3.24.2010

Tips Cara Mandi~~


Hari ne aku nak kongsi ngan korang serba sikit info. Dalam sehari, berapa kali korang mandi? 3 kali? 2 kali? Atau 1 kali saja? Kalo aku, biasenye aku mandi paling min 2kali sehari. Pagi dan sblm malam(petang ler tu =P) Bergantung gak ngan aktiviti yang aku buat, kengkadang 3kali.
Sebut pasal mandi ni, ula, aku nak berkongsi dengan korang tentang cara mandi yang lebih bagus dan bermanfaat kalau diamalkan.
Sebelum itu, aku nak bertanya kepada korang. Bagaimanakah cara korang mandi setiap hari? Korang basahkan dari bahagian atas (kepala) dulu atau dari bahagian bawah (kaki) dulu? Atau korang jirus dari bahagian tengah (badan) dulu? Aku ada tanya kepada kawan-kawan saya bagaimana mereka mandi? Adakah mandi mula dengan basahkan kaki dulu atau kepala dulu? Kebanyakan mereka cakap, mereka mandi mula dari kepala dulu.


Pendapat aku, cara mandi tersebut kurang baik. Sebab aku pernah terbaca satu artikel yang menceritakan tentang cara mandi yang lebih baik dan patut diamalkan oleh semua orang.
Apakah cara tersebut? Caranya ialah mandi dengan cara membasahkan bahagian bawah dulu (kaki) dan kemudian baru basahkan bahagian badan dan seterusnya bahagian kepala. Cara mandi ini disebut ‘mandi songsang’.
Menurut artikel yang aku baca ne, cara mandi sebegini adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya.
Kebiasaannya, ramai diantara kita mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala dulu. Sebenarnya cara ini akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.
Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Ia boleh menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Ini adalah disebabkan, seluruh sistem hormon dan aliran bendalir dalam badan adalah diatur dan disetkan di dalam kepala. Jadi, cara mandi bermula dari kepala akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan.
Cara yan bagus dan lebih dianjurkan ialah, mandi songsang iaitu dengan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiri dengan kepala.
Berikut ini dicatatkan beberapa kebaikan dan kelebihan mandi songsang atau mandi yang bermula dari bahagian bawah.
  1. Menjadikan pengamalnya awet muda dan fresh.
  2. Mengembangkan salur darah otak-menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
  3. Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
  4. Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak.
  5. Melancarkan perjalanan darah.
  6. Menjadikan pengamal semakin pintar.
  7. Meninggikan daya ingatan.
  8. Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.
  9. Menjadikan state mood yang tenang dan ceria.
  10. Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.
  11. Memiliki daya ketahanan mental.
  12. Menambahkan semangat berani.
  13. Menguatkan gusi dan gigi dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan.
Apa yang aku nak katakan bahawa, samaada info ini benar atau tak, aku sendiri pun tak pasti sebenarnya. Aku  hanya ingin berkongsi dengan korang apa yang aku baca.
Kalau ada diantara pembaca blog ini seorang doktor, bolehlah sahkan info ini. Atau kalau ada yang boleh bertanya kepada mereka yang berkelayakan, tolonglah tanyakan dan kongsi dengan pembaca blog ini, adakah info ini boleh dipakai atau tidak.~~
Tapi aku boleh share sedikit dari pengalaman aku sendiri. Masa aku skola rendah dedulu, aku penah aplikasikan teknik mandi sonsang(sebelum aku bace artikel ne..+-10tahun yang lalu). Nape aku mandi macam tu ea??mesti korang tertanya2 kan. Aku buat macam tu sebab biasalah dulu dok umah kampung, mane la ada water heater dan sewaktu dengan nye. Beratapkan zink pulak tu. Air kat dalam besen punya la sejuk macam korang kuarkan air dari peti sejuk. Memang menggigil la, nak2 waktu subuh time tu. Jadi, aku pown duduk le kt toilet sambil berpikir..macam mane nak mandi ne..air sejuk giler!! Tak kan tak mandi plak nak g skola ne. Aku pown main2 la ngan air tu. Memula siram kaki adela dalam 2, 3 kali pastu makin naik..sampaila kt kepala. Dan aku rasa lebih selesa. Sebab masa tu badan dah mula bole terima, jadi tak dela menggigil. Lame la gak aku mempraktikan benda ne. Sampai aku skola menengah, kawan aku cakap plak, mandi sonsang ne elakan dari badan kita terkejut (yela, air sejuk cam air batu!!). 

P/S: Kalo korang tak percaya, jap g korang g la cuba!! Memang selesa.~~

No comments: