9.23.2011

Ottoke Men-Download Movie



Salam,

Hari ini saia nak ajar sikit pasal aktiviti donlod. Bukan lah ajar sangat, cerita jerk. Memandang keng-kawan saia ramai yang dok tanya, tak reti donlod lah, nak donlod kat manalah. Ottoke??**'cemana?' dalam bahasa Korea
 -..-”


Jadi, kat sini saia nak share sedikit. Memandangkan kat umah pown dah tukar dr streamxy pada unifi, maka aktiviti mendonlod sangat menular. Sebenarnya klo pakai unify, malas nak donlod.
Korang streaming jela. Siyesly, tak ada buffer langsung. Walaupown abang dan pak cik saia sedang beronline dotakekitsusagantahpejadahgamedorangmain, saia masih boleh mendonlod dengan pantasnya di tibi. Kalau dulu, bila pakcik saia online kitsu kompom saia tak dapat bukak fb apatah lagi blog. Walaupown saia online pakai fon gabak. -..-”

PC aunty saia yg monitornya terbakar, terpaksa disambungkan ke tibi skrin leper 42inci.  So, tibi menggantikan monitor lah kiranya. Tak payahlah tanya cemana syioknya bila streaming terus kt tibi, kan.


Kiranya PC tu memang dikhaskan untuk streaming atau menonton sajalah. Jangan buat pasallah ngengada nak online fb dan twitter kt tibi tu.

Pernah hari tu, saia streaming drama Korea. Member-member pulak sibuk dok tweet-tweet. Pada ketika itu saia online di fon gabak. Silalah paham, online guna fon tak seinzal guna pc. Jadi, saia pown bukalah twitter di tibi. Kemain besaQ!!! Abis satu rumah semua nampak apa status saia. Malu, tahu! Lagi satu, disebabkan ianya terlalu besar, saia rasa sakit mata pula baca tulisan besar-besar. -..-”

Bila nak start ajar nye?

Hah, iyela-iyela. Benti membebel kejak.


….


1st sekali, kalau korang nk donlod cepat, lebih baik gunakan software idm. Hari tu pakcik saia suruh saia donlod Khabi Kushi Khabi Gham yang bermuatan 700MB, kemudian saia terdownlod tanpa guna idm.  Awak tahu berapa durasi yg diperlukan? Hampir sejam!!! Itu pakai unify! kalau tak pakai unify, awak agak-agak berapa puluh jam pulak? Then saia donlod balek guna IDM. Ianya hanya mengambil masa 15MINIT! IDM ni korang boleh curi mana-mana video yang korang streaming, tak kisahlah kat utube ke atau kat mana skali pown. Itu yang best.tehehehee

Lepas dah ada IDM, senanglah sikit keje korang nak mendonlod movie. Sebenarnya banyak je tempat korang nak donlod movie, kalau saia selalu download drama korea azdrama.net . Kalau korang streaming, kat situ hanya satu link saja di mana korang boleh tengok drama tersebut berdurasi 66minit. 

Yang tak bestnya, link yg diberi untuk mendonlod tu, kebanyakkan nya saiznya besar-besar belaka.  Bayangkanlah, satu episode drama nya bersaiz 700-800MB sedang kan kalau korang download kat jieazzmovie.net file hanyalah 300MB saja. Mungkin fomat videonya yg menyebabkan ia jadi berat. Di jieazzmovie.net pula apa yg tak best adalah ada beberapa page nk kena bukak. Macam iklanlah, dan ianya dipecahkan kpd dua bahagian. Kalau nak combinekan kena guna hjsplit.

HJSplit pulak korang boleh download, dan biasanya hanya mengambil masa tak sampai seminit utk digabungkan. Pilih join, then browse file korang. Biasanya hanya satu file saja akan terpapar. Then, korang kelik jerk kt file tu dan combinekan.

Lepas korang dah combine, tapi tetau file yang korang donlod lapanjam tu tak boleh bukak. Peh peh peh! Rasa macam nak hempuk je PC tu kan. Jadi, baik korang donlod Media Player Classic atau AVS Media Player. Semua jenis file pown dia boleh mainkan. Media Player Classic paling senang sebab korang boleh load subtitle. Apapownboleh!

