salam.
Malam semalam saya
dan Tamara di landa kebuluran lantaran hanya mengambil sarapan pagi di mc d
sahaja. Kemain gigih betei kan Tamara menemani saya menjadi Nepal. Kemudian
sibuk Tamara chating dengan saya mengatakan perutnya berbunyi sangat kuat sehingga
satu opiz boleh dengar.
Krookk krookkk
kroookkk.
Kesiankan.
…
Kami hanya lepak di
khemah makanan Thai di depan Giant.
Tomyam di situ
memang terbaik. Akibat terlalu kebulur,
saya dan Tamara langsung tidak dapat berfikir. Contohnya sebelum kami membuat pilihan
warung itu, lebih sejam kami memilih tempat makan.
Yang paling tak
boleh blah adalah kami langsung tak dapat berfikir jumlah harga makanan tadi
termasuk sarapan. Kesnya begini. Pagi tadi kan kami telah sarapan di mc d.
Seperti biasa saya akan dahulukan duit saya nanti baru claim.
Harga Mee Tomyam RM
5, jus Oren RM 2 dan sarapan pagi tadi RM 4.50. Dan Tamara memberi RM 50 untuk
saya pulangkan bakinya. Ini pown kami sangat blur macam mana nak kira. Lapar
punya pasal. Apa pown kami tak dapat fikir. Heh.
Sedang menunggu Mee
Tomyam sampai. Tamara si kaki gossip memandang awek cute disebelah meja kami.
Jenis lesbo memang cenggini. Pantang nampak awek cun. Masalahnya, si Tamara ni…haih.
Kalau lelaki kachak jangan lar cakap.Tak boleh tengok lelaki kachak sikit,
sampai terteleng-teleng kepala melihatnya terkadang dengan mulut ternganga
bagai. Katanya dia normal, tapi suka tengok awek cun. Saya tak tahulah betei ke
tak. Buat masa ni, Tamara belum lagilah melakukan perbuatan luar tabii terhadap
saya.
“Asal kau pandang
dia?”
“Dialah, awek yang
bf aku suka tu.”
“Hah?”
“Awek ni kerja kat
Guardian. Dulu dia tak pakai tudung. Sekarang ni dah pakai. Cun kan dia pakai
tudung.” kata Tamara sambil tersenyum.
“Hurm…biasa je. Dia
pandai bergaya.” kata saya tidak berperasaan.
“Ko tahu, bf aku
tu. Selalu pegi Guardian sebab nk tengok awek tu. Kekadang tak nak beli barang,
tapi nak jugak masuk Guardian.”
“Abis ko buat apa?”
“Aku layankan jela.
Memula aku sound jugak. Hah, nak tengok awek cun lah tuh! Mengada! Jom lar.”
“Eh? Ko ni betei ke
tak betei? Ko tak ada perasaan ke?” tanya saya musykil.
“Ntah. Aku oke je.
Aku siap nak mintak kan nombor tepon awek tu tok dia lagi.”
“Pastu?”
“Aku nak g lar mintak.
Pastu tetiba bf aku tarik tangan aku. Bertarik-tarik kitaorang kat depan
Guardian tu.”
“Jadah betei korang
ni! -.- Pastu?”
“Tak dapatlah nomor
awek tu. Dah bf aku dok tarik tangan aku.”
“Ko tak pe ke? Macam
mana kalau tetiba dorang kapel. Abis ko?”
“Tak apa lah! Boleh
cari yang lain kan. Kita kan dah nak pindah Annexe nanti.”
camtaek!
11 comments:
EGOkah itu?
bukan ego.tp cara baru mahu clash.lol
eh silap.cara baru menukar pasangan.lol
kihkihkihkih
mesti cube cara ini. .
damn!!!
haha perangai mcm awek aku. dia la tukang mintak nombor utk aku. lepas tu sama2 sms, ayat pancing apa nak pakai.
gwa syak tamara mmg lesbo.. Heh..
CoOL gilerk
kaloi suke care cenggini hahahaha
tamara mmg tak marah punya....hahahha
ni kapel main-main boleh la
camtaek. tapi aku suka. sbb bapak aku da penah cakap. lelaki kalau tinggalkan pompuan, sbb dia nak cari kesempurnaan. so biar. sempurna mana la manusia dlm dunia ni. silap2 dia dapat lg worst. kan?
tp ko da tunang, jgn gedik2 nak putus. aku putuskan urat sarap tengkorak ko kangggggg...
alasan je nak clash tu... aku suka pempuan cam ni...
Post a Comment