5.25.2011

Efek Telur Separuh Masak.


salam…

kawan saya suruh saya update blog.heh.


dia tak tahu sebenarnya kelmarin saya sudah update tapi telah membuang entry tersebut.lol
Untuk memuaskan napsu serakahnya. Nah.



Masuk minggu kedua Fatem mahu menunjukan dia kononnya sudah otai.Tidak lagi seskema minggu lepas. Bayangkan sudah lebih pukul 9.30 pagi pown dia rilek-rilek saja belum lagi masuk opiz. Kemain betei kan si Fatem tu. Lalu saya menghasut Tamara meniggalkan saja si Fatem itu. Biarkan dia kebulor tidak bersarapan. Siapa suruh datang lambat. Hasutan keji saya pada Tamara. 


Kami menuju ke mapley. Diluar kebiasaan saya pada hari itu, saya mahu diet sedikit. Jadi hanya mengorder sekeping roti canai dan sekeping tosei. Tamara pula sekepingroticanaibajettakotgemok. Tetiba, entah apa pula gila si Tamara ini mahu makan telur rebus separuh masak.


Saya pandang muka dia dalam-dalam dengan mengangkat kening sebelah kanan.

“Ko biar betei?”




“Apsal, tak boleh ke?”

“Eh, orang perempuan mana ada makan telur separuh masak!” bisik saya.

“Apsal pulak?”

“Kau pernah nampak ke orang perempuan order telur separuh masak?”

“Hurm…tak.”

“Hah. Tau pown kau.”

“Tapi…tak boleh ke?” tanya Tamara tak puas hati.

“Sebenarnya…orang kata telur rebus ni kiranya semacam elok untuk tenaga batin lelaki. Orang kata lar.”kata saya lagi sengaja mahu menakutkan Tamara.

“Yeke?”

“Kau mahu hebat diranjang, kau makan lar.” jawab saya kemudian menghirup milo ais perlahan.




“Hish, mana lar pulak perginya budak Fatem ni. Pukul 10 tak masuk-masuk lagi.” kata Tamara setelah menghabiskan semua hidangannya.


“Bajet otai lettew.”

“Wey, sakit perut la pulak.”


Kring kring… kring kring **oke.efek bunyi tu tipu sikit. Bunyi ringtone kring kring lebih sedak berbanding lagu JLO - On The Floor.

Fon Tamara berbunyi.


“Hah? Kau kat mana” jawab Tamara lantas berdiri untuk mendapat lebih privasi.




“Apsal?”

“Dak si Fatem tuh. Dok sibuk mengirim. Tapi aku kata aku sakit perut. Jom gerak!”

“Ala. Baru pukul berapa.”

“Mongok! Aku dah tak tahan ni.”


Setelah kami bayar di kaunter. Dengan kejinya Tamara berjalan lelaju meninggalkan saya dibelakang. Tak tahan katanya. Lebih laju daripada biasa. Mungkin itulah penangan telur rebus separuh masak. Gagah di toilet.



5.19.2011

Serabut


salam…


sebenarnya saya sedang serabut ni. semalam team leader iaitu lija mewar-warkan bahwa kami kena pindah ke Annexe di Bangsar.


pada mulanya, saya ingat saya sorang saja kena tinggal di Kelana Jaya. Kemain beriya-iya saya dan Tamara membuat drama swasta. Kononnya sangat sedih tak dapat membuat aktiviti liar dan mengular ketika opiz hour. Lepas ni tak adalah lagi karok di giant. Dan saya akan kembali menjadi si bisu dan si katakbawahtempurung. Tetiba saya terkenang bagaimana saya mula-mula masuk di opiz. Menjadi sangat pendiam dan amat jarang keluar breakfast, hatta lunch sekali pown.


Mungkin rakan sebelah saya yg bisu itu pown tak macam saya. Oh, masa saya mula-mula masuk, memang ada encik bisu bekerja di sini. Saya kagum dengan encik itu. Pernah dia tanya saya sesuatu melalui pen dan kertas. Entah jadah hapa entah saya juga reply menggunakan pen dan kertas. Padahal dia bisu, tapi saya tak pasti pula dia pekak atau tak. Encik itu muda tau tapi mungkin tua sedikit dari saya, rupa pown boleh tahan…tapi sayang…


Aunty kata kawan dia satu university dengan encik itu. Hebak kan!



