Salam.
oh
tidak. saya dah lama tidak membebel panjang di sini telah membuatkan saya
kehilangan identity. Namun, saya tetap mahu mencarut di camtaek.
Sebenarnya,
saya berasa agak jengkel pabila melihat seorang itu terlalu dipuji. Juga di
dunia blogger. Ini bukanlah istilah cemburu. Tak, buat apa saya mahu cemburu?
Apakah dengan cemburu, maka saya dapat apa yg saya inginkan?
Tak.
Jadi,
ini bukan cemburu. Cuma perspektif saya.
Apa
yang saya lihat. Pabila seorang blogger yg bg saya, tak adalah lawa mana macam
xuxu dan buah oren tuh, tp dia disangjung di puja mengalahkan artis. Saya tak
kesah jika anda meminati mereka. Tapi jika semua komen pown seperti
Awak
tampak hot bila berpossing sebegitu.
Kakam
cantek lar. Pakai apa pown cantek.
Mata
kakam bulat macam meow meow.
Dan
komen mereka langsung tidak ada kena mengena dengan entry yg ditaip oleh retis
tersebut. Homagok! Sehingga saya berasa musykil. Apa yg mereka dapat dengan
berbuat begitu? Tak rasa seperti anda sedang menjilat punggung mereka, kah?
Kenapa
kalau mereka cantek giler pown? Kamu ingat dengan puji-pujian kamu itu, kamu
akan dapat tiket vvip nufnak ke?
Jadi,
di mana kononnnya mereka berkata ikhlas mahu berkawan? Pada saya, kalau anda
ikhlas. Sepatutnya, walau camtaek mana pown fizikal saya, ianya bukan tiket
untuk awak berkawan dengan saya. Saya juga tidak peduli tentang fizikal awak
semua. Bukannya mati pown tak berkawan dengan si cantek dan awak tidak hinalah
jika berkawan dengan si hodoh.
Entahlah.
Mungkin saya ini bukan jenis yg gemar memuji dihadapan. Dan ya, saya memuji
awak dibelakang awak semua. Kagum dengan kecantekan awak semua. Atau lebih
tepat, memuji Kuasa Dia, Milik Dia. Kalau ada perempuan atau lelaki yg kacak
pown. Saya tak kan lah mahu cakap dengan dia. Sebab saya tak mahu mereka
bangga, riak, sombong lantas terlupa tanah yg mereka pijak ini juga sama
seperti mereka. Saya sendiri juga tidak gemar dipuji. Kerna saya tahu. Saya
akan hanyut dan alpa.
Padahal,
awak tak tahu. Berapa banyak bedak telah saya tepekkan dan pelbagai teknik pencahayaan
yg dimainkan. Ah, kamu semua juga tertipu dengan gambar saya. Kahkahkahkah!!!!
‘Oit-oit!!!Jangan
nak perasan sangat boleh tak? Gambar ko bukannya cantek sangat pown. Camtaek
adalah.’**siri bercakap depan cermin.-.-”
‘Telah
Kau jadikan aku rupaku secantek-cantek makhluk, maka Kau hias jugalah
kecantikan itu juga pada akhlak ku’ – muhasabah diri balek. Bersyukur tp jgn
riak.
Pst
:: Itu sebab kekadang saya malas mahu percaya gambar digital skrg.kehkehkeh.