11.24.2010

Si Poyo (Lelaki) Jerk Yang Main Blog Ni!!!


salam…


hey korang….ari tuh ei ada citer kan..abang ei macam berminat nak wat blog…


tapi dalam masa yang sama dok membahan gak…katanya…


“Yang main blog ni semuanyer perempuan jerk! Kalau ada laki yang main blog pown, musti dia budak nerd atau si POYO!!!” kata abang.


then ei cakap…hurm…


“Patot ler kebanyakkan lagi yang dok main blog jarang-tepek-muka-sendiri!!!”


“Iyelah, supaya nampak cool!!!” jawab abang.


Dalam hati ei…eleh…yang sebenarnya ko nak cakap



‘TAK COOL-lah kan LAKI MAIN BLOG!!!’

tapi dalam masa yang sama ko pown gedik gak buat blog!!!

gedik tau ko ni!!!

ni blog abang...


kepada abang ei…

"Oleh sebab ko tuh laki dan  ko seorang yang memang poyo…ei pown dengan kejinyer nak tepek muka ko bebanyak supaya ko dah tak dapat control macho atau jadi tak cool lagi!!!


PADAN MUKA KO, abang!!!muahahahahahahaaaa


*kes dengki sebab nyaris mati bau kaki ko!!! >.<”




dulu...




sekarang




daripada adikmu yang memang camtek camtaek sikit…



p/s :: owh, ei tak sempat nak curik picca dia dalam fb akaun...so korang layan jerk la picca yang ada…


nanti ei akan update lagi!!!






Enhanced by Zemanta

11.23.2010

Kain Lap


salam…­­


ai korang…er…sebenarnyakan…ei nak citer somthin’…tapi agak malulah wey…

sungguh!!!*imagine muka ei beriya-iya


macam mana nak mula ea…

hurm…oke-oke...entry kali ni memang ada kena mengena dengan entry lepas

kalau nak paham…silalah baca dahulu entry lepas


kalau tak, korang akan mengalam syndrome ke-blur-an



#####



Sebulan yang lalu…


Sejurus lepas pak cik ei amik wira dan menghantarnya ke bengkel…

repair mana yang patut…*wira dah berusia 9tahun…

Pak cik ei, terus bagi ei kunci…


“Nah, kunci wira. Aku dah repair, ko amik masa untuk drive.” pesan pak cik.



Biasalahkan...kalau korang dapat kete…mustilah gumbirakan.

Dah takpayah nak penin-penin nak carik keta…bla…bla..bla…

walaupun hanya untuk sementara dan hanya kereta tua…jadilah kan…

senang sikit nak kemana-mana…tak payah lagi nak harapkan/susahkan orang…


Esoknya…*hari minggu…

lepas jerk ei siap masak kemas smua…ei pown park-lah keta kat garaj…

niat di hati nak cuci+ vacuum…

Benda yang tipikal-lah kan…memula dapat keta semangat nak cuci SENDIRI!!!

konon nak jaga-betul-betul-cam-jaga-anak…muahahahahaa


ei pown mintaklah alatan-alatan untuk cuci kete semua…tapi malangnya pak cik ei bukan seorang yang rajin sangat nak jaga…yang ada 2SET SPAN BARU khas untuk cuci kereta siap  free dengan kain lap…*dalam plastic lagi, dalam erti kata lain, tak pernah guna…beli-jek-lebih!!! -.-”



kemudian, pak cik ei bukak bonet..dia kasik sekali…er…alamak…
tak tahulah macam mana nak sebut…

ala…cream yang nak wax-kan keta tuh…kasik kilat!
lepas tuh dia ajarlah ei, macam mana nak wax-kan keta…
walawey…jangan memain tau…ei bukan takat cuci, abis cuci ei lap pastuh vacuum dalam semua…lepas tuh barulah wax-kan…



korang rasa ader ker anak dara sanggup nak wax-kan keta ditengah-tengah hari terik???



ei rasa cam tak ramai jerk!!!



sebab…wey, dorang nak CUCI tertonggeng-tonggeng pown dorang malas…

inikan plak nak wax di bawah matahari yang tengah terpacak kat kepala!!!

pastuh nak buat sendiri plak!!!

