11.21.2011

Cari Jalan


salam…

kelmarin saia menghadiri majlis resepsi linglung. ah, kemain buat garden wedding di Taman Rimba.

Sebenarnya , saia bukan nak ceritakan sangat pasal resepsi Linglung ne.  Yang saia nak cerita pasal kejadian di Uya hampir dua bulan yang lalu. Bayangkan saia sudah membeli beberapa buah buku di sana, tapi satu buku pown saia tak baca lagi. Hebak, kan! Mana taknya, bizy melayan drama korea saja. Nak baca pown tak ada mood. pffttt!!!

Walaupown opiz di KJ, tak bermaksud area subang dan shah alam jadah semua tu saia tahu. Iyelah, saia duduk di Cheras, bukan di KJ. Maka, memang agak faul nak pergi ke Subang Parade lelebih lagi Uya.

Disebabkan saia jumpa member sebelum ke Uya, saia yg dari arah Shah Alam pown membuat panggilan dengan bos. Bertanyakan arah ke Uya. Bos yg tak berapa nak comel pula suruh kol Chacha, katanya dia tahu jalan.

Bila sebut nama Chacha, tetiba saia teringat. Ah, saia pernah add dia di fesbuk. Tapi kemain eksyen lagi dia tak mahu approve saia. Disebabkan rasa kecomelan saia tercalar, kerna tidak di approve. Maka, saia telah nekad mengambil keputusan untuk juga menyombongkan diri dengannya.

Jadi, sebagai gadis yg sangat menjaga kecomelannya. Maka saia dengan berdalih dengan bos.
“Ala, ko bagi aku no leplep lah! Aku tak kenal lah sapa Chacha tu.”

Ah, saia jujur hapa. Memang saia tak kenal pown!

“Hah, oke. Oke. Jap gi aku mesej no dia.”

“Oke!”

Tak sampai seminit kemudian, mesej berupa contact number pown masuk. Saia terus dail. Disebabkan saia dengan Leplep ni adalar beberapa kali bertegur sapa di alam maya. Saia tak segan dengan dia. Dah lar kami ni sebandar. Bila saia kata sebandar, itu bermaksud dia juga duduk area Cheras. Kemain hari tu ajak saia berjogging tapi haram tak pernah nye jadi!

Saia dail dan beberapa bunyi tut tuutt dia dah angkat. Tanpa memberi salam atau berkata Hello mahupown tanda-tanda saia nak ngorat dia, terus saia terjah!

“Wey, cemana jalan nak gi Uya ne wey!”

“Hah, ni sapa ni?”

“Aku lah! Wey, cemana nk gi Uya?”  saia terus-terusan bertanya.

“Ko dari mana ne?”

Kemudian saia terangkan lokasi saia, dan dah dapat jawapan mana yg patut, saia terus letak. Adalah beberapa kali saia tersalah jalan dan kol puaka tadi.Dan akhirnya selamatlah jugak saia sampai kat sana, setelah dah bosan bertanya dan akhirnya meredah mengikut naluri.
Disebabkan itu pertama kali saia berso-sial dengan bebudak blogger yg kemain ramai taktau plak muncul dari mana. Saia hanya memerhatikan ummat yg berbagai ragam sambil menunggu bos.

Kemudian perlancaran Terfaktab pown bermula seterusnya sessi perkenalan skuad terfaktab.
Sambil melihat persembahan, saia masuk intai-intai dalan Uya. Kelihatan Leplep duduk di sofa. Saia berlagak sombong tak mahu tegur dia. Disebabkan saia tahu puaka Leplep ni sangat pames, jadi saia memang malas nak tegur. Nanti makin riak pulak si Puaka tu.

“Camtaek!” tegur Leplep.


Saia pandang.
“Ko camtaek kan, aku kol ko!” saia terus serang Leplep.

“Hah, bila masa ko kol aku?” tanya Leplep pepurak tak tahu.