Mana-mana movie yang korang nk subtitle macam movie Khabi Kushi Khabi Gham contohnya. Jadahlah nak tengok hindustan tak ada subtitle, kan. Korang boleh jer cari dekat open subtitle. Dekat situ, siyesly memang ada banyak! 

Kalau tak silap, korang jugak boleh combinekan subtitle dalam movie , guna AVS pown boleh gak. Tapi saia malas nk godek. Miahahahaha

 Dan ada jugak kaedah lain dan sekali lagi, saia malas nk godek jugak. Heu heu heu


Biasanya, saia akan donlod bebanyak dalam 10-20 episod drama korea terus, dan mengambil masa dalam sejam dua saja utk disetelkan.**menggunakan unify dan bergantung pada saiz file tersebut

Korang pulak selalu donlod cemana? kat mana? Ottoke?Ottoke???
Manatau, kat situ lagi best ke. Heu heu heu


9.15.2011

Sijil Kematian 'Kakak Kesayangan'


­­­­­­­­­Salam…


Sesampai di opiz pagi semalam saia perut saia terus mendendangkan lagu Keroncong Untuk Eiffel. Ah, sedak kemain lagu tersebut. Sampai saia tidak sabar rasanya, lalu meluru ke tempat rakan saia di mana satu-satunya meja yg, adanya telefon opiz antara kami berempat.


Kita sebagai pekerja, harus menikmati kemudahan yang sedia ada. Tak elok membazir. Sudahlah cukai top up mahu naik 6%, walaupown saia sudah hampir empat tahun tidak top up, bukan bermakna saia perlu memandang enteng perihal ini. Ah, saia sudah kelauk lagi.
Lantas, saia koling-koling Tamara. Untuk apalagi kalau bukan mengajaknya bekpez. Seperti biasa, seawal pukul 8pagi, pasti Tamara sedang enak dibuai mimpi basah hasil menonton video ‘amma ammah’ nya itu.

...

“Oit, ko kat mana tu?” tanya saia sejurus Tamara mengangkat fon.

“Hello…ermm..aku kat umah?Asal wey? Nak ajak aku bekpez ke?”

“Hah, yela. Habis tu apalagi?” jawab saia eksyen.

“Hah, tunggu jap. Aku mandi.” jawabnya sambil kami meletak fon.


Setelah hampir 800 kali lagu Keroncong Untuk Eiffel diulang main dalam perut saia, bersamaan pukul 8.45 pagi, tiba-tiba entah no sesiapa entah terpapar di skrin fon gabak saia. Saia dengan malas mahu menyambungkan Bluetooth, lalu memperlahankan volume deringan fon. Angkat dan memandang fon bajet kami sedang berbuat video kol.


“Hello?” 

“Wey, aku ni.”

“Oh, hah. Asal?” sebaik saia mendengar suara Tamara.

“Aku tak ley masuk opiz lah. Makcik aku meninggal.”

“Oh, yeke. Hm, tak pela. T aku bagitau ‘kakak kesayangan’ [baca :: kakak menjengkelkan], kau tu.” jawab saia.

“Hah, oke. Thanks, beb”.


Esoknya bersamaan pagi tadi…seperti biasa saia menelefon Tamara mengajaknya brekpez. Tapi saia syak, ianya lebih kepada wakeup kol. Mana taknya, biasanya saia kol, mesti dia tengah tido. Mujurlah dia kata dalam perjalanan ke opiz, tapi dalam perjalanan ke opiz pown ambil masa 2jam juga. Katanya drive dr umah aunty nya di Muar.


Akhirnya, pada pukul 10pagi baru Tamara sampai di bawah opiz. Ah, biasalah. Tamara memang, ada share saham dengan company ni. Penah masa hari Isnen yang lalu, dia masuk pukul 3.00 PETANG then balik pukul 5.30 seperti biasa!!! Padahal, drive dr kampung dengan pecutannya 130km/j biasanya 2jam setengah saja dah sampai opiz. Kemain dah sekarang budak Tamara ni! Macamlah jauh bebenor kampungnya tu. Giler kentang betei, kan!

