3.03.2011

Najis Mughallazah ialah...**kehkehkeh


salam…

AMARAN :: Perlakuan yang bakal anda baca ini, adalah DILARANG untuk ditiru sama sekali kerana ia mungkin akan meruntuhkan akhlak!


kehkehkehkeh!!!di mulakan dengan gelak nak guling-guling…

semalam lepas ei balek umah, dan siap mandi dan nak makan malam, ei tengok kezen ei yg umur lapan tahun tengah ulang kaji…**minggu depan dorang dah start exam
mungkin dia belajar subjek Akidah**subjek sekolah rendah agama

seperti yg korang sedia maklom, nama pown sekolah rendah agama…semua buku ditulis dalam tulisan jawi, dan korang juga harus menulis tulisan jawi juga!malangnyer, kezen ei, darjah dua baru masuk sekolah agama dan terus masuk darjah dua terus!mestilah susah sikit, sebab dia belum pandai mengeja…jadi sambil ei dan abang makan, sambil tu kami tengok-tengokkan lah dia belajar…

apa yg dia belajar…**remind tok korang

Najis terbahagi kepada tiga iaitu,

Najis Mukhaffafah – najis ringan -> air kencing budak lelaki yg berusia 3tahun yg hanya meminum susu ibu sahaja
Najis Mutawwasitah – najis sederhana ringan -> najis selain dari najis mukhaffafah atau mughallazah seperti muntah, tahi, bangkai, darah, nanah, mazi dan wadi**wadi ni apa ea?
Najis Mughallazah – najis berat -> apa-apa yg berkaitan dengan babi atau anjing…seperti muntah anjing, tahi babi dan sebagainya.

cukup review dari ei.


Mari Belajar Bahasa Minang, Sekejap!

disebabkan ei ni keturunan minang…klo korang nak tahu, bahasa minang ni lain sikit…
kami adik-beradik pown tak berapa nk reti sebut sangat sebab maklumlah, kami kan dah jadi orang melayu…**lagi pown orang melayu klo cakap minang, memang kompom kena gelak kaw-kaw!
tapi arwah nenek selalu berbahasa minang, ianya kedengaran seperti ayam bercakap dengan itik!
jadi kami selalu kecelaruan bahasa pada ketika itu!

anjing dalam bahasa minang dorang sebut… an-ji-ang…
cuba korang sebut betul-betul… an ji ang**ang* tuh kuat sikit
jadi anjiANG!  lol~


manakala kalau babi, dorang panggil lan-deh…
sebut… lan deh

kalau korang sebut si landeh, maksudnya si babi! lol~




...




jadi semalam ei kata…

“Najis mughallazah ialah anjiang dan landeh!” ei pandang abang, kami senyum-senyum…
kemudian kezen ei pown dok ikut…

“Najis mughallazah ialah anjiong dan landeh” dengan serius kezen ei membaca.**budak tu salah sebut…lol~

ei pandang abang dan aunty…kami gelak ketawa guling-guling…
disebabkan kezen baru lapan tahun, dia pandang kami dengan muka blur...

“Ko rasa, ustazah dia paham ke tak?” tanya abang

“Tak! Kompom fail!” ei jawab.



camtaek!

p/s :: Jadi, anak-anak, najis mughallazah ialah...lol~

9 comments:

haLyZaQiut said...

hhaha....confim ustaah dia ternganga....koh3...

eiffel said...

@haLyZaQiut :: lol~ ustaza mesti senyum punya bagi hurup D!jadik :D

Whoopz said...

kalau ustazah dak kecik tu jawa xpe ar.. Hahah..

LadyRye said...

kalau londeh?

ok londeh tu bisa mendatangkan najis mutawasitah!

eiffel said...

@Whoopz ::jawa?lol~

eiffel said...

@LadyRye :: londeh?!

pandainyer!lol~

nurkaloi said...

hahahah camtaek !!
weee rindu kaloi nak renang-renang kat sini

comey kan pink pink
hahaha aiiyyyakk najis !

si para para said...

landeh..errr aku rasa ustazah tu fikir lain...

marina anakcikbob said...

aik?? bila masa kencing kanak2 3 taun?
kencing kanak2 sebelum 2 taun la..
suda tukar ka?