3.28.2011

Opiz Saya Yang Seram!


salam…

sebenarnya ei malas lar nak citer pasal ei stayback**hinggalah kena usik! T.T

temankan aunty buat OT. Aunty OT pown bukan boleh claim pown tapi dah kerja, terpaksalah jugak dia buat. Memandangkan kami satu opiz,  jadi ei pown terpaksalah tunggu. Nak balik umah, macam tak berbaloi. Minyak + tol saja sudah berapa. Bayangkan jarak opiz ke rumah saja sudah 30km abis kalau pergi-balik redah jam semua, dah berapa. Jadinya, ei pown tunggulah sampai aunty siap. Kami satu floor dan kalau nak ikut tempat, ei pusing kepala, dah boleh nampak tempat aunty ei. Tapi disebabkan dia punya projek dengan unit lain, jadi dia kena duduk di bilik lain di floor yg sama.

Bulan ni lah yg paling kerap skali kami balek lambat. Tu sebab korang boleh nampak ei online jerk!



ei taknak lah sebut nama company ni. Maklum lah, company komunikasi yg pertama di Malaysia, korang dah boleh tau company apa. Banggunan opiz ni, ei pown tak pasti dah berapa puluh tahun. Tengok design pown, memang tak urban langsung kalau nk dibandingkan dengan Menara. Agak jakun jugaklah bila pertama kali ei naik Menara. Mana taknya, masuk lif, sudah ada skrin yg memaparkan upper deck, dan lower deck. Ini bermakna, lif nya saja ada dua tingkat. Hah, kemain urban kan!

Memandangkan aunty pown dah kerja hampir sepuluh tahun, haruslah aunty ada banyak pengalaman bila dok stay sampai malam. Menurut aunty, walaupown sebenarnya hanya korang saja di opiz, tapi korang tak kan rasa sunyi. Korang akan rasa seperti ada saja yg temani korang. Memang rutin, korang akan dengar orang menaip, bunyi pen, orang berjalan dan macam-macam lagi.


Pernah hari tu, ei masuk opiz sorang, time tuh aunty MC, jadi ei adalah orang pertama yg sampai, dan ei lah yg menghidupkan semua lampu. Lepas dah duduk dan bukak pc, tetiba bunyi printer. Selang beberapa saat, terus mesej masuk,

“Tengokkan printing aku” mesej aunty
ei perhatikan beberapa saat. Tetiba baru ei teringat…
‘Eh, orang tua ni bukan MC ker? Macam mana boleh print plak?’

Rupa-rupanya dia print dari lappy kat umah, keluar printing kat opiz -.-”

camtaek betei!



Sambung balek cerita pasal aunty ei stay…
aunty kata dia memang dah jemu, kawan-kawan opiz pown selalu bercerita. Duduk di opiz hingga malam, memang agak menyeramkan.


Pernah salah sorang manager aunty, datang seawal 6 pagi, dan dia terdengar ada staff memasang radio. Kemain patriotic bila terdengar lagu Negaraku. Namun bila manager usha sekeliling, padahal staff nye belum pown masuk opiz. Kalau ei ceritakan satu persatu, memang banyak. Pernah aunty buat kerja, bila dia ingin rehat seketika, tiba-tiba dia terdengar ada orang menaip bagaikan sedang mengamuk. Kemudian aunty pown cuba mendekati tempat berkenaan, makin dekat, semakin laju dan makin kuat keyboard di tekan-tekan. Makin kus semangat aunty. Mana taknyer, kalau tetiba kena sergah, tak ke masuk hospital?


Jadi, setiap kali aunty stay, dia ingin menyiapkan kerja maka aunty dah malas nk layan segala bunyi-bunyian itu. Aunty kata…


‘Lantaklah ko nak buat apa, jangan ko muncul depan aku, sudah!’

Cukup pengalaman aunty!



