salam
ei ada banyak
cerita!**entry panjang, perlukn masa lebih 5minit!
Blog Lucah
ei suka dengan
beberapa blog yg gila cam blog kepunyaan matahari, blog aqram, darkhalf dan
banyak-lah!kalau ei nak taip, memang penin gak lar nk link-kan!
manakala ei ada beberapa
blog lucah dan porno terbaik! macam blog bijen M, cucu hj Hassan dan yg paling ei
suka blog inche gabbana!serius, besh!dia punya header
saja sudah membuatkan korang teruja!
apatah lagi entry-nya yang memang
meransang! pendek kata memang terbaik-lah!
korang layan dulu,
baru korang komen~
…**sila bukak dulu
…**baca
…**hayati
terangsang bukan?!
eh, bukan blog
porno ker?
ah, korang! asal
porno jerk laju kemain!padan muka korang kena tipu! lol~
cuba klo ei direct
kata, itu blog tarbiyah…ada korang nk usha?
ada?!**sigh
tipikal, kan!
ei suka usha blog
tuh sebab dah rasa cm dengar khutbah jumaat jerk! kekadang baca rasa cm nk
nanes jerk wey..sobs…sobs…sobs…
tp mengenangkan ei
ada kat opiz, ei kaber lelajuk…malu-lah nanti abam depan ei ni nampk-kan!
khutbah jumaat?eh,
ei ni pompuan ker lakik? penah join solat jumaat ker?**tanya inche gabbana…
lol~
Solat Jumaat
mestilah pompuan,
tapi masa ei skola-skola dulu…arwah nenek ei selalu pasang tv1 untuk dengar
khutbah jumaat…dan biasanya arwah pown akan solat sunat jumaat di rumah…maklumlah,
arwah memang lumpuh jadi hanya solat duduk di atas katil jer…**oke, kat situ
jom kita kagum ngan arwah, sebab walaupown lumpuh tapi tetap tunaikan yg wajib
itu berbanding kita yg sempurna ini T.T
jadi, bila dah
bukak tv, haruslah ei pown terdengar sekali walaupown sambil sibuk bersiap
untuk ke skola agama pula~
sepanjang ei ikot
parent berniaga…kemudian menunaikan yg wajib itu, tak pernah pula ayah mengajak
untuk solat jumaat di masjid!
di kl?pahang?jb?
semuanya ei pergi memang tak jumpa lagi-lah pompuan join solat jumaat! kalau
tak, mesti ayah akan ajak punya!
citer pasal solat
kat masjid, memang susah betei ei nk jumpa budak muda remaja macam ei ni kat sana!
yg sibuk berlari-lari untuk mengejar berjemaah bersama tok imam. memang
susah-lah wey!baru ei ingat dan perasan, patutlah mak cik-mak cik/nenek-nenek
dok pandang kami!**merujuk pada ei dan kakak**
ei ingat, ei pakai
telekung terbalek ker…ter-malu-malu ei bila mereka pandang sebegitu. sudahlah
kami ni orang luar!
…
**tetiba teringat
pasal solat jemaah di pagi jumaat kat masjid kota tinggi
paling tak boleh
blah, imam baca surah sajadah pada rakaat pertama, bila baca surah sajadah, ada
satu ayat tuh kena sujud, ei terkejut
sesangat sebab tetiba jerk dorang semua dok sujud tanpa ruqu’!
siyes wey, ei blur
sangat time tuh. dan…ei pown bertambah malu nk citer kat korang apa jadik lepas
tuh!
…
Aneh Di Surau
Benda ni jadi masa
ei lepas abis SPM. dok tolong parent g niaga kat pasar lambak. Dorang niaga
bukan kat area KL jerk, tapi banyak kat johor, macam Ayer Hitam, Kota Tinggi,
Sg Tiram pastuh kat Pekan atau Muadzam Shah kat Pahang. Paling dekat pown dekat
Banting atau Sg Buloh!
Macam ni citer nyer…setiap
pagi Jumaat, kami akan berniaga di Kota Tinggi, lepas dah abis niaga + rehat
semua, belah petang, kami akan bergerak ke Pekan, Pahang pula untuk berniaga
pada hari Sabtu. Kekadang kami gerak waktu malam. Jalan nak g Pekan, kalau tak
silap paling dekat ialah melalui Mersing dan jalannya jalan kampong. Yang kiri dan kanan semua nye kebun getah dan kelapa
sawit! Dari Kota ke Pekan makan lebih 4jam
jugak lah, dah lebih kurang jerk dari KL ke JB!
