10.27.2011

Hoi Hoi!

salam…

hai korang semua!**seperti biasa melambai ala-ala Malaysian Top Model.
ah, saia tengah bosan giler kot. Nak citer saia sudah membebel pasal drama korea kat blog ni. Kesemua drama korea yang telah habis marathon. Nanti akan saia update selalu, Oke!

Oh, btw…pada sesiapa yang cari saia kat FB. Er, saia dah deactivate. Sejak 3hb Oct yang lalu. Insya’allah, minggu depan saia actived balek, arraso!

Saja jerk lari dari dunia maya yang lagha ni! Ah, sebenarnya saia sedang menumpukan sepenuh masa terluang saia dengan marathon drama korea!miahahahaaßalasan kaver!
Sesungguhnya, drama korea membuatkan saia begitu teruja untuk menghabiskan setiap dramanya. Terutamanya lakonan Yoon Eun Hye!Ottoke, bila sebut nama dia jerk. Saia dah mula teruja. Mulalah saia taip lelaju!**sila baca juga lelaju!




Macam pernah nampak jerk kan!Hah, dia lah pelakon Princess Hours, Coffee Prince, My Fair Lady dan dramanya yang latest adalah Lie To Me. Semua drama yang saia taipkan ni, saia dah tengok!

Bila dah asyik sangat pandang Yoon Eun Hye, ah, mulalah berangan nak jadi macam dia. Walaupown dia mempunyai gigi wabbit, tapi dia rilek-rilek jerk.Dan bibir nak seksi jerk!Miaahahaa

Er, saia tak tahu kenapa. Bebanyak actor korea, saia hanya minat Jang Geun Suk saja. Yang lain, belum mampu membuatkan mata saia bersinar-sinar dan teruja.

Hah, lagi satu, pelakon Nakatsu dalam drama Jepun Hana Kimi. Dengan kenakalan dan kekacakannya, membuatkan saia, PuRpLe, PinkY dan kekawan di kolej berebut-rebut mahukan dia. Ah, lagi satu Nanba(Mizushima Hiro) !Peh, dia ley tahan kacaknya! Dia ni ada banyak gak berlakon macam drama Gokusen dan Mei-chan no Shitsuji selain berlakon dalam Kamen Rider!

Citer kat sini, sampai esok pown tak habis! Ah, nanti saia akan rajin update kesemua film, drama jepun dan korea yang saia dah tonton, oke!

10.07.2011

Entry Ni, Berat Sikit

Salam…

Disebabkan kebosanan, saia gegedik nak jugak letak lagu. Padahal saia juga berasa annoying kalau jenjalan memana blog yg ada lagu. Nak-nak lagu entah hapa-hapa. Tapi lagu yang saia letak ni, memang memula saia dok bahan-bahan. Tapi lepas dengar sampai habis, rasa sedak pulak. Padahal lagu ni dah lama kot.
Tangga - O...Teganya






Ini adalah contoh video yang saia dah berjaya tepek berpandukan tutor dalam ni.
Kalau tak silap, apapownbolehbukakdanbolehloadingtapitaktahulahbeteiketak. yang penting, guna html ni, tak kena block oleh kampeni ni. myaahhahahaahahaaa




Ole Winky Beauty Eye
Download video: FLV format


Lepas ni, dah bolehlah saia letak bebanyak drama korea kat sini.lulz


Owh lupa,  disebabkan ada dua media yang telah tepek di sini, maka entri ni berat sedikit. heu heu heu

10.06.2011

Kerna Breakpez.

Salam…

Masuk hari ni dah empat hari café bawah opiz tak bukak. Dikatakan owner café merajuk kerna kontraknya tidak akan disambung. Ah, kalau tak sambung pown. Bukak sajalah. Tengok, kami terpaksa menapak lebih jauh seperti ke Mc’D atau ke mapley. Elok-elok kalau breakpez di bawah hanya ambil masa setengah jam, tapi kalau bekpez di luar, pasti sejam atau lebih. Tidak kah ini sudah membuang masa, tenaga dan kecekapan kami. heh.

Pagi tadi sesampai di meja saia. Saia capai fon gabak.
“Mownink! Wey, café bawah tutuplah. Aku nak kirim roti telur satu, tosei satu ea.”

Kekunci Send saia tekan. Sementara menunggu Tamara sampai opiz, saia hanya menjamah dua keping roti yg telah siap saia sapukan dengan spread butter. Sekadar roti dua keping biasanya hanya mampu menahan kelaparan saia selama sejam saja.

Pukul 9.00 pagi Sara datang ke tempat saia, lalu bertanya

“Kau nak breakpez katne, wey?

“Hm, aku kirim tosei+roti telur ngan Tamara.”