‘Haish, pesen pepurak ni memang nak mati gamaknya!’ namun saia menyabarkan hati. Puaka macam ni jangan nk buat main sangat!

“Eh, tadi yg aku kol ko. Tanya nk g Uya tu, aku lah!”

“Eh, mana ada!Ko tengok henpon aku. Mana ada. Bila?” sambil Leplep menunjukkan henpon cokia sepesen 3310 gamaknya.

“Hah???Meh, aku try kol jap!”saia tak puas hati. Lantas menyelak fon gabak dan mendail no tadi.

“Ko kol sapa sebenarnya?” tanya Leplep sambil membuntangkan matanya. Kekonon nak bagi saia cuak.

Tut tuuttt. Tut tuuttt!

Namun fon milik Leplep tidak menyala apatah lagi berbunyi.

“Hello.”

Di tiang tangga, saia nampak ada mamat sedang bercakap di telepon.

Pap!Saia terus letak fon. 

'Janganlah dia ingat lagi pasal tanya jalan g Uya!' hati saia terus berdoa sampai sekarang.

p/s :: Jangan ada sesapa tanya, siapa yg saia kol tu!pffttt!!!

11.04.2011

Untunglah.


salam…

ah, pesen malas nak bebel.tak ada masa, tahu.tp gedik nak update gak…
korang layan jela gambar camtaek ni, oke.heu heu heu




samat raya korban!

10.27.2011

Hoi Hoi!

salam…

hai korang semua!**seperti biasa melambai ala-ala Malaysian Top Model.
ah, saia tengah bosan giler kot. Nak citer saia sudah membebel pasal drama korea kat blog ni. Kesemua drama korea yang telah habis marathon. Nanti akan saia update selalu, Oke!

Oh, btw…pada sesiapa yang cari saia kat FB. Er, saia dah deactivate. Sejak 3hb Oct yang lalu. Insya’allah, minggu depan saia actived balek, arraso!

Saja jerk lari dari dunia maya yang lagha ni! Ah, sebenarnya saia sedang menumpukan sepenuh masa terluang saia dengan marathon drama korea!miahahahaaßalasan kaver!
Sesungguhnya, drama korea membuatkan saia begitu teruja untuk menghabiskan setiap dramanya. Terutamanya lakonan Yoon Eun Hye!Ottoke, bila sebut nama dia jerk. Saia dah mula teruja. Mulalah saia taip lelaju!**sila baca juga lelaju!




Macam pernah nampak jerk kan!Hah, dia lah pelakon Princess Hours, Coffee Prince, My Fair Lady dan dramanya yang latest adalah Lie To Me. Semua drama yang saia taipkan ni, saia dah tengok!

Bila dah asyik sangat pandang Yoon Eun Hye, ah, mulalah berangan nak jadi macam dia. Walaupown dia mempunyai gigi wabbit, tapi dia rilek-rilek jerk.Dan bibir nak seksi jerk!Miaahahaa

Er, saia tak tahu kenapa. Bebanyak actor korea, saia hanya minat Jang Geun Suk saja. Yang lain, belum mampu membuatkan mata saia bersinar-sinar dan teruja.

Hah, lagi satu, pelakon Nakatsu dalam drama Jepun Hana Kimi. Dengan kenakalan dan kekacakannya, membuatkan saia, PuRpLe, PinkY dan kekawan di kolej berebut-rebut mahukan dia. Ah, lagi satu Nanba(Mizushima Hiro) !Peh, dia ley tahan kacaknya! Dia ni ada banyak gak berlakon macam drama Gokusen dan Mei-chan no Shitsuji selain berlakon dalam Kamen Rider!

Citer kat sini, sampai esok pown tak habis! Ah, nanti saia akan rajin update kesemua film, drama jepun dan korea yang saia dah tonton, oke!