Masa bekpez tadi, saia kemudian bertanya perihal pengebumian jenazah dan sebagainya.

“Wey, nak kena hantar ke surat kematian tu kat ‘kakak kesayangan’ kau tu?” tanya Tamara.

“Eh, kenalah. T dia ingat, kau tipu pulak. Baik, ko bagi” jawab saia.

“Sebelum bagi tu, tukar nama, letak nama ‘kakak kesayangan’ korang dulu” jawab bf Tamara.

“Letak nama dia?”

Lantas saia berimaginasi…bagaimanalah riak muka ‘kakak kesayangan’ tengok namanya atas surat kematian yang diberikan Tamara.

Nama : Watie.
Umur : 35 Tahun
Bangsa : Melayu
Tarikh Kematian : 14 September 2011, 0220Hours.

p/s :: Watie bukan nama sebenar ‘kakak kesayangan’ Tamara.


camtaek...


9.07.2011

Bukan Ceghita Hari Raya


salam…

disebabkan saia masih Parkinson maka saia tak berapa nak menaip sangat.ah, apa camtaek sangat entah kepala jadi blur setiap kali saia ingin menaip entri. tapi kalau saia sedang mengiron baju atau menyendiri…ada saja cetusan idea ini mengalir. camtaek betei!! mencik, tahu!

jangan nak tanya sangatlah pasal raya saia! ye, memang saia punya baju raya 7 PASANG!!! tahun ini, saia tempah baju saja 4 pasang, 









yang ini baju yg di amek dr kedai mak. malam tadi baru saia lekatkan batu kilat-kilat


lepas tu, adik saia bagi 2 lagi pasang baju kurung…alasan dia bg saia, adalah sebab jarang. Nasiblah saia memang memakai inner jika berbaju kurung. jadi tak kesah sangatlah.
walaupown saia ada baju kurung 7 PASANG, tapi saia masih belum memakainya walau sepasang sekalipown -.-”


hal ini adalah kerana saia tidak ke mana pown selain lepak di Genting pada raya kedua. miaahahahaa




anda kena paham, inilah nasib budak kl punya raya, yang tiada kampung dan tidak ramai sedara. heu heu heu**sila sebut heu heu heu dengan gaya mulut yang muncong sambil menggeleng-gelengkan kepala.**



 Pada raya pertama, bekpez saia adalah set Sausage Mc Muffin with Egg dari restoren Mc D, manakala set Dinner Plate, KFC pada waktu lunch. American betei saia ni kan. -.-”

Jangan nak perli sangatlah hoi! Mana ada kedai yang bukak time raya! Hanya fastfood saja yg ada. Kira syukurlah tu, dari orang Somalia tu tak dapat makan. Bukan bulan puasa, pown kena puasa, tahu!**memujuk hati apabila raya kelapan baru dapat makang Rendang dan nasik impit. tsk tsk tsk



Oh, sebenarnya saia Cuma mahu kongsikan sedikit gambar camtaek ketika di kedai emak buat bahan anda awet muda.**Sila senyum di setiap gambar yg ada, untuk mendapat kesan awet muda yang diperkatakan.





saia bosan, maka purak-purak jadi patung.heu heu heu






yang ini plak adik soh saia test jubah yg baru dibelinya. siap buat tawaran lagi jika saia mahu.ah, tetiba rasa kesal pula menolak perlawaan adik. dalam jubah tu, saia siap pakai tshirt dan jeans lagi.kahkahkah!!




last kopek punya gambar!












bergambar dengan badan patung.


p/s :: Sila jangan tanya, mana gambar beraya. Sepak mahu?!!!

8.16.2011

Berbuka Puasa Di Rumah PiNkY.


Salam…

oh hoiii!!!teruja plak nak menaip di sini walaupown tiada hok story saya nak ceghiter.

Kelmarin pergi berbuka dengan PiNkY dan purple. Ah, kemain mahu berbuka di kuala selangor. Macamlah boleh puasa, ABC punya kes. Saya jumpa PuRpLe terlebih dahulu sebelum ke rumah pinky.

