7.20.2011

Permulaan dan Perakhiran


salam…

saya serasa mahu menutup blog camtaek ni. lantaran saya sudah jarang untuk update dan berjalan-jalan di blog kalian. Tiada apalagi yang saya mahu ceritakan. Mungkin memang betei. Bila kita kurang membaca, kita juga pasti akan kurang untuk menulis. Saya tidak menulis. Ianya hanya camtaek saja.

Selain dari agak bizy di opiz, saya juga agak aktif di fb telah mengakibatkan saya renggang dengan blog. Oh, mungkin juga terpaksa mengintai blog secara cecuri di opiz itu tidak menginzalkan atau membaca blog di Tab juga begitu. Terkadang saya rasa mahu balek semula seperti yg dulu. Dulu saya buat kerja lain di tingkat lain…sekarang tak lagi dan persekitaran yg sedikit berbeza.


Dulu blogger saya yg kenal lain, tak semacam sekarang. Sekarang ini yg tinggal banyak yg mencapub berbanding sesuatu yg bererti untuk dikongsi. Entah. Maaf, jika ianya sesuatu pengakuan yg jujur tapi pahit. Itu apa yg saya nampak.   Dan saya juga perasan ramai blogger yg telah berhenti atau telah menutup blog mereka.


Mulanya saya berasa sayang sekali. Blog yg meriah mahu ditutup. Tapi setelah saya alaminya, baru saya paham. Kenapa dan kenapa…








Di atas ini adalah carta aliran mengikut pendapat saya. Ianya boleh jadi kepada sesiapa atau apa-apa juga. Contohnya permulaan saya meminati dunia blogging.Bila saya sudah kenal, faham dan berasa seronok saya mula berjalan ke sana sini. Berkenalan dengan anda semua. Sehingga ianya menjadi satu habit dan membawa kepada ketagihan. Dan bila terlalu extreme dalam dunia blogger, ia jadi tepu dan terasa muak. Sampai satu tahap tetiba perasaan teruja itu hilang sedikit demi sedikit dan akhirnya kosong.

Sama juga dengan kegilaan di fb. Kegilaan perasaan anda meminati sesuatu perkara atau pown seseorang. Mungkin carta aliran itu betei atau mungkin juga tidak. Terpulang.

Maisara kata jangan tutup. Baiklah, saya tak tutup blog camtaek ini. Esok-esok kalau saya mahu melempiaskan nafsu, saya akan ke sini lagi.

7.06.2011

Bersama Selamanya...



salam





Dengan pantas Syak menarik tangan Mimi yg ingin berlalu. Syak yg tadinya merayu agar tidak ditinggalkan, tiba-tiba tersenyum sinis. Mata putihnya berubah kemerahan dan memandang tajam seolah ingin melapah Mimi. Mimi mula berasa cuak dengantindakan Syak. 


Tiba-tiba Syak mencengkam kuat di nadi tangan Mimi. Mimi cuba untuk melepaskan tangannya. Dan mula merayu kepada Syak.


Syak yg sudah naik berang menolak badan Mimi ke atas bonet hadapan keretanya. Kepala Mimi diangkat lalu dihantukkan ke bonet berulangkali. Setelah lebih 10kali kepala Mimi dihentak-hentak, Mimi mula longlai dan terjatuh di atas jalan tar. Syak menyelak rambut Mimi yg melindungi dahinya yg lebam dan berdarah. Syak mengusap wajah Mimi perlahan lalu dikucupnya dahi Mimi yg berdarah tadi.


"Sayang penat ke? Sayang,abg nk bwk syg ke tempat hanya untuk kita. Tak ada siapa akan kacau kita. Syg sukakan?" Syak bertanya kepada Mimi yg telah tidak sedarkan diri.

*sunyi*


"Abg tahu, syg suka." kata Syak sambil tersenyum.


Syak mula bangkit,dan berjalan. Dibiarkan keretanya di situ. Tangan kanannya yg masih memegang rambut Mimi, ditariknya seperti mengheret lembu. Tidak peduli sekali pown muka Mimi terseret di atas tar. Lalu mencalarkan dan memecahkan bibir Mimi.


