salam…
hey…ei tak berapa
nk sihat sejak semalam…gedik sungguh demam ni…hujung minggu ari tuh tak nak
datang…time-time cenggini
lar sibut nk serang.mencik sungguh!
ni pasti virus dari
budak gedik**kezen ei yg baru umo 6tahun!sibuk nk tidur dengan ei malam
kelmarin, tak pasal-pasal ei pown kena virus dia.maklum lar, dah lama tak sakit
sejak pagi semalam,
nak keluar umah je, dah sibuk dok bersin-bersin. lepas tuh, balek plak lambat.
mandi, lepas tu terus amek panadol sluber tanpa makan nasik.
iyela, jadah apa nk
makan lagik da pukul 10malam?
ingat nak MC jerk
ari ni.tapi bila pikir-pikir balek, terus tak jadik…mungkin lebih rela pergi
opiz dari dok umah!
dari ei skola lagi
ei da ada habit tuh…mungkin disebabkan ei tahu, kalau dok umah, mesti kena buat
semua keja umah. nak-nak masa skola, tiada duit belanja tapi kena buat semua
kerja umah!
camtaek, kan?!
mak tanya, “Dok
umah, buat apa duit belanja lagi?” -.-”
sebab biasanya,
kalau ei demam, pagi jerk, petang skit biasanya dah mula kebah sikit. dan
mulalah kena buat keje itu ini.
itu belum lagik sejak
dok umah aunty. bila demam, dia soh buat itu ini. Mula-lah kena vacumlah, cabut
rumputlah…katanya nak bagi keluar peluh!
Dengki sungguh orang
tua ini! -.-” **kalau dia, ei soh vacuum time demam, ada jerk ngelat-nya!
tak
larat-lah, inilah itulah, sepak kang!***aunty ei sporting, tak per…hehehee
last-last abang ei
yg kena tipu, dialah yg kena vacuum!lol~
...
masa ei skola
menengah kat perhimpunan, ei ada terdengar member berborak**member kelas lain**
“Dah lamanya tak
demam. Rasa cam nak demam je.”
“Aku pown!Besh nyer
kalau demam. Layanan mak adalah yg terbaik sekali!”
“Betul tu!Nanti apa
yg kita nk makan, semua mak akan buat. Kena suap…best!”
oke, ei dah
tersentap!
sebab sepanjang
hidup tak sampai 23tahun ni, serasa ei, lom pernah lar bangun-bangun time
tengah demam, ada orang temankan, kain basah ada kat dahi, diangkat kain
tersebut lalu dibasahkan semula dan letak didahi semula…ada orang buatkan sup
ker, atau makanan dah terhidang, bawakan lalu disuapkan ke mulut ei!kemudian
disuakan pula panadol ke dalam mulut!**ala, macam dalam drama tb tuh!
oke, sumpah tak
pernah oke!**malas betul ei nak layan emo!
Paling koman pown,
ei suruh atau paksa-rela adik ei g beli panadol dan megi. lepas tuh soh dia masak
megi!dan bawak kan ke dalam bilik, ei pown makan lar sendiri. larat ke tak, nak
berselubung ke hapa semuanya alternative sendiri. tak delah nk manja-manja
bagai letak kain kat dahi lar. masa ngan arwah nenek pown cenggitu, biasanya
megi tuh letak nasik…tapi yg tak best-nyer, arwah dah asing siap-siap tok adik
ei separuh lagik, kiranya ei dapat megi separuh jerk! Tak prihatin sungguh,
bagilah orang sakit ni makan banyak sikit!**time sakit lagik nk kuat
mencekik!lol~
…
Iyela, ei dok ngan
arwah, semua makanan semuanya dapat separuh je. Kalau makan ikan, bersaiz biasa
klo ikan sadin atau kembung, mesti kena potong dua. Kalau nk tambah, hanya
boleh tambah nasik, tapi bukan lauk! Klo makan nasik ayam, kena kongsi dengan
adik, kakak-kakak pown kena kongsi. Hanya abang jerk dapat satu! cenggitu jugak
lar bege dan semuanya abang jerk yg dapat satu. Alasannya dia lelaki, kena
makan lebih tapi satu keje pown haram takde nak buat! Time tuh, semangat
cemburukan abang memang tersangat tinggi. Mana taknyer, mentang-mentang dia
anak laki sorang, semua dia dapat!