Masuk sahaja kereta saya, terus mencarut PuRpLe dibuatnya.

“Ah, jilaker!!! Aku masuk-masuk nampak air soya! Dasar tak puasa!”

“Dah memang tak boleh puasa. Ko nak suh aku buat apa? Purak-purak puasa, macam tu?”

“Yang sebenarnya, aku pown tak puasa. Kahkahkah!”

“Gaya masuk tadi bajet puasa jerk. Camtaek betei” dalam hati saya, mahu sahaja saya menarik rambutnya.  -,.-”

Baru saya teringat, dah lama rupanya saya tak main tarik-tarik rambut dan menyelak-nyelak rambutnya. Bila saya bosan di dalam kelas, saya suka selak rambut purple seperti menyelak langsir. Sebabnya, PuRpLe suka lepas rambut belah kiri. Saya plak duduk sebelah kirinya. Kemudian membuat kekonon sedang mengintainya. Ada juga saya main auw cak-auw cak dengan rambutnya. Best jugak kan lepas rambut macam tu.



Bila saya jumpa PuRpLe, kemain berisi dah dia sekarang. Kalau dulu pakai Levi’s saiz 24, sekarang 27. Sama saiz dengan saya. Katanya bahagia. Apakah dia mahu kata saya tak bahagia? Heh!


Kami sampai di rumah PiNkYdalam 7.40 malam. Ya, lepas waktu berbuka. Tapi tak apa. Kami bukan puasa, pown.Kahkahkah!!!

Masuk sahaja rumah PiNkY, macam biasa kami terus serang meja makannya. Ah, PiNkY hanya tinggal berdua dengan anaknya. Padan kami tak tahu malu. Sebaik ,mahu menjamah hidangan yang telah PiNkY sediakan. Saya nampak PuRpLe sedang kebuluran.

“Apsal aku tengok ko macam kebulur ni? Mengalahkan orang puasa.”kata saya kepada PuRpLe.

“Lar….ko tak puasa ke?” tanya PiNkY sambil memandang PuRpLe.

“Eleh, si epy tu pown bukannya puasa pown!” PuRpLe namo kalah.

“Baiklah! Aku tunggu korang berjanggut nak buka sesame. Rupanya haram sekor tak puasa.” kata PiNkY ala-ala makcik.

Kemain rindu betei kami dengan masakan PiNkY, terutamanya PuRpLe. Napsu makan pown saya lihat berbeza ketika di kolej. Kalau dulu, dia makan sekeping roti canai tapi saya sudah makan tiga keping pown belum tentu dia mampu habiskannya. Hebak kan saya. Eh, silap. Tak baguskan PuRpLe tu.

Tapi kelmarin dia makan 2 PINGGAN NASIK. Bagi PuRpLe, dua pinggan nasik itu sudah cukup mengkagumkan.  Saya yang tak puasa ni pown makan sepinggan nasi saja, tahu. Lepas kami makan, PuRpLe ajak meronggeng sebentar di pekan kuala Selangor. Katanya mahu bersopin raya. 

PiNkY pown bergegaslah mahu bersiap. Manakala kami yang kemas meja makan.Kerana nasi di mangkuk masih berlebihan, saya mahu letakan semula nasi tersebut ke dalam periuk. Oleh kerana ini kali pertama kali saya datang rumah sewa PiNkY. jadi, saya tak jumpa periuk nasinya. 

Berpusing-pusing jugalah saya mencari.

“Wey, mana dia ni punya periuk nasi ea?” tanya saya kepada PuRpLe.

“Dekat dapur tak ada ke?” tanya PuRpLe semula.

“Manada. Tak caya ko g tengok.”

PuRpLe pown ke dapur.

“A’ah lah. Tak jumpa.” jawab PuRpLe.

“Dia simpan kat peti sejuk ke hapa ni wey?” tanya saya.

PuRpLe yang berdekatan dengan peti sejuk, laju sahaja dia membuka peti sejuk.