···


Pandangnya yg berbalam td semakin jelas. Terlihat seorg perempuan yg begitu uzur di gari berhampiran katil bujang. Perempuan uzur itu seperti ingin berkata sesuatu,namun suaranya tidak kedengaran.

Syak muncul dr arah bilik.


"Syg dah sedar? Kenapa mak tak bagitahu Syak?" tanya Syak gembira.


"Mak, kenalkan. Ini buah hati Syak, Mimi namanya. Cantek,kan mak." kata Syak lg dengan senyuman yg melebar.


"Syg, abg skrg dah makin mahir tau. Kalau syg tgk, mesti syg kagum." kata Syak sambil menghalakan cermin muka ke arah Mimi. 


Mimi terkejut melihat dahinya. Bertampal dengan kulit lain,yg tidak ketahuan kepunyaan siapa. Mulutnya pula dijahit. Kedua-dua belah pipi dan hidung terdapat kesan calar akibat seretan di atas jalan tar. Dia meraba satu persatu,dahi,pipi dan mulutnya. Tiba-tiba dia terperasan jarinya berasa pedih-pedih. Dia terlihat semua kuku jarinya telah dicabut. Dia memandang Syak dengan tidak percaya.


"Hebatkan abg?!"tanya Syak lg kepada Mimi.

"Sorry lar. Dahi syg dah lebam dan berlubang sket. Tu yg abg tampal. Abg ambik kulit syg kt peha kanan tu skit,abg jahitlar kt dahi syg. Nampak oke sket,kn! Mulut tu pown abg jahit,supaya syg xpayah lar melawan cakap abg lg. Isteri yg baik,tak melawan cakap suami,tau. Kuku syg abg cabutkn, td abg tgk kuku syg hitam sgt. Tu yg abg bersihkan. Lepas ne, tak payahlar nk syg potong kuku ke atau pergi pedicure lg. Lagi satu, abg dah putuskan urat saraf kaki kanan syg. Ala, abg koyakan kulit syg sket je kt belakang tempurung lutut,lepas tu abg potong lar sarafnya. Bijak,kan."





Air mata Mimi laju membasahi pipinya. 



"Syg, mak abg tak boleh cakap tau. Abg dah potong lidah mak. Tak adalah asyik mebebel je kan. Owh,kaki kanan mak pown macam syg gk tau. Lepas ne,kita akan hidup bersama selamanya. Tak akan ada sesiapa boleh tinggalkan abg dan rumah ini. Best,kn syg.




p/s :: entri untuk Kontrol Histeria.
Untuk mendapatkan entry yg lebih Histeria, sila intai kat sini.

7.05.2011

Ini Style!


Salam,

PER :: Anda dilarang untuk mencuba aksi ini di luar rumah!

Theheheee…



Sejak-sejak guna Tab ne, kemain tau nk online 24jam. Kalau dulu pukul 10malam dah nk masuk tidur. Tak mahu kurang rehat kononnya, esok pagi nk travel ke opiz. Sekarang ni pukul 10malam tu dah rasa macam awal giler. Pukul 11, 12 baru nk tidur. Maaflar, saya tak boleh nak stay sampai pukul 2-3pagi. Giler ke, seawal pukul 5pagi saya perlu bersiap ke opiz. Dah kompom lar sy akan mengalami kantukan [baca :: mengantuk] yg teramat.





Seperti entri lepas-lepas,dengan poyonya sy berceritakan betapa seronoknya menggunakan Tab. seperti puas [baca :: inzal] melayan drama korea menggunakan Tab.

Ada juga yg camtaeknya bila guna Tab ne. Iaitu ia agak besar. Besar, memang puas nk tengok drama, snap picca. Tapi agak menggerunkan juga untuk mengangkat call tanpa menggunakan Hands-free atau Bluetooth. Nak-nak kalau sy tak pakai Bluetooth. Atau yg beshnya, jika Hands-free tertinggal di rumah.

