salam…
sebenarnya ei malas
lar nak citer pasal ei stayback**hinggalah kena usik! T.T
temankan aunty buat OT. Aunty OT pown bukan
boleh claim pown tapi dah kerja, terpaksalah jugak dia buat. Memandangkan kami
satu opiz, jadi ei pown terpaksalah
tunggu. Nak balik umah, macam tak berbaloi. Minyak + tol saja sudah berapa.
Bayangkan jarak opiz ke rumah saja sudah 30km abis kalau pergi-balik redah jam
semua, dah berapa. Jadinya, ei pown tunggulah sampai aunty siap. Kami satu
floor dan kalau nak ikut tempat, ei pusing kepala, dah boleh nampak tempat
aunty ei. Tapi disebabkan dia punya projek dengan unit lain, jadi dia kena
duduk di bilik lain di floor yg sama.
Bulan ni lah yg
paling kerap skali kami balek lambat. Tu sebab korang boleh nampak ei online
jerk!
…
ei taknak lah sebut
nama company ni. Maklum lah, company komunikasi yg pertama di Malaysia, korang
dah boleh tau company apa. Banggunan opiz ni, ei pown tak pasti dah berapa
puluh tahun. Tengok design pown, memang tak urban langsung kalau nk
dibandingkan dengan Menara. Agak jakun jugaklah bila pertama kali ei naik
Menara. Mana taknya, masuk lif, sudah ada skrin yg memaparkan upper deck, dan
lower deck. Ini bermakna, lif nya saja ada dua tingkat. Hah, kemain urban kan!
Memandangkan aunty
pown dah kerja hampir sepuluh tahun, haruslah aunty ada banyak pengalaman bila
dok stay sampai malam. Menurut aunty, walaupown sebenarnya hanya korang saja di
opiz, tapi korang tak kan rasa sunyi. Korang akan rasa seperti ada saja yg
temani korang. Memang rutin, korang akan dengar orang menaip, bunyi pen, orang
berjalan dan macam-macam lagi.
Pernah hari tu, ei
masuk opiz sorang, time tuh aunty MC, jadi ei adalah orang pertama yg sampai,
dan ei lah yg menghidupkan semua lampu. Lepas dah duduk dan bukak pc, tetiba
bunyi printer. Selang beberapa saat, terus mesej masuk,
“Tengokkan printing
aku” mesej aunty
ei perhatikan
beberapa saat. Tetiba baru ei teringat…
‘Eh, orang tua ni
bukan MC ker? Macam mana boleh print plak?’
Rupa-rupanya dia
print dari lappy kat umah, keluar printing kat opiz -.-”
camtaek betei!
…
Sambung balek
cerita pasal aunty ei stay…
aunty kata dia
memang dah jemu, kawan-kawan opiz pown selalu bercerita. Duduk di opiz hingga
malam, memang agak menyeramkan.
Pernah salah sorang
manager aunty, datang seawal 6 pagi, dan dia terdengar ada staff memasang
radio. Kemain patriotic bila terdengar lagu Negaraku. Namun bila manager usha
sekeliling, padahal staff nye belum pown masuk opiz. Kalau ei ceritakan satu
persatu, memang banyak. Pernah aunty buat kerja, bila dia ingin rehat seketika,
tiba-tiba dia terdengar ada orang menaip bagaikan sedang mengamuk. Kemudian
aunty pown cuba mendekati tempat berkenaan, makin dekat, semakin laju dan makin
kuat keyboard di tekan-tekan. Makin kus semangat aunty. Mana taknyer, kalau
tetiba kena sergah, tak ke masuk hospital?
Jadi, setiap kali
aunty stay, dia ingin menyiapkan kerja maka aunty dah malas nk layan segala
bunyi-bunyian itu. Aunty kata…
‘Lantaklah ko nak
buat apa, jangan ko muncul depan aku, sudah!’
Cukup pengalaman
aunty!