“Kenapa kau bukak peti sejuk?” tanya saya musykil.

“Dah ko kata, dia simpan dalam peti sejuk. Manalah tahu, dia memang simpan periuk nasi dalam peti sejuk ke.”

“Ko dah kenapa wey?” saya bertanya hampir-hampir menitis air mata saya menahan gelak.

“Aku blur lah. Kenyang sangat.” alasan PuRpLe.

camtaek.

8.03.2011

Hamba Free


Salam…

Oh hoi~

wah, dah lama saia tak mencarut di sini. sebenarnya, kekadang tu memang ada je idea nak membebel, tapi masalahnya.bila saia dah duduk depan monitor ni, lebih banyak masa saia berfikir lalu menjuruskan kepada termenung. Boleh dikatakan banyak file.doc iaitu entri saia yang separuh jalan. ye, saia menaip dimenggunakan Microsoft word. camtaek betei, kan.

Itu tak termasuk lagi entri tahun lepas. Hurm…nak letak ke tak. Nak letak ke tak… Saia sarankan anda membacanya lepas berbuka puasa.

AMARAN :: Citer ini mungkin mengandungi kandungan 18SG ke atas…sesiapa yang agak-agak tak cukup umur tu, dipersilakan pangkah dengan kadar yang segera.
Sekian…


Bulan itu bulan ramadhan, mungkin dalam tujuh ramadhan, ei sendiri tak berapa ingat. Namun member ei PinkY dan juga PuRpLe telah kecundang akibat bendera Jepun.
Yang tinggal hanya ei yang masih gagah berpuasa.

Pada waktu senggang, tanpa ada class, PiNkY dan PuRple turun bawah ke mapley di tepi kolam renang. Pastinya mereka ingin menapau nasik sorang sebungkus. Sebaek mereka pulang dari menapau, mereka seolah-oleh dikejar anjine, dengan kadar yang pantas mereka menutup pintu.

ei keluar dari bilik mereka lalu bertanya

“Korang ne apasal???”
“Tak derk lah. PiNkY ni, adaker dia cakap t ada JAIS nak tangkap kita tengah tapau nasik”, jawab PuRpLe.

“Wey, betullah. Ko tak tengok berita yang kena tangkap tuh.” jawab PiNkY.

“Klo agak-agak nak kena tangkapkan, kita tepek jerk pad berdarah kat dahi dia, baru dia paham sket. Ingat orang sesuka aty je ker tak pose,” kata PuRpLe memberi idea yang agak kotor di situ.

“Paler ko, tepek pad berdarah!!! Terus suwey hidup dia, dow!”

“Mesti gaya macam citer cina hantu lompat tuh kan! Tapi dia tampal kertas yang bertulis tu biasanya pakai darah ayam. Ini, slumber jerk pakai darah ko wey. Pure!!!”kata saia mula berimaginasi.

“Wey aku rasa idop dia bukan takat suwey jerk, terus ikot jerk cakap ko!!!” tambah PuRpLe.

“Huhuhu…Tau tak per. Dah klo tepek pad berdarah celah kangkang, mana tak suwey dow!!! Itu belom termasok bau hanyir campur kepam…tuh belom campor ngan bau palat…” jawab PiNkY.
“Woit, ko ngat apa??? Nasik kangkang ker r???” tanya PuRpLe.

“Perghhh!!!” saia cuba membayangkan kata-kata PiNkY.

“Eh sengal, pad memanglah letak kt celah kangkang takkan kat celah dada lak kan, ko neh” tambah PuRpLe.

“Hei, letak kat dada nak buat apa??? Ko ingat aper??? Susu mengalir!!!” balasPiNkY pulak.
“Jadah betei korang nak bergaduh pasal pad punya hal, kan. Yang penting korang dapat hamba abdi, wey!Kahkahkah!!!”
Cerita yang seterusnya adalah merapu. Entri yang telah diperam selama hampir setahun.  ◘_◘

Moral of story : Jangan beralasan uzur sangatlah.

: Hormatilah orang yang berpuasa.

**cam tade kena mengena jerk.lantaklah.kbai…