Kami memang jarang
menyewa hotel murah. Mana taknyer, kalau korang sampai sana pukul 2, 3 pagi,
lepas tuh korang nk check out pukul 6 pagi. Kan dah dikira membazir! Jadi kami
sering check in kat surau. Salah satu sebab ayah gemar check in surau atau
masjid adalah senang untuk jemaah subuh. Mana taknyer, kalau kat situ, sah-sah korang
akan sedar pabila dengar mereka sudah mula mengaji. ini bermakna, korang tak
perlu kunci alarm pown!berbeza kalau tidur di hotel. Akibat terlalu selesa,
kompom korang akan terlajak sampai tak sempat nk solat subuh pown!
Surau itu bukan
saja jadi tumpuan kami, malah rakan niaga pown check in di surau itu juga.
Kiranya, kami akan tidur berjemaah jugaklah.
Masa kami dah
sampai surau di salah satu perkampungan di Pekan, memang dah nampak ada van-van
lain sudah parking cantik diluar surau. Time tuh kami bertiga, iaitu ayah,
kakak dan ei. kakak + ei nak g toilet, ayah memang pantang betul kalau kami
pergi sendiri. Ayah kata merbahaya dan
sebab risau kalau-kalau ada mat pit ikut kami dari belakang. Tambahan pula,
dekat toilet, memang begitu dekat dengan tempat mandikan jenazah! Depan pintu
tandas saja sudah nampak pengusung keranda!Giler horror wey!
Jadinya, ayah mesti
temani kami. Lepas dah pergi toilet, kami menuju ke van, ayah nak ambil kain
pelekat dan sebagainya, kami pula tengah tunggu ayah. Tiba-tiba kami terdengar
satu suara orang yg menjerit seolah-olah sedang mengerang. ei pandang kakak,
kemudian kami pandang ayah.
Ayah tanya…
“Apa benda tu?”
dan ayah risau
kalau kami yg menjerit. tapi kami geleng-geleng sebab tak tahu. Suara tu macam
suara perempuan dan pastilah ianya seperti dari dalam surau kawasan perempuan. ayah
macam nk pergi jenguk, tapi kami halang. sebab kami pown tak berapa nk berani.
pastu ei telan air liur dan tanya ayah…
“Ayah, dalam surau
ada syaitan tak?”**soklan cm kekanak!**lol~
ei tahu syaitan itu yg biasa nya jelma jadik hantu bodoh atau
mungkin jin ngok ngek yg dibela oleh pengamal ilmu ghaib.
Jadi, macam
bodohlah kalau ei tanya “Ayah, dalam surau ada hantu tak?”
Kemudian ayah mula
bertarbiah dengan kami…dan konklusinya adalah syaitan ada di mana-mana, tak
kira walau ko ada dalam masjid sekalipun!Kalau tidak,
masakan korang tengah dengar ceramah di masjid tetiba mata korang rasa berat.
Nah, tidak kah itu kerja syaiton nirojim?**eh, betul jugak, kan!
oke, kami ambil
keputusan untuk hanya tidur di dalam van sahaja! Biarlah panas sedikit, janji
dekat dengan ayah. Suara itu? hanya sekali kedengaran dan ei pown tak berani nk
tanya sesiapa…kalau nk kata kami tersalah dengar, masalahnya, bukan ei sorang
jerk yg dengar…kami bertiga kot!
…
pasal jemaah tadi,
ei terpaksa niat keluar ikut imam, dan solat sendiri sebab ei tak tahu dan tak
paham…**malukan!
tapi kat situ ei
dapat belajar benda baru…dan usai solat semua terus tanya ayah!lol~

9 comments:
Benci tau.
I bajet stok lucah.
unfollow. lol
raihana :: ececeecee...unfolo ker terus folo smua entry?!lol~
masa kita kat sek men dlu, ada makcik kantin kena rasuk dalam surau...masatu cam pelik jer..dalam surau pon leh kena rasuk....tp Wallahualam la....
kejap lagi aku bace and komen.... nak tido. panjang pula entry ko kali ni xD
lija :: hurm...tuh ler pasal...kt memana pown bnda ni ley ikot kita~
mai :: oke. samat malam~
surah sajadah surah yg paling kerap imam buat masa solat subuh kat teknik dulu.cipanzi kau tahu? da la ngantuk, ko pergi baca surah panjang.. seksa wooo..
hahaha..pnjg giler, kn!
mklom la..aku xpenah dok asrama smua tuh..dn seingt aku, klo join camp ker xpenah ler plak dorg baca surah sajadah
kira, kt masjid tuh memg 1st time la!
Bapak ah stim gua baca blog porno tu.
T_T
aku salu je dgr khutbah jumaaat n ikut smyg skali.. best woo.. 2 rakaat je.. hehe.. oh, aku perempuan..
Post a Comment