton setia sehinggalah hampir tiga blok dijilat api, barulah tetiba mereka terfikir nk ambil air dr flat sebelah.

Yang sebenarnya kami dah tahu dah, kebakaran ini adalah kebakaran terancang.
Heh.