KOMPEM-LAH TAKKAN, kan!!!!g mam lah kat situ…

dan benda yang tipikal dorang akan anta kedai jerk…serius wey…

g r tanya anak dara yang pakai keta!!!



#####



oke…nak dijadikan cerita…ada 2span yang berbeza texture…

salah satunya ada free kain lap kaler oren…

ei pernah nampak kain lap macam tuh sebijik-sejebon dalam keta beliau…

beliau simpan untuk nak lap dashboard ker bila berhabuk …lebih kurang camtuh lah.
 (itu kira aktiviti beliau bila agak bosan tunggu ei -.-”)



lepas dah settle semua, ei pown kemaslah semua…
dan kain lap kaler oren tuh, ei pown rembat ler.
(rembat? sebab rasanya pak cik yang beli, tapi buat harta plak!!!)


 Sajer letak dalam keta manalah tau ada nak lap apa-apa kan. Kedudukannyer dekat tepi pintu sebelah driver!!!*sebab ei nampak beliau pown simpan kat SITU



#####



Sekarang ni korang boleh imagine dan paham tak APA kaitan entry lepas ngan entry ni?????????


masa ei tengah duduk sambil mengingat peristiwa malam tuh, tetiba ei teringat pasal kain lap tuh!!!

‘APE KER CAMTAEK SANGAT SAMPAI LAP CERMIN PAKAI STOKIN SEDANGKAN ADA KAIN LAP KAT TEPI PINTU!!!’



serius wey, masa kelam-kabut tuh, ei langsung tak ingat pasal kain lap tuh!!!


korang boleh tak imagine camne benggang nyer ei bila ingat balik?


nyaris ei mati bila menikmati bau kaki tahu!!!







p/s :: Kalau abang ei tahu ni mesti dia nak cakap...


"Ko sebenarnya sengaja je kan nak bau kaki aku"






camtaek giler!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! -.-"

11.22.2010

JoUrNeY To De HoMe!!! T.T


salam…


berdasarkan entry lalu


lepas jerk ei up kan entry tuh, ei terus keluar…pergi kedai mencari makanan…iyela, aunty ei kata lama lagi..sebelum ada yang mati mulut berbuih kerana kebuluran. 

Lebih baik ei beli roti untuk buat alas perut. owh, kedai agak jauh sikit dari opiz. dalam pekat malam, ei terpaksa bawak wira gak.


marabahaya kata aunty ei.



#####


lepas dah tapau makanan, tetiba abang ei kol…suruh amik dia dulu.ei mesej bertanya aunty ei dulu. aunty kata pergilah kalau ei boleh drive sensorang.


ei pown pergilah Desa Hartamas. lepas amik abang ei, kami ke kelana jaya semula. lepak mapley sementara tunggu keja aunty settle.


amik abang memang TAK thrill!!!bukan itu yang ei nak citer sangat. biasalah, isi cerita terpenting mesti ada kat hujung ceritakan!!!



habis makan, kami pergi tapau burger untuk aunty ei. time tuh da pukul 11malam.

*padahal keluar opiz dari pukul 8++, baru ingat org yang kebulur…korang boleh bayangkan kalau pesakit yang terlantar…apa akan jadi ngan dorang?



tak payah bayangkan, lantak doranglah mati terkontang-kanting!!!

hari pula semakin mendung. kami bergegas pulang opiz semula.



#####



ajak abang lepak kt opiz. tengok fb, tengok blog…

perkenalkan blogger dengan abang…kutuk sana kutuk sini


p/s :: dia pown macam berminat nak buat blog gak…adesss… -.-”



dah bosan…tengok jam lebih 12tengah malam!!!!

WATDERFISH ADA KAT OPIZ DARI 7PAGI SAMPAI 1PAGI?!!!!!

ei pown mesej aunty…sib baek dia reply


“Jom balek.”