“Yeke. Takpelah. Aku nak turun, g breakpez.”


Disebabkan Tamara adalah CEO yang tidak diiktiraf, pastilah dia datang opiz selepas pukul 9 pagi. Walaupown waktu opiz hour yang sebenarnya adalah pukul 8.30. Pukul 9 itu dikira awal lah tu. Kekadang dia masuk pukul 11 pagi. Yang paling awal sekali dia pernah masuk opiz adalah pukul 3.30 PETANG!!!

Akibat kelembapan Tamara untuk masuk opiz, maka apabila dia masuk sebelum pukul 8.30. Pasti saia akan terkejut. Membelek jam tangan. Takut jam tangan saia mati, saia tengok pula jam di PC. Saia lihat Tamara atas bawah kemudian mendekatinya.

“Kau mimpi apa semalam sampai datang awal hari ni.” tanya saia.

“Vavi!” jawab Tamara sepatah sambil ketawa.

...

Oke, itu cerita dua hari lepas. Sekarang ni jam di PC saia pukul 12.04 tengah hari dan Tamara tak datang lagi dan tak tahu dia kerja atau tidak hari ini. CEO lah katakan. Tak lama tadi, adalah 15 minit yang lalu. Sara datang ke tempat saia kembali.

“Wey, ko dah dapat ke Tosei ko tu?” tanya Sara sambil gelak menahan perut.

Saia senyum nipis dan pepura khusyuk pandang pc. Padahal tiada keje pown. Pabila Sara nampak keseriyus saia dengan gurauannya, lantas dia pown berlalu.

Saia memandang fon gabak. Tiada mesej di balas hatta satu panggilan pown. Pesen tak reti membalas mesej atau panggilan ini, memang saia tak gemar betei. Saia mencari nama Tamara. 

Button delete contact saia tekan.

Yang tinggal di paparan log hanyalah


9.29.2011

Berasap.


Salam,

Pepagi lagi kereta saia bermasalah. Baru tak sampai 10 km, kami keluar rumah. Tetiba saia ada terbau sesuatu yg hangit. Tapi bila saia tengok dashboard, tiada signal amaran bateri, temperature, atau lambang cerek Aladdin pown yg terpapar. Walaupown begitu, saia dah mula risau.  Mencari tempat yg sesuai untuk berhenti. Akhirnya saia berhenti di susur masuk Giant yang baru siap dibina, sebelum tol Bt 9. Membuka bonet enjin, terasa bahang panasnya. Saia memanggil abang, untuk memeriksa kereta walaupown dia belum ada lesen kereta. -..- **sebenarnya saia tak berani sangat nk sentuh bonet enjin.


Aunty saia mula menelefon pak cik. Abang pula cek air, dilihatnya kosong kemudian saia pergi ke bonet belakang untuk mengambil air lalu menghulurkan 1.5L botol berisi air. Abang tuang kesemua air itu sampai habis. Bila saia nampak abg laju saja mengisi air, saia mula mengingat. Baru saja malam tadi pak cik saia cek bonet enjin. Mustahil pakcik tak nampak airnya kosong atau tidak. Padahal pakcik siap cek minyak power stereng,  minyak hitam, air dan juga minyak brek.
Kemudian saia tunjuk kepada aunty saia, air mineral 1.5L itu telah habis diisi. Aunty mula menanya, apakah semalam pakcik saia tak cek air? Dan pakcik jawab, air itu penuh malam tadi. 
-..-”

Selesai isi air, saia mula memandu. Tapi perlahan saja, dalam 60km/j kerana saia masih bimbang.


Pabila lepas mendaki bukit-bukit yg terdapat di Bangsar, di trafik light betul-betul kawasan bukit. Tetiba aunty bertanya pada saia…

“Asap apa tu yg keluar?”

Saia mula terkejut bercampur cuak. Abang dibelakang mungkin terlena.  Saia terus memasang lampu hazard dan saia memusingkan setering untuk mengengsot ke kiri. Sudahlah terasa lama yg amat ditrafik light tersebut. Sebaik lampu bertukar hijau saia cuba mencari tempat yg sesuai untuk berhenti. Aunty suruh saia berhenti di hentian teksi, tetiba abg bersuara

“Tak boleh. Jalan ni kecik. Berhenti kat tempat lainlah.” sebaik abg berkata begitu semerta saia kena hon. Ah tahi betei. Tak nampak ke saia pasang lampu hazard!Dia tak nampak ke kereta saia dah berasap??!!Saia pula berasap dengan pemandu yg….^*%^$*!