Bayangkan, masa ei
umur lima-enam tahun, ei nampak abang ada keta kebal yg bole main tembak-tembak
siap keluar peluru lagik! Naper ei yg kecik pown tak ada mainan tapi dia abang,
dia ada???Kenapa?? Keta kebal tuh besar wey, memang bestlah! Siyesly, ei suka
ngan kete kebal tuh, dan ei selalu buat harta!Hahaha..padan muka abang! Tapi
ayah tak bagi ei main, sebab ayah kata, perempuan mana ada main kete kebal!
Lar, abis tuh,
walau pown kami ada empat adik badik pompuan, tapi satu patung pown tak ada kat
umah! Mainan perkakas masak-masak? Lagilah! Semua tuh mana ada! Habis, nak main
apa??? Cuba cakap!**fine, ei tak gemar main anak patung, tak adventure wey! dan
ei tak heran pown sebenarnya!lol~
Masa ei sekolah
dulu, kami adik badik nk beli batu seremban, tapi mak tak bagi. Mak kata,
kedit gugel la, woi!
“Itukan boleh buat
sendiri! Apa gunanya aku ada lima mesin jahit? Dah, tak payah nak membazir!”
*sebelum mak start meniaga, mak menjahit dlu~
*sebelum mak start meniaga, mak menjahit dlu~
**dalam erti kata
lain, mak suruh buat sendiri batu seremban tuh dan jahit pakai mesin jahit dia!
Masalahnya, time tuh ei baru dalam 8 tahun! Dan dek kerana usia kami yg selang
setahun dua, haruslah sorang pown tak reti guna mesin jahit melainkan abang!
Itu pown abang belajar mesin jahit sulam! Sulam hokey! Bukan mesin jahit biasa!
Ley tahan mak ei ni! -.-”
***sampai sekarang
sorang pown tak reti menjahit guna mesin jahit, melainkan jahit bodoh-bodoh dengan tangan!lol~
Padahal harga batu
seremban pada ketika itu hanyalah lima puluh sen dan akhirnya kami beli hasil
perkongsian lima beradik. dan ianya mestilah disorok dari pengetahuan emak!
Emak memang tak
suka kami beli mainan hatta buku sekali pown! Eh silap, bagi mak semuanya tak
berguna untuk dibeli melainkan makanan! Ya, diulangi HANYA MAKANAN!
Dengan makanan, mak
kata mak takkan berkira! Sebab mak kata arwah selalu sebut**iaitu arwah nenek
ei
“Rezeki yg
sebenar-benar rezeki kita, adalah makanan yg menjadi darah daging kita” pesan
arwah.
“Terkadang, makanan
yg sudah masuk dalam mulut pown boleh keluar balek, apatah benda lain!” tambah
mak lagi.
jadi, kami lima
beradik sering lar terkebil-kebil tengok kanak-kanak lain bawak barang mainan
dorang! dan mungkin sebab dah terbiasa, kami ignore jer, lepas tuh kami main
jerk permainan biasa-biasa.
p/s :: sekarang ni
tengok kezen + ank sedara ei dapat mainan macam-macam, lepas tuh bila tak dapat
mula nak merengek bagai! Terasa cm nk sepak lelaju jerk!
Mungkin sebab ei
dulu tak pernah merengek bila tak dapat mainan, atau mungkin sudah terbiasa, atau
mungkin ei sudah tahu, kalau mintak pown, kompom tak kan dapat! Kena marah
lagik adalah! Jadi kami sudah terbiasa untuk sama-sama berkongsi untuk
mendapatkan-nya. Mungkin itu lebih adventure dan menjadikan kami lebih matang
dari dimanjakan dan tak pernah tahu apa itu susah untuk mendapatkan sesuatu dan
menghargainya~

5 comments:
aku nak komen...
tapi terkedu tengok header.
oh, mata aku sangat lucah rupanya.
*larilajulaju*
matahari :: ko keji, kn!apa yg lucahnyer???mana2??pesal aku xdpt tgkp! -.-"
emmm....sebak tol baca....tp itu mnjadikan alfi lebih kuat dari org lain....!!!
AMBOI HEADER HAHAHAHA
perghh header!
-nampak sangat dah lama tak masuk-
Post a Comment