Pergh!!!Sy ingat, mahu sehari sy tak angkat fon! Baik mahu berkoling-koling, atau menerima koling. Lantakkan!

Sila kata ini style!!!

camtaek!

6.30.2011

Seru.


salam…

dalam tempoh dua bulan ini, blog ini semakin terabai. Mana taknya, pemiliknya kemain bizy sekarang ni. Tambahan pula mood hendak berblogging juga makin kurang. Yang ada, hanyalah selalu wujud di dunia fb.

Saya perasan juga,  kalau kita selalu aktif di alam maya. Mesti kurang bersosial di dunia nyata. Itulah yg sering terjadi pada saya. Kini menonton tv pown seminggu sekali.

Saya sedang menyeru mood blogging itu datang kembali. Mahu blogwalkinglah.kbye!

6.22.2011

Tajuk Yang Blur.


Salam.

oh tidak. saya dah lama tidak membebel panjang di sini telah membuatkan saya kehilangan identity. Namun, saya tetap mahu mencarut di camtaek.


Sebenarnya, saya berasa agak jengkel pabila melihat seorang itu terlalu dipuji. Juga di dunia blogger. Ini bukanlah istilah cemburu. Tak, buat apa saya mahu cemburu? Apakah dengan cemburu, maka saya dapat apa yg saya inginkan?


Tak.

Jadi, ini bukan cemburu. Cuma perspektif saya.
Apa yang saya lihat. Pabila seorang blogger yg bg saya, tak adalah lawa mana macam xuxu dan buah oren tuh, tp dia disangjung di puja mengalahkan artis. Saya tak kesah jika anda meminati mereka. Tapi jika semua komen pown seperti


Awak tampak hot bila berpossing sebegitu.

Kakam cantek lar. Pakai apa pown cantek.

Mata kakam bulat macam meow meow.

Dan komen mereka langsung tidak ada kena mengena dengan entry yg ditaip oleh retis tersebut. Homagok! Sehingga saya berasa musykil. Apa yg mereka dapat dengan berbuat begitu? Tak rasa seperti anda sedang menjilat punggung mereka, kah?


Kenapa kalau mereka cantek giler pown? Kamu ingat dengan puji-pujian kamu itu, kamu akan dapat tiket vvip nufnak ke?


Jadi, di mana kononnnya mereka berkata ikhlas mahu berkawan? Pada saya, kalau anda ikhlas. Sepatutnya, walau camtaek mana pown fizikal saya, ianya bukan tiket untuk awak berkawan dengan saya. Saya juga tidak peduli tentang fizikal awak semua. Bukannya mati pown tak berkawan dengan si cantek dan awak tidak hinalah jika berkawan dengan si hodoh.


Entahlah. Mungkin saya ini bukan jenis yg gemar memuji dihadapan. Dan ya, saya memuji awak dibelakang awak semua. Kagum dengan kecantekan awak semua. Atau lebih tepat, memuji Kuasa Dia, Milik Dia. Kalau ada perempuan atau lelaki yg kacak pown. Saya tak kan lah mahu cakap dengan dia. Sebab saya tak mahu mereka bangga, riak, sombong lantas terlupa tanah yg mereka pijak ini juga sama seperti mereka. Saya sendiri juga tidak gemar dipuji. Kerna saya tahu. Saya akan hanyut dan alpa.


Padahal, awak tak tahu. Berapa banyak bedak telah saya tepekkan dan pelbagai teknik pencahayaan yg dimainkan. Ah, kamu semua juga tertipu dengan gambar saya. Kahkahkahkah!!!!


‘Oit-oit!!!Jangan nak perasan sangat boleh tak? Gambar ko bukannya cantek sangat pown. Camtaek adalah.’**siri bercakap depan cermin.-.-”


‘Telah Kau jadikan aku rupaku secantek-cantek makhluk, maka Kau hias jugalah kecantikan itu juga pada akhlak ku’ – muhasabah diri balek. Bersyukur tp jgn riak.


Pst :: Itu sebab kekadang saya malas mahu percaya gambar digital skrg.kehkehkeh.