10.07.2011

Entry Ni, Berat Sikit

Salam…

Disebabkan kebosanan, saia gegedik nak jugak letak lagu. Padahal saia juga berasa annoying kalau jenjalan memana blog yg ada lagu. Nak-nak lagu entah hapa-hapa. Tapi lagu yang saia letak ni, memang memula saia dok bahan-bahan. Tapi lepas dengar sampai habis, rasa sedak pulak. Padahal lagu ni dah lama kot.
Tangga - O...Teganya






Ini adalah contoh video yang saia dah berjaya tepek berpandukan tutor dalam ni.
Kalau tak silap, apapownbolehbukakdanbolehloadingtapitaktahulahbeteiketak. yang penting, guna html ni, tak kena block oleh kampeni ni. myaahhahahaahahaaa




Ole Winky Beauty Eye
Download video: FLV format


Lepas ni, dah bolehlah saia letak bebanyak drama korea kat sini.lulz


Owh lupa,  disebabkan ada dua media yang telah tepek di sini, maka entri ni berat sedikit. heu heu heu

10.06.2011

Kerna Breakpez.

Salam…

Masuk hari ni dah empat hari café bawah opiz tak bukak. Dikatakan owner café merajuk kerna kontraknya tidak akan disambung. Ah, kalau tak sambung pown. Bukak sajalah. Tengok, kami terpaksa menapak lebih jauh seperti ke Mc’D atau ke mapley. Elok-elok kalau breakpez di bawah hanya ambil masa setengah jam, tapi kalau bekpez di luar, pasti sejam atau lebih. Tidak kah ini sudah membuang masa, tenaga dan kecekapan kami. heh.

Pagi tadi sesampai di meja saia. Saia capai fon gabak.
“Mownink! Wey, café bawah tutuplah. Aku nak kirim roti telur satu, tosei satu ea.”

Kekunci Send saia tekan. Sementara menunggu Tamara sampai opiz, saia hanya menjamah dua keping roti yg telah siap saia sapukan dengan spread butter. Sekadar roti dua keping biasanya hanya mampu menahan kelaparan saia selama sejam saja.

Pukul 9.00 pagi Sara datang ke tempat saia, lalu bertanya

“Kau nak breakpez katne, wey?

“Hm, aku kirim tosei+roti telur ngan Tamara.”

“Yeke. Takpelah. Aku nak turun, g breakpez.”


Disebabkan Tamara adalah CEO yang tidak diiktiraf, pastilah dia datang opiz selepas pukul 9 pagi. Walaupown waktu opiz hour yang sebenarnya adalah pukul 8.30. Pukul 9 itu dikira awal lah tu. Kekadang dia masuk pukul 11 pagi. Yang paling awal sekali dia pernah masuk opiz adalah pukul 3.30 PETANG!!!

Akibat kelembapan Tamara untuk masuk opiz, maka apabila dia masuk sebelum pukul 8.30. Pasti saia akan terkejut. Membelek jam tangan. Takut jam tangan saia mati, saia tengok pula jam di PC. Saia lihat Tamara atas bawah kemudian mendekatinya.

“Kau mimpi apa semalam sampai datang awal hari ni.” tanya saia.

“Vavi!” jawab Tamara sepatah sambil ketawa.

...

Oke, itu cerita dua hari lepas. Sekarang ni jam di PC saia pukul 12.04 tengah hari dan Tamara tak datang lagi dan tak tahu dia kerja atau tidak hari ini. CEO lah katakan. Tak lama tadi, adalah 15 minit yang lalu. Sara datang ke tempat saia kembali.

“Wey, ko dah dapat ke Tosei ko tu?” tanya Sara sambil gelak menahan perut.

Saia senyum nipis dan pepura khusyuk pandang pc. Padahal tiada keje pown. Pabila Sara nampak keseriyus saia dengan gurauannya, lantas dia pown berlalu.

Saia memandang fon gabak. Tiada mesej di balas hatta satu panggilan pown. Pesen tak reti membalas mesej atau panggilan ini, memang saia tak gemar betei. Saia mencari nama Tamara. 

Button delete contact saia tekan.

Yang tinggal di paparan log hanyalah