3.04.2011

Menjengkelkan : Di Tandas


salam…


ini mungkin entry pendek yg tak berapa nak pendek.



korang masuk tandas satu sepsis ngan korang…dalam erti kata lain, kalau korang lelaki, masuklah tandas lelaki, dan begitu juga sebaliknya…kalau bapok atau khunsa plak macam mana? er…??biarlah dorang pilih sendiri!jangan nak ngada-ngada tanya ei dorang masok tandas mana!


abaikan…
bila masuk tandaas, korang beratur bila ternampak semua tandas bertutup. itu maknanya, semua tandas ada penggunanya…sedang korang menuggu dan membelek-belek wajah korang di cermin, tetiba ada bunyi-bunyian yg kurang enak…



1. bunyi segala najis dan angin merembes keluar dengan lantangnya walau ketika itu kedengaran bunyi air paip sudah mengalir…tak paham?maksudnya bunyi kentut atau cirit yg keluar itu lebih kuat dari bunyi air paip yg mengalir!mungkin itu adalah hasil gema lantas ianya membuatkan korang berpandangan dengan mereka yg turut menunggu di luar tandas





2. bunyi orang yg sedang berusaha keras untuk meneran namun ianya bagai mendesah di atas ranjang!watder…???? **sila jangan tanya bunyi-nyer macam mana!



camtaek!



mana satu yg korang rasa menjengkelkan???


kthxbye!

3.03.2011

Selamat Tinggal Header Al-Arqam!


salam…


disebabkan header ei ada muka sendiri…ei pown dah bosan melihat muka sendiri!
bangon pagi…tengok cermin jap, nampak muka sendiri*cun jugak muka aku bangun tido*
naik kereta, tengok side mirror terpandang muka sendiri lagi…*tudung dah oke, dah*
sampai opiz, buka tweeter, fb dan blog muka sendiri lagiiii…*dah mula bosan…*
malam sebelom tido, tengok lagi muka sendiri…*kira berapa banyak hasil jerawat tumbuh hari ini pulak*


tengok, dalam sehari, berapa puluh kali nk tengok muka sendiri ni? untung muka sendiri secantik kurniaan Dia…


kalau muka cam babi, hah camne?!**mencarut ke ni?kehkehkeh
eeee hok eeee hokkkk ** ni bunyi babi ke?bukan keldai?lol~


yg sebenarnya, ei takutla…
bukan apa…ramai sangat yg setuju, kata muka ei macam al-arqam
tak ke itu menakutkan?!mana lah tahu geng-geng al-arqam terbaca dan tertengok blog camtaek ni…terus di cari ei lepas tuh bawak lari, lepas tuh jadikan ei sebagai leader geng al-arqam…pengganti abuya!abisla macam ni! 



camtaek!



kesimpulannya, adalah molek kalau ei tukarkan header yg mungkin lagi simple, kemas tanpa meletakan muka ala-ala-al-ar-qam…
kalau letak pown, kasi sorok-sorok sikit…

ye la.ye la. saya seorang yang pemalu!


okthxbye!


p/s :: idea tok header sangatlah diperlukan! T.T

Najis Mughallazah ialah...**kehkehkeh


salam…

AMARAN :: Perlakuan yang bakal anda baca ini, adalah DILARANG untuk ditiru sama sekali kerana ia mungkin akan meruntuhkan akhlak!


kehkehkehkeh!!!di mulakan dengan gelak nak guling-guling…

semalam lepas ei balek umah, dan siap mandi dan nak makan malam, ei tengok kezen ei yg umur lapan tahun tengah ulang kaji…**minggu depan dorang dah start exam
mungkin dia belajar subjek Akidah**subjek sekolah rendah agama

seperti yg korang sedia maklom, nama pown sekolah rendah agama…semua buku ditulis dalam tulisan jawi, dan korang juga harus menulis tulisan jawi juga!malangnyer, kezen ei, darjah dua baru masuk sekolah agama dan terus masuk darjah dua terus!mestilah susah sikit, sebab dia belum pandai mengeja…jadi sambil ei dan abang makan, sambil tu kami tengok-tengokkan lah dia belajar…

apa yg dia belajar…**remind tok korang

Najis terbahagi kepada tiga iaitu,

Najis Mukhaffafah – najis ringan -> air kencing budak lelaki yg berusia 3tahun yg hanya meminum susu ibu sahaja
Najis Mutawwasitah – najis sederhana ringan -> najis selain dari najis mukhaffafah atau mughallazah seperti muntah, tahi, bangkai, darah, nanah, mazi dan wadi**wadi ni apa ea?
Najis Mughallazah – najis berat -> apa-apa yg berkaitan dengan babi atau anjing…seperti muntah anjing, tahi babi dan sebagainya.

cukup review dari ei.