Setelah berdrama swasta dengan Tamara bajetmacamtakdapatberjumpalagidannyaris-nyarismahumenangis barulah dia kata, kami semua yang harus pindah. Termasuk saya. Oke, drama swasta dah habis!




Pertama kali terdengar mahu pindah ke annexe, saya rasa semacam seronok. Maklum sajalah, saya pernah praktikal di sana dulu. Memang seronok walaupun saya breakfast+lunch seorang diri!**jenis malas bersosial memang cenggini! -.-”



Annexe bg saya seronok salah satu sebab ianya bersebelahan saja dengan Menara TM. Bila sebut Menara, ianya sangat urban tahu! Memula saya agak jakun melihat lifnya yang dabel decker, siap ada monitor lagi. **itu belum kira dapat tengok anak-anak Dato membawa kereta mewah!Oke saya tipu, saya belum nampak anak Dato lagi. Tapi kawan saya cakap, mereka sangat humble! Tamara boleh lah try ngorat dia macam ni.

Selain itu, makan kat food court Menara best!Banyak option!Kalau mahu yang agak murah, kat tepi sungai pown ada. Kalau takut ketiak basah, boleh makan di café bawah Annexe. Roti jala dia sangat sedap!Gosh, saya sudah terliur-liur demi teringatkan makanan di sana.


Itu belum kira lagi ianya SANGAT HAMPIR DENGAN MID VALLEY! Anda faham apa yang ingin saya perkatakan? Lepas ni kami dengan sombongnya sudah tak pandang lagi Giant Kelana Jaya. Mid dan Garden sudah ada depan mata. Meronggeng saja di situ. Silap-silap, setiap citer baru kuar, kami berjemaah mahu balik awal bagi alasan piyed pain kat Manager. Tak termasuk kalau hari Jumaat lagi. Wah!lol




Benda yang tak best pula. saya sudahlah menjadi driver kepada aunty dan abang. Perlu ke Hartamas atau ke Kelana Jaya baru boleh ke Bangsar.**aunty stay di KJ.



Dan lagi benda tak bestnya adalah, parking. Dengar kata parking di sana HANYA RM8 SEHARI! Giler ke hapa? Bayangkan kalau hari bekerja 20hari! RM160 SAHAJA untuk parking! Kalau mahu parking percuma, harus masuk sebelom pukul 7.30 pagi. Bayangkan saya perlu berkejar-kejar ke Kelana Jaya dan Ke Hartamas baru ke Bangsar! Pukul berapa saya perlu keluar rumah ni? Ingat saya duduk di Pantai Dalam ke? Cheras oke, Cheras!


Sudahlah di sana kami ada punch kad! Oh, di KJ kami tiada punch kad. Sangat heaven tahu. Tapi bila macam ni, saya sangat serabut sebab perlu bekejar dan sebagainya.Penin!

p/s :: Maaf, jika anda terbaca entry camtaek ini.Tapi saya sangat penin! T.T

5.11.2011

Skema


salam…


di sebabkan di opiz saya sudah ada budak baru yg bernama Patin. hari ini kemain tau pegi bekpez bersama-sama. Tamara juga tidak ketinggalan. sedang menunggu makanan sampai, budak Patin ni tak habis-habis menjenguk jam tangannya. Katanya ada kerja yang perlu dilakukan pada pukul 10 pagi.


ceh, kemain semangat! maklumlah baru tiga hari bekerja.


“Kau tahu, si Patin ni semalam turun rehat pukul 1.30 makan kat mapley. Lepas tu boleh naik balik pukul 2 petang.” gossip Tamara.

**mapley tu jauhnya, kalau berjalan kaki, adalah kot dalam 10-15 minit.

“Hah? Cepatnya ko makan!” tanya saya.

“Entah, apa skema budak ni.” Tamara membahan lagi.

“Wey, aku takut lar. Nanti manager cari.” jawan Patin membela diri.

“Ko tak payah lah nak skema sangat. Tengok kitaorang, pukul 12 lebih dah cabut, pukul 3 baru nak masok opiz. Ko kena belajar dengan senior-senior ko ni.” kata Tamara bajet otai. Padahal, saya lebih otai dari dia. 


"Entah! Tuh belom lagi campor minah ni nak berkarok bagai!" kata saya sengaja mahu mengantoikan Tamara. 


"Ko ni, karok tu sebutlah perlahan sikit" bisik Tamara namun masih didengari Patin.