Nak tak nak, saia gerakkan juga kereta. Tak jauh dalam beberapa ratus meter mujurlah ada stesen minyak. Saia masuk dan berhenti di tempat mengisi air dan angin. Seperti biasa, saia menyuruh abg saia cek satu persatu manakala aunty menelefon pakcik. Mereka sangkakan Gear Box yg bermasalah. Tapi aunty berasa pelik. Mengapa sampaikan bonet di tempat duduknya yg berasap. Kemudian pakcik soh abg cek minyak hitam. Kosong.


Aunty memberi saia not 50 untuk membeli minyak hitam. Saia ke Mart Esso tersebut. Terpinga-pinga juga saia nk amek minyak hitam. -..-”

Kemudian ada pakcik di atas motor tanya saia.

“Nak minyak hitam ke?” lalu saia mengangguk.

“Yang besar tu, minyak hitamlah”

Saia terlihat botol sebesar 4L dengan harga RM72. Sedangkan pakcik suruh saia beli yg berharga RM12 saja. Sudahlah bawak RM50. Saia memilih minyak yg sama tp bersaiz kecil 1L. Itu pown berharga RM21! Jadah beza sampai RM9!!!


Abg menuang kesemuanya.Kemudian dia cek kembali minyak hitam tersebut. Masih kosong. Aunty yg dalam talian,


“Kami park bebetul kat kawasan bukit. Memang bukan kawasan rata.” mungkin disebabkan kawasan bukit, jadi minyak hitam yg secoit itu hanya berada disebelah kawasan saja.


Aunty menyuruh saia mengalihkan kereta, sementara abg melihat bekas parking tadi, sama ada titisan minyak. Dan bila saia mengalihkan kereta, abg kata. Ye, ada banyak!Ini bermakna miyak hitam kami bocor!

Saia turun, dan saia lihat ada minyak yg bertakung. Banyak tak banyak, kami berhenti tak sampai setengah jam, adalah suku gelas. -..-”


Saia meneruskan memandu dan akhirnya selamat hantar abg dan dapat juga saia sampai di opiz.

p/s :: Bayangkan saia parking kereta di bawah opiz lebih lapan jam, agak-agak berapa titis minyak je yg tinggal??Hurm…


p/s/s :: Tetiba saia rasa tak pasti, dapat menghadirkan diri untuk Pelancaran Zine Horizon Raya, di Uya pada hari Sabtu ini atau tidak.tsk tsk tsk

9.27.2011

Actor Full House 2


Salam…

Tadi saia sesajalah beborak dgn kawan saia pasal drama yg giler pames di satu ketika iaitu Full House, tahun 2004. 



Kalau awak tanya saia, saia akan jawab. Rain itu tidak kacak, tapi dia comel. Dan badan dia sangat pelik. Badan sasa muka comel?!!Jadah woittt!!! Macam cacat jerk saia rasa. Muka macho barulah sesuai berbadan maskulin, ye dak?!Cuba bayangkan ada beberapa orang nak pukul Rain tu. 

Pergh, kalau Rain tu bukak baju. Kompom orang akan berlari ketakutan tengok badan six pack dia. Tapi bila tengok Rain tu senyum je, terus hilang rasa takot. Sebab Rain comel sangat. Kahkahkahak!!!Kekadang saia rasa muka dia cam bebudak pown ada.heu heu heu

Then tadi saia masuk twitter, ada sorang admin utk beberapa page drama Korea update status yang berbunyi

fet888 'Shocco locco
Please Support our Full House 2 OFficial Fanpagefacebook.com/pages/Full-Hou… fb.me/VsVdnQBx

Ye. Saia mengaku saia folo dia semata untuk mengetahui perkembangan drama Korea yg latest dan pames di sana. Heu heu heu…

Jadi saia pown gugel dan dapat tau, Full House 2 akan dihasilkan dan watak utamanya ialah No Min Woo dan Hwang Jung Eum telah disahihkan pada pagi semalam (26 September 2011). Ye, bukan lagi Rain dan Song Hye-kyo.

No Min Woo dan Hwang Jung Eum

Kalau korang nak tau, No Min Woo ni juga salah seorang pelakon dalam drama pames iaitu My Girlfriend Is Gumiho.




Yang saia tak tahan ialah muka No Min Woo ni sangat jambu dan jelita mengalahkan Jang Geun Suk saia yang kachak serta cun itu!!


Ye, saia mengaku Jang Geun Suk sangat kachak bila berambut pendek dan cun giler bila dia berambut panjang. -..-”


Tapi gambar No Min Woo ni saia tengok muka dia macam iras Nasha Aziz kan.kahkahkahkah!!!




Oke, apa pown. Setelah tengok No Min Woo yang jelita itu, saia rasa teruja plak nk tengok.kehkehkeh

camtaek!