Mari Belajar Bahasa Minang, Sekejap!

disebabkan ei ni keturunan minang…klo korang nak tahu, bahasa minang ni lain sikit…
kami adik-beradik pown tak berapa nk reti sebut sangat sebab maklumlah, kami kan dah jadi orang melayu…**lagi pown orang melayu klo cakap minang, memang kompom kena gelak kaw-kaw!
tapi arwah nenek selalu berbahasa minang, ianya kedengaran seperti ayam bercakap dengan itik!
jadi kami selalu kecelaruan bahasa pada ketika itu!

anjing dalam bahasa minang dorang sebut… an-ji-ang…
cuba korang sebut betul-betul… an ji ang**ang* tuh kuat sikit
jadi anjiANG!  lol~


manakala kalau babi, dorang panggil lan-deh…
sebut… lan deh

kalau korang sebut si landeh, maksudnya si babi! lol~




...




jadi semalam ei kata…

“Najis mughallazah ialah anjiang dan landeh!” ei pandang abang, kami senyum-senyum…
kemudian kezen ei pown dok ikut…

“Najis mughallazah ialah anjiong dan landeh” dengan serius kezen ei membaca.**budak tu salah sebut…lol~

ei pandang abang dan aunty…kami gelak ketawa guling-guling…
disebabkan kezen baru lapan tahun, dia pandang kami dengan muka blur...

“Ko rasa, ustazah dia paham ke tak?” tanya abang

“Tak! Kompom fail!” ei jawab.



camtaek!

p/s :: Jadi, anak-anak, najis mughallazah ialah...lol~

3.02.2011

Rabun Kaler


salam…

masa ei sekolah rendah lagi, ei dapat tahu yg abang ei ada rabun kaler. kiranya, kalau ei darjah tiga, abang mestilah dah tingkatan satu.oke, time tuh dia kena masuk skola tahfiz.
kemain tau, abang pakai jubah dan berserban bagai…siap selalu nasihat kan mak, cengginni, cenggitu dan keluar-lah segala hadis…
kira, penyejuk hati mak, lah ni.*kalau citer ngan abang, mesti dia malu… lol~

maaf, ei tiada picca abang pakai jubah dan serban itu…nanti mesti korang terkejut. sesilap nak jadikan menantu plak.eh?

bila abang skola tahfiz, tapi sempat sekolah kat situ setahun jer, pastuh pindah skola. dekat ngan rumah.
time tuh, haruslah dah hilang semua jubah tu, kan. pe barang skola Methodist pakai jubah!

eh, terbagitau pulak.kehkehkeh…
ei pown nge-ngada main teka-teka kaler ngan dia…sajer nk tengok kerabunan kaler dia tuh…

“Cuba ko teka, ni kaler apa?” tanya ei sambil menunjukan t-shirt berkaler merah.

 
*hiasan semata*


“Merah.”

“Yang tu?” ei tunjuk bakul baju yg kaler hijau pulak.

“Hijau.”

“Hm, ni?” ei amik buku kaler biru.

“Biru.”

“Semuanya betul! Jadi, apa yang rabun kaler-nyer? Kau tipu aku ye?!” tanya ei tak puas hati.


“Hoi! Aku RABUN KALER, BUKAN BUTA KALER!” jawab abang agak stress di situ.


camtaek!

3.01.2011

Susu Rosak...


salam…


oke, ei nak citer sikit ni…
kelmarin ei g Carrefour…teman aunty g beli grocery…
ei pown belilah jajan dan sewaktu dengannya tok stok kat opiz…
kat situ Anlene ada buat Cek Kalsium dalam tulang…ei pown try ler…result ei biasa-biasa jerk!




yg ei nak citer adalah…
sebenarnya susu tepung dilarang bancuh bersama dengan air panas!
promoter tuh cakap, klo bancuh dengan air panas, kita dah rosakkan zat yg dia ada…
tak ke itu satu permbaziran?! sudahlar susu mahal! ei plak jenis yg tak boleh minum susu plain! jadi ei pilih susu Anlene coklat!**tetiba plak!


ei pown risau jugak ni…sebab serasa ei…susu ibu mengandung tak ada susu coklat, semuanya yg plain!**belom kawen pown dah sibuk-sibuk usha susu ibu mengandung?! lol~


pape pown…klo korang ada anak ke atau adik, korang janganlah bancuh dengan air panas…cukup dengan air suam…ianya masih boleh larut!



p/s :: Quaker Oat yg MultiGrain Crispy memang sedap giler! ei campurkan ke dalam susu Anlene Coklat. Rasa macam nak kudap jadi snek jerk!