8.31.2012

Mimpi Yang Aneh

Assalamualaikum,

Aku baru terjaga dari mimpi yg aneh dan sangat menakutkan.

Aku tak berapa jelas bagaimana permulaannya. Yang aku ingat, aku berkawan baik dengan seorang perempuan yg telah dirasuk. Siyesly,ianya sangatlah menakutkan.

Aku tak ingat pun macam mana aku boleh berkawan baik,barangkali ketika itu aku memang sudah baik dengan dia sebelum dia dirasuk. Yang aku pasti, ada seorang ustaz telah cuba untuk keluarkan 'penghuni' tu. Namun,'penghuni' yg takhluki budak tu semacam sangat hebat.

Ustaz tersebut tak berjaya menghalau 'penghuni' tersebut. Dan entah siapalah yg menghantarnya. Atau juga barangkali budak tersebut pasti telah membuatkan 'penghuni' marah.

Pabila ustaz tak berjaya nk halau 'penghuni', perempuan tadi semacam sedih dan marah. Maka,keluarlah identiti asal perempuan tu. Dia sedih dan mula menangis. Aku seperti ingin lari dia. Dan dia nampak aku, kemudian dia kejar aku lalu memegang lengan aku. Dia marahkan aku, katanya, kenapa aku tak temankan dia disaat dia sedang kesakitan dan keseorangan. Sambil tu,dicengkam nya lengan aku sekuat hati. Aku pandang kuku nya tak adalah panjang sangat tapi bisanya menjalar. Barangkali ketika dia marah,dia dikawal oleh 'penghuni'.

Aku pulak seakan buntu, kerna aku ingin lari dari dia. Siapa yg nk berkawan dengan orang yg kena rasuk? Menakutkan,tahu!

Kemana saja aku pergi dia mengikut. Dan ke mana saja dia pergi,diheretnya aku. Yela,semacam BFF.

Oke,aku dah mula lupa. Kejap.

Aku tak tahu macam mana nk tolong perempuan tu keluarkan 'penghuni'nya. Yang pasti,entah macam mana,ketika perempuan tu nk mula mengamuk tentang kehilangan aku yg hendak lari dari dia, dia hendak menjerit dan membuka mulut seluasnya. Maka ternampaklah aku,sesuatu yg besar di anak tekak perempuan tu berwarna putih bagaikan menghalang.

Aku mula pelik. Kalau orang normal,sedangkan kecik yg tersangkut dalam tekak kau pun. Kau akan rasa tak selesa. Inikan pula besar memenuhi hujung tekak dia.

Aku pun bertanya

'Apa benda dalam tekak kau tu? Besar semacam je.'

'Takdelah.'

Dia jawab itu ubat ke apantah. Dan entah dari mana dia dapat cawan,dn dalan cawan tersebut bercampur serbuk warna putih. Kemudian dia pown menyedut nafas dendalam atas cawan tersebut. Dia mula pelawa aku juga sedut. Aku mula menolak dan mengundur ke belakang. Entah sesiap yg berhampirannya, telah dipaksa utk menghidu cawan tersebut. Kemudian, org tersebut bagaikan telah dihembus dan mula seperti berkhayal dan semacam dikawal pun ada.

Oh,aku terlupa nk cerita.

Klo tak silap, kt parking jusco depan rumah aku. Dia bagaikan ada sedikit kemalangan dengan aunty cina manantah. Dia bagaikan ingin mengamuk sampai aunty tu pengsan.Aku tak tau apa yg dia buat sampai aunty tu bole pengsan. Kemudian,aku mula membaca al-fatihah. Dan dia bagaikan terhenti. Lalu aku sambung baca surah Quraish. Dia hanya keras dn kaku. Tidak kedengaran langsung jeritan pekik lolong seperti dalam tv. Dia kemudiannya,memandang aunty cina yg pengsan. Dan aku dapat rasa yg dia mula ingin menukarkan jasad. Daripada seorang perempuan melayu kepada aunty cina. Barangkali dia fikir,klo aunty cina yg dia diami.pasti takkan rasa terseksa pabila terdengar ayat suci alquran. Maklumlah,dia kn dalam badan org kafir.

Kemain educated jugak 'penghuni' ni,kan. Sedang aku berfikir nk lari dr semua keanehan ni,aku pun terjaga. Aku tengok kedua2 lengan aku, di mana dalam mimpi penuh dengan calar balar nukilan BFF aku. Dan untunglah tiada apa2 yg berlaku.

Alhamdulillah. Seramkan mimpi aku.

Published with Blogger-droid v2.0.8

5.17.2012

Ceconteng!


Salam…

Disebabkan bosan yg teramat tapi pemalas giler nk siapkan keje, maka,saia telah mengisi waktu lelapang saia di opiz dengan menconteng

Ideanya bermula dari pengaruh menonton Fashion King yg dok men-design baju. Yela, namanya Fashion King haruslah men-design baju ye dok. Jadi saia pown tetiba rasa macam best je klo buat cenggitu jugak kan. Selain dari tu, ianya timbul gak dari design sweater saia.oke, malas nk men snap-snap dengan sweater sendiri. Lenkali jela ye saia nk berfotogediksebabtahusendiritakcukupfotogenikpfft.


Seperti biasa, hasil contengan juga adalah pengaruh dari Kouru! xD









Oke, saia tahu tak cukup cantik.

