3.25.2011

Cerita Jumaat


salam

ei ada banyak cerita!**entry panjang, perlukn masa lebih 5minit!

Blog Lucah

ei suka dengan beberapa blog yg gila cam blog kepunyaan matahari, blog aqram, darkhalf dan banyak-lah!kalau ei nak taip, memang penin gak lar nk link-kan!


manakala ei ada beberapa blog lucah dan porno terbaik! macam blog bijen M, cucu hj Hassan dan yg paling ei suka blog inche gabbana!serius, besh!dia punya header saja sudah membuatkan korang teruja!




 apatah lagi entry-nya yang memang meransang! pendek kata memang terbaik-lah!
korang layan dulu, baru korang komen~


…**sila bukak dulu





…**baca






…**hayati




terangsang bukan?!


eh, bukan blog porno ker?
ah, korang! asal porno jerk laju kemain!padan muka korang kena tipu! lol~
cuba klo ei direct kata, itu blog tarbiyah…ada korang nk usha?
ada?!**sigh
tipikal, kan!

ei suka usha blog tuh sebab dah rasa cm dengar khutbah jumaat jerk! kekadang baca rasa cm nk nanes jerk wey..sobs…sobs…sobs…
tp mengenangkan ei ada kat opiz, ei kaber lelajuk…malu-lah nanti abam depan ei ni nampk-kan!
khutbah jumaat?eh, ei ni pompuan ker lakik? penah join solat jumaat ker?**tanya inche gabbana…
lol~


Solat Jumaat
mestilah pompuan, tapi masa ei skola-skola dulu…arwah nenek ei selalu pasang tv1 untuk dengar khutbah jumaat…dan biasanya arwah pown akan solat sunat jumaat di rumah…maklumlah, arwah memang lumpuh jadi hanya solat duduk di atas katil jer…**oke, kat situ jom kita kagum ngan arwah, sebab walaupown lumpuh tapi tetap tunaikan yg wajib itu berbanding kita yg sempurna ini T.T


jadi, bila dah bukak tv, haruslah ei pown terdengar sekali walaupown sambil sibuk bersiap untuk ke skola agama pula~
sepanjang ei ikot parent berniaga…kemudian menunaikan yg wajib itu, tak pernah pula ayah mengajak untuk solat jumaat di masjid!
di kl?pahang?jb? semuanya ei pergi memang tak jumpa lagi-lah pompuan join solat jumaat! kalau tak, mesti ayah akan ajak punya!
citer pasal solat kat masjid, memang susah betei ei nk jumpa budak muda remaja macam ei ni kat sana! yg sibuk berlari-lari untuk mengejar berjemaah bersama tok imam. memang susah-lah wey!baru ei ingat dan perasan, patutlah mak cik-mak cik/nenek-nenek dok pandang kami!**merujuk pada ei dan kakak**
ei ingat, ei pakai telekung terbalek ker…ter-malu-malu ei bila mereka pandang sebegitu. sudahlah kami ni orang luar!


**tetiba teringat pasal solat jemaah di pagi jumaat kat masjid kota tinggi
paling tak boleh blah, imam baca surah sajadah pada rakaat pertama, bila baca surah sajadah, ada satu ayat  tuh kena sujud, ei terkejut sesangat sebab tetiba jerk dorang semua dok sujud tanpa ruqu’!

siyes wey, ei blur sangat time tuh. dan…ei pown bertambah malu nk citer kat korang apa jadik lepas tuh!


Aneh Di Surau
Benda ni jadi masa ei lepas abis SPM. dok tolong parent g niaga kat pasar lambak. Dorang niaga bukan kat area KL jerk, tapi banyak kat johor, macam Ayer Hitam, Kota Tinggi, Sg Tiram pastuh kat Pekan atau Muadzam Shah kat Pahang. Paling dekat pown dekat Banting atau Sg Buloh!


Macam ni citer nyer…setiap pagi Jumaat, kami akan berniaga di Kota Tinggi, lepas dah abis niaga + rehat semua, belah petang, kami akan bergerak ke Pekan, Pahang pula untuk berniaga pada hari Sabtu. Kekadang kami gerak waktu malam. Jalan nak g Pekan, kalau tak silap paling dekat ialah melalui Mersing dan jalannya jalan kampong.  Yang kiri dan kanan semua nye kebun getah dan kelapa sawit! Dari Kota ke Pekan makan lebih 4jam jugak lah, dah lebih kurang jerk dari KL ke JB!