#####




sebaik turun opiz jerk, hujan turun dengan lebatnyer. ei yang memang simpan payung dalam hand beg pergi amek wira.


hujan lebat jangan tanya macam mana…ei masuk keta jerk air-cond tak berfungsi!!!



*air-cond keta tuh agak mereng, kadang-kadang dia oke, kadang-kadang dia tak berfungsi!!!dia hanya on pabila dia nak jerk!!!


camtaek betol!!!



korang boleh imgine apa jadi kala malam hujan lebat pula dan ketiadaan air-cond!!!!



berkabus kat cermin kereta jangan tanya macam mana punya tebal.



namun ei jalan gak perlahan-lahan, sampai dekat-dekat kilang arak G.A.B (Guiness Anchor Berhad), ei tak leh nampak, pandangan pown cam kabur…ei pown berhenti kat stesen bus.



time tuh, kami pown mencari sesuatu untuk lap cermin.


dan disebabkan ei pown boleh dikatakan baru lagi pakai kete,
 jadi dalam keta memang NON-ADA TISU!!!!!

dan ei pown bukan minah tisu!!!!

kalau korang, apakah yang akan korang guna untuk lap cermin keta bila berkabus??????????
memula aunty soh abang bukak baju kemejanya…

“Tak boleh!!!Ini baju baru!!!”




aunty ei kat belakang yang pelahap kebulurnyer, dia dah berjaya abiskan burger. pabila disaat ei mencari tisu, dan kemudian bertanya…



“Tisu lap burger ni boleh tak????”



watderfish!!!dia dah lap mulut dia bekas makan burger nak lap kat cermin!!!!



‘Ah, bolehlah.Ini jerk yang ada!!!’



bayangkan kat dalam punya tebal kabus, nak taknak ei terpaksa gak lap cermin gunakan tisu.
dan aunty ei pown suruh ei turunkan tingkap kereta, agar suhu didalam sama dengan suhu diluar kereta.



kami terpaksalah turunkan tingkap separuh…
air masuk dalam kete korang jangan tanyalah wey!!!


memang kami kebasahan!!!
kami rasa dah macam naik motor tahu!!!

*iyela, naik kete pown bila hujan lebat kena benti...dan boleh basah, apacer??????




kami nak balik!!!kami tak nak tunggu lagi!!!jam sudah masuk pukul 1PAGI!!!

kami berusaha mencari cermin atau apa-apa sahaja untuk lap cermin…namun kabus kat cermin masih lagi tak boleh hilang…kemudian abang ei bagi idea paling CAMTAEK SANGAT!!!



“Lap pakai STOKIN aku boleh tak???”


“APA???eeeeeeeeeeee!!!” kata ei + aunty serentak!!!


“Eh, stoking ni baru hari ni pakai tau!!!”jawab abang.

lalu abang membuka kasut dan stoking nyer…kemudian mengelap cermin dengan stokinnyer!!!

erk?????kami kejijikan melihat tingkah laku abang!!!


lepas abang lap cermin, kemudian dia pakai semula stoking busuknyer itu!!!



erk????*sekali lagi kami kejijikan!!! -.-”



berkat abang mengelap cermin menggunakan stoking-nyer…kabus sedikit kurang…dan hujan sudah tidak lebat seperti tadi…dan ei pown mula bergerak…



disebabkan hujan, ei terpaksa dekatkan badan dengan stereng…untuk menajamkan lagi mata…walaupown hari sudah pukul 1 pagi, namun masih ada juga kereta….*owh, KL yang tak pernah sunyi…



pabila wira mula bergerak…angin malam yang berserta hujan itu meniupkan bau-bau dari cermin…



lalu terhidulah ei bau burger hasil dari tisu aunty lepas makan burger…

ei rasa macam nak makan jerk cermin tuh!!!

selang beberapa minit, terbau pulak kaki abang!!!


