3.07.2012

Mimpi


Salam...

Tetiba rasa nak menaip semula.
Nak mulakan dari mana ye.

Dimulakan dengan Bismillah…disudahi dengan Alhamdulillah.
alololooo… Pesal sendiri rasa annoying dengan lawak camtaek ne?pfft!

Pagi tadi terjaga terdengar bunyi loceng.  Bunyi loceng? Oke, silap. Bunyi alarm. Terasa pelik pula gunakan perkataan ‘loceng’.  Bukan apa, teringat loceng biasanya berbunyi ‘kring-kring’ macam pakcik jual eskem naik moto tu. Tak pown loceng sekolah. Peh, kalau bunyi loceng sekolah tu, masa sekolah rendah kemain semangat. Loceng yang paling mendapat sambutan biasanya time rehat dengan loceng balek. Pasti menjerit, ‘Yeeahhh!!!’

Entah apa yg di ‘Yeah’ kan nya entah.  Masa saia pergi amek kezen saia sekolah, bila bunyi loceng je, semua budak mula menjerit dan berlari-lari. Biasanya budak darjah satu lah yg akan lari. Saia tak paham kenapa perlu lari. Rindu dengan parent nye ke? Takut parent dorg lari ke? Tapi kezen saia ne, kemain eksyen! Dialah yg paling lambat sekali jalan. Saia ingat, kalau saia kuar Cheras dah boleh sampai KL siap patah balek ke Cheras gamaknya.
Oke, tak. Saia tipu. Tapi memang lama. Hampir kosong sekolah menunggu kezen saia.

Hurm, kemain panjang saia punya intro. Padahal nak cerita pasal bende lain. Tulah, dah lama sangat tak update.



Pepagi bangun pada mulanya saia rasa gembira tiada sebarang pemimpian yg saia jelajahi disepanjang tidur malam tadi. Baru ingat nk canang dengan Yati, tidur malam saia tadi sangat berkualiti. Selepas masuk ke dalam toilet, mencapai berus gigi baru saia teringat. Sebenanya saia bermimpi lagi. Mimpi tentang ayah saia meninggal lagi.

Bila saia kata lagi tu, bukan maksudnya ayah dah pergi. Maksudnya saia pernah mimpi sebegitu dalam bulan lepas, macam tu. Tapi kali ini, situasi nya sedikit berbeza berbanding malam tadi.  Tak, saia tak ingat sangat apa, bagaimana, siapa dan di mana. Yang saia ingat, ayah terbaring. Orang kata ayah dah tiada. Muka ayah seperti biasa nampak bersih. Dan perasaan saia kosong.
Rasa kosong itu sama seperti mimpi yg lalu. 

Bezanya, dimimpi yg lalu selepas beberapa ketika. Saia mula berasa sedih tapi air mata saia kering. Dalam kepala saia mula mencernakan perkatan ‘Ayah dah takde’. Berulang-ulang kali saia menyebut perkataan itu. Tapi entah kenapa hati saia seperti tidak menerima.  Tak lama kemudian saia terjaga.
Itu mimpi yg lalu.

Di mimpi semalam, seperti sebelum ini. Saia tidak ingat kunci 4 isteri 1 suami dalam membuat esei**what, who, where, when and how(4W1H)**

Yang pasti dalam mimpi malam tadi adalah, ayah dah takde.
Muka ayah nampak bersih terbaring. Sekali lagi perasaan saia hanya kosong. Tetiba saia teringat, lepas beberapa hari saia mimpi ayah dah takde dimimpi yg lalu, saia telefon ayah bertanyakan khabar. Suara ayah ceria. Selepas mendengar suara ayah yg gembira, hati saia berasa lega walaupown dapat bercakap seminit dua. Saia berasa lega dan gembira. Tak tahu kenapa.
Jadi, dimimpi malam tadi hati saia berkata

‘Untunglah, tempoh hari saia telefon ayah.’

Kemudian ianya bertukar gelap. Seperti biasa, saia tak ingat apa-apa. Yang tak boleh blah-nya.pagi tadi dengan yakinnya saia ingat saia tidak bermimpi langsung.

KFine.

Bila nak mandi, baru perasaan sedih itu mula menjalar.Dan saia mula teringat pertanyaan ayah beberapa tahun yg lalu.

“Kenapa seorang anak itu akan menangis apabila ibu bapanya mati?”

2 comments:

Saya Disini said...

pnjngnye

haLyZaQiut said...

Selalu org kata kalau kita mimpi org tu mninggal, maksudnya dia panjang umur....insya Allah panjang umur ayah alpi tuu....