Maka, bermulalah penceritaan Tamara di awal kemasukannya di opiz kami…

“Korang nak tahu, aku dulu masa mula-mula masuk. Sebelah aku Manager, depan plak Lija. Kalau aku nak pergi mana-mana mesti cakap dengan Manager.”

Bayangkan mahu ambil barang yang tertinggal di kereta pun mahu tanya Manager.

“Saya nak turun ambil barang sekejap kat kereta, boleh tak?”

“Okey.”


Itu boleh terima lagi, habis kalau nak pergi tandas pun mahu mintak izin, apa citer?


“Boleh tak saya nak pergi toilet sekejap?”

“Hah?” tanya Manager agak terkejut.

“Kenapa, tak boleh ke?”

“Eh, boleh, boleh. You pergila.”


p/s :: tetiba teringat zaman sekolah.lol

5.10.2011

Sangat Amerika Tahu!


salam…


PER :: Cerita yang berkaitan haruslah di bawah sekali. kerna, bagilah saya peluang untuk membebel sedikit.

lama juga saya menghilang.ceh, tiada siapa pun mahu peduli tahu!
tapi saya peduli hapa. saya sebenarnya mahu membuat perjanjian untuk diri sendiri. saya nak merajinkan balik diri saya untuk berjogging kerana mahu sihat, bukan untuk kurus. iyelah, saya sudah kurus, mahu kurus mana lagi? sampai tinggal kulit? -.-”


saya mahu jogging asbab saya merasakan lutut saya sering menghadapi kekejangan. pada mulanya, saya syak kerana saya sering menghadapi jem yang amat sangat setiap hari di mana hampir 3-4 jam sehari yang perlu saya redah. tidakkah ianya menyumbangkan kekejangan otot. Tambahan pula, di opiz saya hanya duduk, duduk dan duduk. Tamara dan Lija ajak lunch luar pun saya malas. Takut sangat ketiak basah. 


Yang sebenarnya, saya mahu letak title entri ini ‘bra yang hilang’. entah kenapa saya terus batalkan niat murni saya. sebab di fb saya, saya ada menggunakan perkhidmatan network di mana, ia akan auto post di wall fb saya.



Maka, akan terteralah tajuk ‘Bra Yang Hilang’ di wall saya. Bayangkan jika ofiz mate saya-yang-baru-tahu-nama-saya-padahal-saya-dah-dua-tahun-keja-disini tuh baca. 

Btw, kami sudah saling ber add-add tahu.Kemain!


Kalau dia terbaca entri ini, malulah saya!**lol***ceh, orang lain baca tak malu pula.****orang lain tak kenal saya, lantak merekalah.
******monolog saya sendirian.


jadi, saya pun tukarlah tajuk.




Masa hari minggu baru ini, saya telah menemani mak cik saya ke Jusco depan rumah. Lepas beli barang, kami melepak di Nyonya Delight. Tengah lepak-lepak, saya nampak sorang awek berbaju singlet. Saya tak pasti Chinese ke Melayu tapi saya peduli hapa, kulit dia cerah kot. Lantak dialah mahu bersinglet atau apa. Awek itu bangun dan berjalan keluar, tiba-tiba saya ternampak……**saya malas mahu tulis apa yang saya nampak**kemudian, saya lihat dadanya kiri dan kanan…betei ke tak ni????

Sah!


Pada mulanya, saya ingin berkata… awek itu sangat Amerika!


Namun, saya hanya berbaik sangka bahawa bra awek tadi telah hilang. Sama ada dicuri oleh mymoon macam babon atau dia mahu udara yang lebih dicelah dada. Maklum sajalah, sekarangkan musim panas.

5.04.2011

Kaya Makin Kaya, Penjilat Bontot Bermaharajalela.


salam…


nak senang tak perlu kerja keras. cukup manis mulut dan pandai bermuka-muka.

barang siapa yg jujur dan bekerja keras itu semuanya bodoh! menjadi robot arahan kepada si kaya. setia dan menurut. bantahan hanya di dalam hati lantaran sedar diri tidak mampu.
terpaksa demi mendapat secebis santapan.


pengakhirannya, penjilat bontot naik dengan bongkak dengan mudahnya. dan yg Jujur dan bekerja keras terus-terusan menjadi pencacai dan jika tenaganya tidak lagi diperlukan, dibuang begitu saja.


camtaek!