…
Sepanjang ei
temankan aunty, sambil bermain facebook, sambil usha blog korang…dan sebaik
balik dari toilet, ei memang perasan, floor ei memang tiada sorang pown. ei
pown malas nk fikir yg bukan-bukan. ei pown sambunglah chating dan sebagainya,
tapi memang ei akui, ei tak pernah rasa macam ei sorang jerk dalam opiz. Entah
kenapa ei rasa macam ada je orang dalam opiz.
ei ni, nak kata
berani pown tak, nak kata penakut sangat pown tak jugak. Benda-benda macam ni,
kena percaya tapi tak boleh taksub. Jadi, ei buat biasa saja.
Jumaat lepas, 25hb
March 2011, ei pown cam biasa, chating si goblog Marina dan melayan kegilaan
Mai difb, sambil-sambil membaca kes Mona Fendi. Dah dekat dua minggu kami sibuk
berchating pasal kes umah sewa RM50 dan kes MF. ei pown belum sempat khatam kes
tuh. Maklumlah, time tuh kekanak lagi. Petang tu, ei baru free dan bosan giler ,
ei pown g lah baca.
Tengah sibuk
chating entah macam mana ei rasa seperti ada kelibat yg lalu dibelakang ei.
Manakala tempat ei, depannya betul-betul ada pintu kecemasan. Lepas lorong
masuk di kanannya ada almari fail kaca. Di cermin kaca itu juga ei terlihat
kelibat itu seperti berjalan dalam keadan tergesa-gesa. Dengan gatai-nya kepala
ei pergi pusing lelaju untuk melihat kelibat itu! ei pandang keliling. Kawasan
opiz boleh dikatakan luas pandangannya, jadi dari hujung, memang boleh nampak.
Dari tempat ei pown memang boleh nampak pintu utama. ei pandang memang tiada
sesiapa pown. Habis siapa yg jalan lelaju tuh?
Time tuh memang dah
cuak. Lelaju jerk taip citer ngan Marina. Beristighfar dan cuba bertenang. Time
tuh 8.40 malam, aunty kata nak balek pukul 9malam. Hanya tinggal 20minit, tak
lama jerk, padahal Marina dah suruh lari dah. ei cuba untuk pujuk diri, mungkin
perasaan ei jerk kot, bila dah tenang, ei pown buat macam biasa. Tak lama
kemudian tetiba bunyi angin pulakkkk.
Korang tau bunyi
angin kat bangunan tinggi macam mana?
Wuuuuuuuuuu**kalau
korang dengar, macam bunyi cik Pon pown ada!
Lepas tuh, bunyi
tuh makin panjang dan makin kuat!
Dengarlah bunyi
pokok dan silih berganti dengan bunyi angin!
Bulu roma dah
meremang, hati dah rasa cm tak best, ei masukan semua dalan handbeg, mesej
Marina, terus logout pc!
10 comments:
wwwwwwwuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~~~
camtaek punya bunyi!
hati2.
kat rumah kg mak aku kat tganu, umah ktrg tuh dekat je dgn pantai
memang best la angin kuat kan
kalau tiba musim tengkujuh lagi angin kuat. memang mcm bunyi org menangis pon ada. takuittt
catherine :: ye. sgt camtaek bila keadaan cm ni! -.-"
lya kaler :: klo sesiang, oke la. tp klo memalam...hish...hati yg tenang pown rasa xtenteram!
uishhh...kalau dh takut cmtu, lepak kat loby bawah jela...ada pak guard at least...seramnya wehh...baca pon dh serrraaammm....
mujur baca siang2....
aih....
beribu kali meremang bulu roma!
*banyaknyer bunyiiiiiiiii..
eee..seram!!
masa aku baca thread tu ada seram2 gak tapi xde jadik apa2 la..
Lepas ni boleh apply kerja bahagian rumah mayat sepital.
Cun jugak situ.
kalau aku....jangan tanya.please dont ask..
sebab aku dah lama cabut dah..gilak!
seram wei.. Tegang seme bulu2 aku baca entry ni..
Post a Comment