2.08.2011

Nama Awak Siapa?


salam…

hey korang.dah lama ei tak citer pasal si gedik ini. hobinye terang-terangan suka menggedik.




dia ni kezen ei yg dah masuk enam tahun.cuti baru ni, dia telah dihantar balek ke kampong dan melepak bersama opah sedaranya dan juga mak2 sedaranya.






tengok, asal nk amek picca je, muka dia je yg inteprame terlebih!

**bukti dia sgt gedik, time ne baru umo 3tahun, dah menggedik!


ini based story salah sorang dari makciknya.


di satu hari, mak sedaranya membawa dia ke taman. kemudian, bila dah main kat taman, dia pown join lar ngan budak-budak yg lain.
salah sorang budak tuh pown tanyalah nama si gedik ni

“Nama awak siapa?”
“Nama sy Izzaty, DARI KL.” jawab si gedik.


ada rasa nak menyepak tak? -.-”

2.07.2011

Gelap dan Jubah Putih


salam…


PER :: maaf ye.akibat agak lama tidak beronline, owner-nyer menghadapi kesangapan dan mungkin blog ni akan di update lapanbelaskali sehari!


setelah beberapa hari hanya melepak di rumah, abang ei pown mengajak ei keluar menghirup udara kota yg sesak
ei pown sibuk nak ngajak purple. yg ei nak citer sangat, malam tuh, kitaorang g makan kat satu kedai di kampong baru…
saja nak makan staek.nama tempat, malas lar nk bgtau. sebab ei bengang!
memula pelayan dah nak amek order, bila kteorang da pegang menu sambil nak order jer, dia terus g table sebelah.
amek order kat sana, okelah…bila tunggu dia tak datang pown amek order kt table kteorang.


lima minit lepas tuh pown, tak ada siapa pown nk amek order kteorag, ei pown panggil lar sambil angkat tangan.
sekali, dua kali. tiga kali lagi kuat dan yg keempat. semua pelayan dia buta ke apa?padahal ei angkat tangan, bila muka dia menghadap table kitaorang kot!
abang cuba cool-kan ei.
dia tak nampak lar kot.**memang kawasan dia agak malap.
ei pown mulalah membebel.
klo dah tahu tak boleh nk nampak pelanggan, letak lar lampu kat tengah-tengah ke, tak pown lilin kat table ke..
ini tak, nak jimat pown agak-agak lar!


lepas lima belas minit kitaorang macam orang bodoh dok kat situ, baru dia datang! -.-”



sedang kami menjamu selera, ada beberapa salesman dan peminta sedeqah yg datang ke table kitaorang. bayangkan, dalam tempoh tak sampai setengah jam, dah lima orang salesman ke table kitaorang.

salah sorangnya ada lar sorang hamba Allah yg meminta sedeqah memakai jubah putih beserta kupiah, abang ei hanya menggelengkan kepala sambil berkata

“Tak apalah cik…”

dua tiga kali pak cik tuh hulurkan tangan sedikit dan berkata sesuatu dan dua tiga kali jugak lar abang ei jawab dan menggeleng kepala…
kemudian ei terdengar pak cik tuh semacam tak puas hati sambil berkata…

“orang berbudi kita berbahasa…bla…bla…bla…”

dan yg paling clear dan paling tak boleh blah…

“Cekik-lah dik, menteke darah lah…cekik-lah puas-puas…” sindirnya sambil berlalu.

ei hanya diam. berfikir sejenak…

apa yg abang ei perkatakan sampai pak cik tadi emo?
apakah abang ei kurang ajar?mencarut?menghalau?menghina?
abang ei hanya jawab “Tak apalah, cik…” sambil tunduk dan geleng kepala…
itu dikira kurang ajar ke?


ayah ei pernah nasihat kan ei, jangan mempertikaikan mereka yg meminta sedeqah…tipu ke, layakkah mereka meminta sedeqah atau tak, tak perlu kita persoalkan…
itu antara dia dengan Tuhan dia, kalau kita nk bagi, bagi, kalau tak, diam saja…**contoh, kita memberi tapi mengata dibelakangnya. agak-agak, dapat ke pahala tuh?
hurm, sedangkan memberi pown tak pasti dapat pahala, apatah pula tak memberi tapi mengata…


kembali ke persoalan asal, mengapa pak cik tadi emo?
apakah dia marah kerana abang tak mahu memberi?