Sepanjang ei temankan aunty, sambil bermain facebook, sambil usha blog korang…dan sebaik balik dari toilet, ei memang perasan, floor ei memang tiada sorang pown. ei pown malas nk fikir yg bukan-bukan. ei pown sambunglah chating dan sebagainya, tapi memang ei akui, ei tak pernah rasa macam ei sorang jerk dalam opiz. Entah kenapa ei rasa macam ada je orang dalam opiz.
ei ni, nak kata berani pown tak, nak kata penakut sangat pown tak jugak. Benda-benda macam ni, kena percaya tapi tak boleh taksub. Jadi, ei buat biasa saja.


Jumaat lepas, 25hb March 2011, ei pown cam biasa, chating si goblog Marina dan melayan kegilaan Mai difb, sambil-sambil membaca kes Mona Fendi. Dah dekat dua minggu kami sibuk berchating pasal kes umah sewa RM50 dan kes MF. ei pown belum sempat khatam kes tuh. Maklumlah, time tuh kekanak lagi. Petang tu, ei baru free dan bosan giler , ei pown g lah baca.
Tengah sibuk chating entah macam mana ei rasa seperti ada kelibat yg lalu dibelakang ei. 


Manakala tempat ei, depannya betul-betul ada pintu kecemasan. Lepas lorong masuk di kanannya ada almari fail kaca. Di cermin kaca itu juga ei terlihat kelibat itu seperti berjalan dalam keadan tergesa-gesa. Dengan gatai-nya kepala ei pergi pusing lelaju untuk melihat kelibat itu! ei pandang keliling. Kawasan opiz boleh dikatakan luas pandangannya, jadi dari hujung, memang boleh nampak. Dari tempat ei pown memang boleh nampak pintu utama. ei pandang memang tiada sesiapa pown. Habis siapa yg jalan lelaju tuh?


Time tuh memang dah cuak. Lelaju jerk taip citer ngan Marina. Beristighfar dan cuba bertenang. Time tuh 8.40 malam, aunty kata nak balek pukul 9malam. Hanya tinggal 20minit, tak lama jerk, padahal Marina dah suruh lari dah. ei cuba untuk pujuk diri, mungkin perasaan ei jerk kot, bila dah tenang, ei pown buat macam biasa. Tak lama kemudian tetiba bunyi angin pulakkkk.

Korang tau bunyi angin kat bangunan tinggi macam mana?


Wuuuuuuuuuu**kalau korang dengar, macam bunyi cik Pon pown ada!

Lepas tuh, bunyi tuh makin panjang dan makin kuat!

Dengarlah bunyi pokok dan silih berganti dengan bunyi angin!

Bulu roma dah meremang, hati dah rasa cm tak best, ei masukan semua dalan handbeg, mesej Marina, terus logout pc!

10 comments:

Catherine- said...

wwwwwwwuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~~~


camtaek punya bunyi!

hati2.

Lya Colours said...

kat rumah kg mak aku kat tganu, umah ktrg tuh dekat je dgn pantai
memang best la angin kuat kan
kalau tiba musim tengkujuh lagi angin kuat. memang mcm bunyi org menangis pon ada. takuittt

eiffel said...

catherine :: ye. sgt camtaek bila keadaan cm ni! -.-"

lya kaler :: klo sesiang, oke la. tp klo memalam...hish...hati yg tenang pown rasa xtenteram!

haLyZaQiut said...

uishhh...kalau dh takut cmtu, lepak kat loby bawah jela...ada pak guard at least...seramnya wehh...baca pon dh serrraaammm....

Dearie Pearls said...

mujur baca siang2....
aih....

beribu kali meremang bulu roma!

*banyaknyer bunyiiiiiiiii..

✿....rossa alina....✿ said...

eee..seram!!

marina anakcikbob said...

masa aku baca thread tu ada seram2 gak tapi xde jadik apa2 la..

Bijen M. said...

Lepas ni boleh apply kerja bahagian rumah mayat sepital.
Cun jugak situ.

ghost writer said...

kalau aku....jangan tanya.please dont ask..

sebab aku dah lama cabut dah..gilak!

Whoopz said...

seram wei.. Tegang seme bulu2 aku baca entry ni..