11.30.2012

Teaser

Ini adalah antara hantaran aku nanti. Aku nak buat photobooth sendiri dgn adik aku.wheel paper aku yg lipat sendiri,manakala adik aku buat bubble talk dgn annoying stick.
Harap klo korang yg sudi datang tu,bolehlah enjoy dgn photobooth kitorang.

Hanya tinggal hari ni dan esok. Semoga semuanya selamat hendaknya.

Amiin

Published with Blogger-droid v2.0.9

11.27.2012

Update Sebelum Turun Johor

Kereta aku penuh giler macam apa.

Oke.nk gerak da.bye semua.semoga selamat semuanya

Published with Blogger-droid v2.0.9

11.25.2012

No Periksa Punya Hal

Beberapa hari lepas, kezen-kezen aku balik dari sekolah. Si adik terus meluru ke ibunya. Kemudian berkata

Zaty : "Ibu tau x, sy dapat no periksa 20. Kakak dapat 22!" katanya dengan bangga sambil dia menggelakkan kakaknya.

Iqa : "Hish,susahlah cakap dengan adik ni. Adik tak paham!!"

Ibunya hanya menggeleng-gelengkan kepala sambil menjawab

Ibu : "Adik, walaupon kakak periksa no 22, tapi kakak duduk kelas no 1. Adik pulak kelas ke 4. Kakak punya markah periksa, semuanya 90 ke atas. Itu pon dapat no 22. Kawan-kawan kakak semuanya pandai-pandai. Tengok,adik punya markah semua 70 lebih je. Peratus adik sikit."

Aku syak, ini keputusan exam utk sekolah agama. Sebab aunty aku cakap, kekawan Iqa semuanya naik atas pentas, sebab ramai dapat markah penuh. Iqa hanya naik 2 kali ke pentas sebab markah plg tinggi dalam matapelajaran.

----------------------------------------------------
Lain pula isunya untuk sekolah kebangsaan.

Beberapa bulan yang lepas,

Mama : "Kalau kau nak Ipad, ko dapatlah no periksa 5 ke bawah. Baru mama bagi."

Iqa : "Mama ingat senang ke nak dapat no 1?"

Mama : "Kalau kau rasa susah, kau dapatlah no 5!"

Pada exam akhir tahun ni, di sekolah kebangsaan, Iqa dapat no 5. Bagi menunaikan janji, aunty aku nak belikan. Samsung Galaxy Note 10 yang terbaru. Harga lebih 2k. Pehpehpeh

Tapi,semalam dorang balik bawa Samsung Tab 10. Sebabnya, tokey tu cakap,nk beli gadget harga 2k utk bebudak tak berbaloi.kahkahakh

Yang lg best, pakcik aku grab 2 sekali Tab 10 tu. Untuk anak dia sorang satu. Ipad yg ada tu sebenarnya milik Zaty, separuh duit raya dia. Separuh aunty aku tambah,kini jd milik pakcik aku. Korang nampak tak permainannya di situ?

Kahkahkah.**aku malas nk snap gambar. 2 Tab dan Ipad dorang.bukannya korang xtau cemana.hahaha

**ah,budak skola lagi da pakai Tab. Pakcik aku suri rumah pon ada Ipad. Aunty aku keje macam nepal,pakai fon Sony je. Sib baik Android.heuheuheu

Published with Blogger-droid v2.0.9

11.23.2012

Berhenti Untuk Meminta

Aku sudah penat untuk meminta-minta lagi. Sedangkan yang sedia ada ini,aku sering terlupa untuk ucap terima kasih padaMu. Aku buta dari terlihat nikmatMu, tapi sibuk mengejarkan sesuatu yang tak pasti. Malah, selalu saja aku mengeluh dengan nikmat yang Kau berikan. Lihat,betapa tamaknya aku ini. Sudahlah tak pernah berterima kasih,kemudian nak bermacam-macam. Bila tak dapat, mulalah aku menyalahkan Kau.

Kemudian, aku berfikir lagi. Bukankah Kau sudah berjanji untuk memberikan yang terbaik kepada kami? Bukankah Kau Maha Mengetahui? Jadi, apakah perlu aku ini untuk mengajari Engkau apa yang perlu aku dapati? Dan apa yang perlu Kau beri?

Tak.

Yang sebenarnya, kami ini yang tidak layak untuk meminta!

Aku ini, aku tidak tahu apakah yang bakal terjadi jika Kau berikan apa yang aku mahu. Barangkali saja ianya memberi kemudaratan, kecelakaan kepada aku. Maka itu sebab Kau tak tunaikan. Ye, Kau sengaja tak mahu tunaikannya! Tapi hati kami mula menaruh syak dan lantas melempiaskan amarah kepada Engkau.

Bukan sebab Kau tidak tunaikan permintaan kami ini, kerana Kau membenci kami, tapi Kau sayangkan kami, kerana bagi Engkau,yang sebenarnya itulah yang terbaik untuk kami.

Maka, dengan ini. Aku ingin berhenti untuk meminta! Bukan aku tidak percayakan Engkau. Tetapi, aku takut kalau apa yang aku minta itu tidak dapat seperti yang aku nak. Aku tidak ingin lagi membentak seperti anak kecil.

Sesungguhnya aku ini hanyalah manusia biasa. Mudah kecewa bila tak dapat apa yang aku inginkan. Jadi, Kau kuatkanlah hati aku, hati kami, tebalkan lah iman kami kepadaMu agar kami sentiasa redho, dan sabar dengan setiap ketentuan Engkau. Agar kami tidak mengeluh dan sentiasa bersyukur. Sesungguhnya, hanya Engkau saja yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami.

Amiin.

Published with Blogger-droid v2.0.9

11.15.2012

Entah

Aku tak tahu kenapa. Aku takut nk membayangkan 'hari itu'. Aku takut tetiba rupa aku jadi hodoh. Tak sesuai dgn aku dan segala macam. Aku takut kalau aku berangan, akan jadi sangat berbeza dgn apa yg aku impikan. Ah, taknak pikirlah. Pegilah mati dengan 17hari lagi atau apa.

Published with Blogger-droid v2.0.9