Kami memang jarang menyewa hotel murah. Mana taknyer, kalau korang sampai sana pukul 2, 3 pagi, lepas tuh korang nk check out pukul 6 pagi. Kan dah dikira membazir! Jadi kami sering check in kat surau. Salah satu sebab ayah gemar check in surau atau masjid adalah senang untuk jemaah subuh. Mana taknyer, kalau kat situ, sah-sah korang akan sedar pabila dengar mereka sudah mula mengaji. ini bermakna, korang tak perlu kunci alarm pown!berbeza kalau tidur di hotel. Akibat terlalu selesa, kompom korang akan terlajak sampai tak sempat nk solat subuh pown!
Surau itu bukan saja jadi tumpuan kami, malah rakan niaga pown check in di surau itu juga. Kiranya, kami akan tidur berjemaah jugaklah.

Masa kami dah sampai surau di salah satu perkampungan di Pekan, memang dah nampak ada van-van lain sudah parking cantik diluar surau. Time tuh kami bertiga, iaitu ayah, kakak dan ei. kakak + ei nak g toilet, ayah memang pantang betul kalau kami pergi  sendiri. Ayah kata merbahaya dan sebab risau kalau-kalau ada mat pit ikut kami dari belakang. Tambahan pula, dekat toilet, memang begitu dekat dengan tempat mandikan jenazah! Depan pintu tandas saja sudah nampak pengusung keranda!Giler horror wey!


Jadinya, ayah mesti temani kami. Lepas dah pergi toilet, kami menuju ke van, ayah nak ambil kain pelekat dan sebagainya, kami pula tengah tunggu ayah. Tiba-tiba kami terdengar satu suara orang yg menjerit seolah-olah sedang mengerang. ei pandang kakak, kemudian kami pandang ayah.

Ayah tanya…

“Apa benda tu?”

dan ayah risau kalau kami yg menjerit. tapi kami geleng-geleng sebab tak tahu. Suara tu macam suara perempuan dan pastilah ianya seperti dari dalam surau kawasan perempuan. ayah macam nk pergi jenguk, tapi kami halang. sebab kami pown tak berapa nk berani. pastu ei telan air liur dan tanya ayah…


“Ayah, dalam surau ada syaitan tak?”**soklan cm kekanak!**lol~

 ei tahu syaitan itu yg biasa nya jelma jadik hantu bodoh atau mungkin jin ngok ngek yg dibela oleh pengamal ilmu ghaib.


Jadi, macam bodohlah kalau ei tanya “Ayah, dalam surau ada hantu tak?”

Kemudian ayah mula bertarbiah dengan kami…dan konklusinya adalah syaitan ada di mana-mana, tak kira walau ko ada dalam masjid sekalipun!Kalau tidak, masakan korang tengah dengar ceramah di masjid tetiba mata korang rasa berat. Nah, tidak kah itu kerja syaiton nirojim?**eh, betul jugak, kan!

oke, kami ambil keputusan untuk hanya tidur di dalam van sahaja! Biarlah panas sedikit, janji dekat dengan ayah. Suara itu? hanya sekali kedengaran dan ei pown tak berani nk tanya sesiapa…kalau nk kata kami tersalah dengar, masalahnya, bukan ei sorang jerk yg dengar…kami bertiga kot!


pasal jemaah tadi, ei terpaksa niat keluar ikut imam, dan solat sendiri sebab ei tak tahu dan tak paham…**malukan!
tapi kat situ ei dapat belajar benda baru…dan usai solat semua terus tanya ayah!lol~

9 comments:

Raihana Izzati said...

Benci tau.

I bajet stok lucah.

unfollow. lol

eiffel said...

raihana :: ececeecee...unfolo ker terus folo smua entry?!lol~

haLyZaQiut said...

masa kita kat sek men dlu, ada makcik kantin kena rasuk dalam surau...masatu cam pelik jer..dalam surau pon leh kena rasuk....tp Wallahualam la....

myMOONyet ♥ JGS oppa :P said...

kejap lagi aku bace and komen.... nak tido. panjang pula entry ko kali ni xD

eiffel said...

lija :: hurm...tuh ler pasal...kt memana pown bnda ni ley ikot kita~

mai :: oke. samat malam~

marina anakcikbob said...

surah sajadah surah yg paling kerap imam buat masa solat subuh kat teknik dulu.cipanzi kau tahu? da la ngantuk, ko pergi baca surah panjang.. seksa wooo..

eiffel said...

hahaha..pnjg giler, kn!
mklom la..aku xpenah dok asrama smua tuh..dn seingt aku, klo join camp ker xpenah ler plak dorg baca surah sajadah

kira, kt masjid tuh memg 1st time la!

Bijen M. said...

Bapak ah stim gua baca blog porno tu.
T_T

aku-amie said...

aku salu je dgr khutbah jumaaat n ikut smyg skali.. best woo.. 2 rakaat je.. hehe.. oh, aku perempuan..