Yela yg sebenarnya takcantiklangsungpowntapilantaklah.saiabukannyakartunisatausewaktudengannya. Ianyahanyasekadarsernokseronokdanmengisimasalapang. tehehehe


5.03.2012

Jangan Nengok La Woi!


Assalamualaikum!

Sebenarnya dah berapa ramai yg request utk buat entry pasal drama korea ne. Namun, malamnya…saia agak kesibukan di ofis. Oke, kekadang tu tak adalah sibuk sangat. tapi disebabkan kami duduk kemain rerapat macam sardine. saia telah menjadi agak segan nk update entry. Manalah tau, member sebelah intai-intai ketika saia sedang rancak menaip. Malu lah saia.Alololo…

Yang sebenarnya, saia tak berapa gemar sangat kalau saia buat keje ada org tengok. Oke, ini bukan keje. Tapi…yeah...saia tak berapa gemar sangat bila tengah buat keje ke menulis ke menaip ke papela pastu org dok perati je apa yg ko tgh buat.

Ala, macam time korang nk pi jawab exam tu. Apakah korang selesa bila cecikgu or lec korang dok intai-intai tengok jawapan korang? Apa, korang ingat cikgu/lec korang tengok tu sebab nk tiru korang ke?Manada! Mestilah nk tengok cemana korang jawab. Betei ke idak. Ala, kalau korang jawab salah pown. Bukannya dia nk tlg pown, ye dak.

Oke, saia dah melalut.

Ah, pendek cerita macamlah kawan sebelah ko tu dia tak tahu blog ko!

Jilakak betei!kahakahkahkah!!

Tapi saia tetap malu hoi!!!Nak baca, baca la sesorok ke.*ah, bukan dulu aku yg pi soh dorang baca ke?kahkahkah

Ala, kalau dulu.dorang kat tingkat atas, saia kat bawah. Manada bertentang mata. Maka, peratusan malu itu berkurang, tahu.hahaha!!!

Tengok saia dah terlalu banyak mengarut sampai terlupa nk citer apa.kahkahkah!!
Lenkali ler saia update pasal drama korea, ye.tehehe

4.08.2012

Terlebih Konfiden


Salam.

Ceritanya kelmarin. Bermula pabila saia berasa kecuakan untuk menghadiri temuduga terbuka di menara rebung. Ah, ingatkan hanya menghantar beberepa helain resume, kemudian tunggu saja utk dipanggil temuduga.

Ye, saia pikirkan ianya sebegitu. Rerupanya tak. Ianya terus temuduga pada hari itu, juga.
Ah, ketahian apakah ini? Saia tak pernah lagi pergi temuduga di pejabat. Kalau kerja sementara bebiasa tu, adela. Ini dengan pakaian formal nye.

Jadi saia telah meminta pelbagai penurunan ilmu dengan ckodok. Ah, perlu ke saia kongsikan dengan anda? Tak perlu mungkin, kerna saia yakin. Anda lebih tahu.**kalau nak gak, t akan saia share kan.itu pown jika ada yg mintak

Dalam tetengah berchating dengan ckodok di fb,saia juga ada berwasap dengan member skola. Memasing memberi semangat pada saia yg tak berbelah bagi kepada saia. Terharu saia dibuatnya…






Kemain konfiden betei kawan saia ni, kan.
Apa pown, terima kasih anda semua.


3.29.2012

Yang Mana Satu Idaman Kolbu

Salam.

Alololooo.tajuk kemain betei.

Sebenarnya..saia tengah serabuk nak tgk drama korea yg mana ne. Stakat ne,klo ikot dlm list koleksi drama korea saia, saia ada dlm 70 drama korea.dah habis tgk 50 buah drama,yg lain belum dn taktau bila nk tgk.hahaha

Semalam saia baru habis tgk 'Bad Couple'. Oke,bile tahan best gk. Walaupown aktress dia ala-ala ahjumma**memakcik** sket.tp disebabkan dia pown rupa ley tahan.pastu awl2 citer suka tyg breast.kahkahkah!!!Ah,saia syak.mst reramai pi gegul.

Disebabkab saia update entri ne pkai tab je,jd saia bg drama yg saia belom tgk yg dikatakan best tp saia dah donlod.

1. My Name Kim Sam Soon

2. Padam Padam

3. Tree With Deep Roots

4. Boy Over Flower

5. A Thousand Day's Promise

6. God Of Study

7. Color Of Woman

8. Cindarella Step Sister

9. Romance Zero

10 The Moon That Embraces The Sun

Yg lagi 10,xde kt pc ne.tehehe. Jd,korang rasa. Mana satu yg cambest nk tgk ea. Hurm.

Oke,kawan saia. Ckodok suggest kan tgk Cinderella Step Sister. Tp bila dgr je tajuk dia,saia syak mst makwe tu keji.ah,namo lah tgk. T saia emo plak semacam citer Stairway To Heaven. Dia punya watak hitam tu,memang bebetei hitam berkeladak smua ada. Bayangkan saia tgk 2-3episod da nak selori sumpahan saia.itu baru tgk 2,3episod.klo tgk smpy habis acane? Bole dpt darah tinggi wooo!

Pastu keluar paper,

"Seorang makwe comel yg addict dgn drama korea,telah dimasukan ke Hospital Bebesar lantaran emosi nya yg telah tergnggu sejak menonton Cinderella Step Sister."

Alololooo,xke kes naya tu.

Oke,sila suggestkn citer len yg ada dlm list tu.

Published with Blogger-droid v2.0.4