selang beberapa minit, datang lagi penjual juga memakai jubah putih dan bersongkok memegang cenderamata yg tertera nama Allah…yg boleh digantung dalam kereta…
sekali lagi abang hanya tunduk dan menggelengkan kepala…

dan sejurus dia berlalu, azan isya’ pown berkumandang di masjid kampong baru…
ei kemudian berhenti makan seketika dan berpaling melihat kesemua salesman dan juga peminta sedeqah tadi…
kesemuanya masih sibuk dengan aktiviti mereka…beralih dari satu meja, ke meja yg lain…sedikit pown tak mahu keluar dan bergegas ke masjid!
seusainya azan dan beralih pula ke qamat isya’ mereka masih juga di situ…



dan mungkin jubah putih dan kupiah itu hanyalah pakaian yg menunjukkan kamu hanyalah seorang muslim…
tapi bukanlah seorang muslim yg taat pada-Nya…


ya, jubah dan kupiah itu perhiasan…

Raja Lawak Yg Tak Lawak


salam…

hey korang.ei ada banyak citer.jumaat ari tuh ei ada tertengok raja lawak.dah lama giler kot tak tengok…citer kat astro pown bosan…layan jerk la
1, 2, 3 peserta dah settle buat persembahan.tapi sikit pown tak mampu menggeletek perut…
hatta menarik segaris senyuman, padahal ei ni seorang yg mudah tersenyum
yg paling tak boleh blah, lawak lame-tard nak matik, dan diceduk dari intenet. sumpah camtaek!
tak kreatif langsung!


hanya pengacara jerk yg oke…sampai ei berasa pelik, siapa yg masuk raja lawak ni…peserta ke pengacara?

2.03.2011

Tahun Baru


Salam

Hari ini Tamara begitu bersemangat menyambut Tahun Baru yg bakal tiba sehari lagi. Pagi-pagi lagi Tamara bangun, me-mesej Manager nyer untuk meminta MC.
Sengaja dia meminta MC, untuk berjimat cuti yg dia ada. Hati berbunga riang untuk balik kampong berjumpa keluarga tercinta yg jauh nun di sana.
Kalau dia gerak balek kampong, petang itu pasti dia masih sempat membeli cheongsam merah barang sehelai dua.


Selain dari cheongsam, dia juga berniat untuk membeli pakaian dalam berkaler merah juga.
Semuanya merah pasti tampak sedondon dan tiada beza lagi antara pakaian dalam dan pakaian luar. Soping last minit, memang merangsang!
Apa barang soping raya awal-awal.





Limau yg dirembat dari opiz sebanyak tiga kotak petang semalam, bakal diberi keluarganya sebagai buah tangan itu dibiarkan semalaman di dalam kereta.




Tamara sudah bersiap me-macking[packing] semua pakaian ke dalam kereta. Dia sudah bersiap untuk pulang ke kampong.
Perjalanan untuk pulang tidak terasa walau hampir memakan tiga jam.
Akhirnya, dia pun sampai kampongnya.
Dipanggilnya adik mengangkat kotak-kotak limau yg ada di dalam bonet.


“Apa yg basah ni?” tanya adik Tamara.

“Basah?”

Dilihatnya kotak limau tersebut sudah berair, kemudian dibukanya kotak tersebut. Mereka terlihat limau itu sudah busuk akibat terperap dan berpanas di dalam bonet kereta.
Hancur hatinya Tamara untuk member ammaknya limau…

p/s :: Samat tahun baru~

2.01.2011

Sambut-Menyambut


salam…

hari ini Kuala Lumpur bercuti sebab hari wilayah…
abang ei yg bekerja di Hartamas seronok bermanja dengan selimut ketika ei keluar rumah*cemburu di situ…

dari wiki cuti hari wilayah sempena meraikan Kuala Lumpur sebagai ibu Negara…
tapi yg jadi lebih musykil, kenapa Putrajaya + Labuan pown gedik-gedik dapat cuti?
nape dorang pown tak sambut dorang punya tarikh penubuhan sendiri ke…

ibarat orang lain punya bufday, ko pown sibuk nak sambut bufday jugak…
g lar celebrate sendiri!

p/s :: esok cuti 1tekom…owh, yeah!