6.05.2013

Hilang Diary


Argghh…

Stressnya bila diary digital aku dah ter-uninstall!
Tadi aku tengah membersihkan tab aku. Sekali ter-uninstall kan juga diary aku. Bila aku install balik, memang takde semua entry aku.

Damnit!

Sekarang ni aku terfikir, dekat mana lagi yg sesuai buat diary. Memanglah best bila kita boleh archive file tu kat memana macam dropbox. Masalahnya, dekat dropbox tu kita tak boleh nk privasi kan folder tu. Hurm, mohon dropbox letak option dekat folder or file sebelum bukak. Nanti kalau ada orang usik pc opis aku ni, tak adalah dorang terbukak kan sekali diary tu.
Dekat email pon aku tak yakin. Sebab kezen aku punya tab, semua pakai emel aku. Youtube dorang, semuanya. Sampai kan, entah cemana semua gambar dalam fon aku, pon ada dekat dalam tab dorang. Ni mesti gallery tu link dengan email aku. Entahlah.

Kezen aku tu, nama je ada email. Tapi password semua apa pon dorang tak tahu. Yela, budak baru umur 8, 10 tahun. Yang buat email t upon abah dorang. Aih, ni nanti kena setting balik dorang punya tab ni.

**sedih ah, diary aku dah hilang. tsk tsk tsk

5.18.2013

Pergi


Assalamualaikum…

Kepada yang blur,

Lepas habis SPM aku duduk dengan pakcik aku. Tapi aku rapat dengan isterinya. Pergi kerja sesama, bilik depan-depan pon kteorang tetap ber sms, ber whatsapp, ber wechat. Jadi, korang rasa, cemana aku rapat dengan arwah? Kadang-kadang macam ibu dan anak, kekadang macam kakak dan adik, kekadang macam kawan baik.

Dengan dia, aku boleh bergurau. Aku boleh menjawab. Aku boleh keluarkan pendapat aku. Aku boleh bertepuk-tampar dengan dia. Aku boleh menganjing anak dia. Ye, kami berdua memang suka menyakat anak dia. Dan memacam lagi…

Ni entry autopost. Aku nak balik da. Just, tetiba teringat ke arwah. Dan, ini emel dari Telekom mengenai kematiannya.


Tolong sedekahkan untuk arwah Fatihah ye. Thanks

5.17.2013

Janggal


Assalamualaikum…

Kekadang aku tak tahu kenapa, aku tak rasa pon arwah dah takde. Kekadang tengah aku masak, bila aku teringat sesuatu, nanti aku ingat ke arwah. Dan sambil cuci pinggan, aku berfikir, nanti nak citer ler ke orang tua tu.**aku selalu panggil arwah makcik aku, orang tua. tapi dia selalu tak mengaku yang dia dah tua sebenarnya.

Salah satunya contoh, arwah suka makan karipap Ikea. Bila aku dah mula naik public transport, aku turun bas di Sinar Kota dan naik Putra dekat Masjid Jamik. Kat situ ada karipap gergasi sebijik macam karipap Ikea. Bila sampai opiz aku, aku makan karipap ayam bertelur tu, rasanya sama macam karipap Ikea. Kemudian aku fikir, nanti nak citer dekat kak Intan la.Mesti dia nak soh aku beli.

 Tapi bila aku ingat balik, 

‘Eh, dia dah takde la. Aku…lupa.’

Itu belum lagi cerita tentang Izzati. Belum lagi masa nak masak. Kekadang aku cuci pinggan sambil nangis. Kekadang aku mandi sambil teringat ke arwah.

Ye, aku dah terbiasa bercerita dengannya tentang rutin harian aku. Apa yang berlaku setiap hari disekeliling aku. Jadi, bila dah takde…rasa janggal… Ye, macam tak percaya.

5.16.2013

Hari Ibu

Assalamualaikum…

Aku semakin Parkinson. Tapi aku tetap nak update dengan sekeping gambar.

Izzaty, 8tahun,  memang suka melukis untuk meluahkan perasaaannya berbanding menulis.




Lukisan Izzaty untuk arwah ibunya yg telah pergi pada Isnin, 29 April 2013.
Al-Fatihah.

3.14.2013

Bezanya


Assalamualaikum…

ah diketika aku ada mood nk update entry je, mulalah dak kering idea nk menaip.pesen kebencian betei!
Nampak tak, aku banyak bersosial.Kalau tak, mencanak-canak jer.hahaha

Apa yang aku perasan la, kalau aku bersendirian je, mulalah idea nak menaip entry tu mencurah laju. tapi tidak bila aku ada teman. Faham tak, maksud aku padia. Jadi, korang agak blogger famous amous dan jenis yang sehari sepuluh kali update agak-agak berapa ramai kawan reality life dia berbanding kawan maya?

Biasa nye macam tu la. Kalau jenis kecoh nak matik dalam laman social, tp dekat luar mesti pemalu yg amat. Aku tak kata semua, tapi majority la…