salam…
PER :: maaf
ye.akibat agak lama tidak beronline, owner-nyer menghadapi kesangapan dan mungkin
blog ni akan di update lapanbelaskali sehari!
setelah beberapa hari
hanya melepak di rumah, abang ei pown mengajak ei keluar menghirup udara kota
yg sesak
ei pown sibuk nak ngajak
purple. yg ei nak citer sangat, malam tuh, kitaorang g makan kat satu kedai di kampong
baru…
saja nak makan
staek.nama tempat, malas lar nk bgtau. sebab ei bengang!
memula pelayan dah
nak amek order, bila kteorang da pegang menu sambil nak order jer, dia terus g
table sebelah.
amek order kat
sana, okelah…bila tunggu dia tak datang pown amek order kt table kteorang.
…
lima minit lepas
tuh pown, tak ada siapa pown nk amek order kteorag, ei pown panggil lar sambil
angkat tangan.
sekali, dua kali.
tiga kali lagi kuat dan yg keempat. semua pelayan dia buta ke apa?padahal ei
angkat tangan, bila muka dia menghadap table kitaorang kot!
abang cuba cool-kan
ei.
dia tak nampak lar
kot.**memang kawasan dia agak malap.
ei pown mulalah
membebel.
klo dah tahu tak
boleh nk nampak pelanggan, letak lar lampu kat tengah-tengah ke, tak pown lilin
kat table ke..
ini tak, nak jimat
pown agak-agak lar!
…
lepas lima belas
minit kitaorang macam orang bodoh dok kat situ, baru dia datang! -.-”
…
sedang kami menjamu
selera, ada beberapa salesman dan peminta sedeqah yg datang ke table kitaorang.
bayangkan, dalam tempoh tak sampai setengah jam, dah lima orang salesman ke
table kitaorang.
salah sorangnya ada lar sorang
hamba Allah yg meminta sedeqah memakai jubah putih beserta kupiah, abang ei
hanya menggelengkan kepala sambil berkata
“Tak apalah cik…”
dua tiga kali pak
cik tuh hulurkan tangan sedikit dan berkata sesuatu dan dua tiga kali jugak lar
abang ei jawab dan menggeleng kepala…
kemudian ei
terdengar pak cik tuh semacam tak puas hati sambil berkata…
“orang berbudi kita
berbahasa…bla…bla…bla…”
dan yg paling clear
dan paling tak boleh blah…
“Cekik-lah dik,
menteke darah lah…cekik-lah puas-puas…” sindirnya sambil berlalu.
ei hanya diam.
berfikir sejenak…
apa yg abang ei
perkatakan sampai pak cik tadi emo?
apakah abang ei
kurang ajar?mencarut?menghalau?menghina?
abang ei hanya
jawab “Tak apalah, cik…” sambil tunduk dan geleng kepala…
itu dikira kurang
ajar ke?
…
ayah ei pernah
nasihat kan ei, jangan mempertikaikan mereka yg meminta sedeqah…tipu ke, layakkah
mereka meminta sedeqah atau tak, tak perlu kita persoalkan…
itu antara dia
dengan Tuhan dia, kalau kita nk bagi, bagi, kalau tak, diam saja…**contoh, kita
memberi tapi mengata dibelakangnya. agak-agak, dapat ke pahala tuh?
hurm, sedangkan
memberi pown tak pasti dapat pahala, apatah pula tak memberi tapi mengata…
kembali ke
persoalan asal, mengapa pak cik tadi emo?
apakah dia marah
kerana abang tak mahu memberi?
selang beberapa
minit, datang lagi penjual juga memakai jubah putih dan bersongkok memegang cenderamata
yg tertera nama Allah…yg boleh digantung dalam kereta…
sekali lagi abang
hanya tunduk dan menggelengkan kepala…
dan sejurus dia
berlalu, azan isya’ pown berkumandang di masjid kampong baru…
ei kemudian berhenti
makan seketika dan berpaling melihat kesemua salesman dan juga peminta sedeqah
tadi…
kesemuanya masih
sibuk dengan aktiviti mereka…beralih dari satu meja, ke meja yg lain…sedikit
pown tak mahu keluar dan bergegas ke masjid!
seusainya azan dan
beralih pula ke qamat isya’ mereka masih juga di situ…
dan mungkin jubah
putih dan kupiah itu hanyalah pakaian yg menunjukkan kamu hanyalah seorang muslim…
tapi bukanlah
seorang muslim yg taat pada-Nya…
ya, jubah dan
kupiah itu perhiasan…