HASIL DARI PENGELAP SPE-SIAL!!!!!


korang boleh imagine bau kaki yang terperap seharian kemudian basah terkena hujan?!!!!

ei terasa seperti kaki abang ada betul-betul dekat hidung ei!!!! T.T
time tuh mulalah terasa macam nak tumbuk abang sedas, duapulohdas!!!



sumpah wey!!!BAUNYER SANGAT 'NIKMAT'!!!


kembang-kempis hidung ei menahan bau!!!nak lempang, itu abang sendiri



bukan camtaek lagi…ini dah macam shilaker tahu!!! T.T”


#####


ei teruskan gak drive dengan gagahnyer penuh berhati-hati…ei pasang lampu paling besar walaupown kat Federal memang dorang dah pasang lampu


yup, ini 1st time ei meredah hujan waktu malam cenggini…


bukan dua mata, tapi enam mata yang memerhati jalan, semuanya berasa gelisah dalam kebasahan menahan kesejukan…dalam hati bertawakkal…



“Ya Allah, selamatkanlah kami…”



pabila ada susur dari kiri, jalan tersebut agak landai…bila landai, maka akan ada air yang bertakung…


korang boleh imagine apa akan jadi???
yang pertama, ei dapat elak…

bila di susur yang kedua kat area Mid Valley…lagi banyak air yang bertakung…

ei mula berjalan perlahan-lahan…namun kereta dilorong kanan agak SHILAKER…dengan lajunyer redah air tersebut!!!



KITAORANG YANG TAK ADA AIR-COND JD BUKAK TINGKAP, KOMPEMLAH BASAH!!!
DAN PERCIKAN AIR KAT CERMIN PUNYALAH BANYAK SAMPAI ei RASA MACAM ADA ORANG SIMBAH SEBALDI AIR!!!SIKIT POWN TAKNAMPAK DEPAN!!!


yela…nampak air jerk!!!apapowntaknampak!!!


jadik ei terpaksa brek!!!dan bila ei break, kawasan situ pulak kawasan air bertakung!!!
keta berhenti!!!

semua dalam keadaan cuak!!!


“JALAN!!!JANGAN BERHENTI!!!” jerit abang dan aunty ei.
kemudian abang sambung…


“Nanti mati engine!!!”


apalagi…ei pown tekan pedal kasik jalan laju!!
sudahlah bawak auto…klo mati engine memang naya!!!

di susur dekat area Connought…jugak agak camtaek!!!
bayangkan ei berada di tengah-tengah…


kiri dan kanan ada kereta dan depan ada lopak air…
dan kedua-duanya dengan laju nyer langgar lopak air tuh!!!
kali ni bukan takat tangan ei sahaja yang basah!!!

TAPI DENGAN MUKA SKALI!!!
YUP, LOPAK AIR TUH KENA KAT MUKA KORANG!!!

korang rasa CAMTAEK ker cam SHILAKER????????


#####



Akhirnya kami selamat sampai umah pukul 2PAGI!!!

Dalam keadaan basah yang tidak kuyup!!!

Yup, Alhamdulillah…

ei rasa cam nak sujud syukur wey!!! T.T


keesokannya...terus hantar repair air-cond wira!!!

camtaek!!!

11.19.2010

Hati Nak Balik


salam…

di saat ini.jam menunjukkan 8.56malam, Jumaat, 19 Nov

badan dah mula rasa sengal-sengal…orang kata kalau semua otot kita mula rasa sengal tanpa aktiviti berat…itu menandakan kita dalam keadaan yang stress…



yup, ei rasa cm agak stress. Ini belum kes 1st day ABC!!!

sakit pinggang jangan tanya macam mana…just duduk pown terasa sakit kaki…lapar?


kurang…mungkin kerana sakit sendi jelas terasa…dan ketidakselesaan pabila 1st ABC a.k.a PMS!!!



argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


*baru dapat sms dari my aunty…



‘Lambat lagi balik. Ada problem. Lapo’



disaat ini ei rasa nak nanes… T.T


tak buat apa-apa pown rasa letih! ni kalau drive mesti jalan giler jammed…tuh belom kira nak kena amik abang ei kat Duta Mas…

*dia tak derk lesen…jd ei yg kena anta/amek dia