10.19.2010

1st Time dan...



salam…



hai korang…kalau ei buat entry jiwang-jiwang sampai korang nak muntah, mesti korang tanya,



‘Aku salah masuk blog ker???’



‘Tak. Inilah blog camtaek’



‘Habis tuh asal ada entry jiwang-jiwang ni???’




Oke-oke. Ini adalah blog camtaek, semua benda yang ei rasa memang camtaek ei akan tepek kat sini. Tapi jiwang itu juga terkadang camtaek, sebab membuatkan korang rasa nak muntah-muntah sampai mulut berbuih bagai terkena sawan babi!!!



Kalau nak berjiwang dengan ur couple memang ler senyum sampi ke telinga menjelang ke esok nyer. Tapi kalau orang luar baca, tak ker hidung mula mengeluarkan air, mulut pula ingin memuntah sisa makanan yg malam tadi korang da telan.



Jadi, yang indah dan jiwang dan berbunganya kita,  biarlah kita dan couple kita sahaja yang tahu.



#####




yang sebenarnya ei nak citer pasal menda lain. Semalam pak cik ei yang gedik itu telah suruh ei drive masa nak gerak balik umah. Korang imagine yer…dia nak suruh ei yang BELUM ADA LESEN, DAN TAK PERNAH BAWAK KETA JENJALAN tetiba nak suruh ei drive.



Memanglah, sekarang ni ei da ada lesen L, masalahnya ei baru sekali pegang keta kebal tuh.



DIULANGI :: BARU SEKALI, iaitu masa hari sabtu baru-baru ni.


kereta kancil dan kereta kebal adalah berbeza ye adik-adik. SANGAT BERBEZA!!!



lepas tuh, ei pulak bukannye jenis yang berani, nak amik kereta bawak jenjalan keta tuh sensorang.



masalah utamanya ialah, kawasan rumah ei ni memang KAWASAN BERBUKIT, dan tersangat banyaklah bukitnya. Even umah ei jugak betul-betul kat kaki bukit. Kalau lepak kt luar umah ei memalam tu memang besh, sebab nampak bercahaya jerk bandar cheras-balakong dan sewaktu dengannya. Nak view lagi cantik, panjat kat bukit tangki air depan umah ei tuh. Sudahlah umah ei kat kaki bukit, kat tangki air tuh pun berbukit, giler tinggi wey. Tapi ei tak pernah naik, tak berani sensorang…


*sory, ei da kelongkang




Okelah, semalam pak cik ei suruh ei bawak. Mungkin dia nak ei biasakan untuk drive dari


KELANA JAYA – CHERAS – KELANA JAYA.


duration??? standart pak cik ei bawak adalah dekat SEJAM!!!
 Iye, SEJAM!!!



itu kalau pak cik yang bawak, kalau ei yang bawak, korang jangan ler tanya berapa jam mahu sampai…huhuhu…



perasaan ei???sumpah memang gementar giler bila pegang stereng. sudahlah pak cik ei tukar stereng yg jenis licin, tangan ei plak sejuk tapi berpeluh. SANGAT LICIN!!!ei rasa kalau ei nak bawak keta kebal tuh, ei kena beli sarung tangan lah…



tapi ei cuba cool kan diri ei, supaya tak menggelabah. ei drive se-cool-cool-nyer sampai higyway NPE…masa time tu, ei da masuk gear empat, lepas tuh, mulalah pak cik ei suruh masuk gear lima…



ei tak nak, tapi dia nak suruh ei masuk jugak. ei tak nak masuk gear lima sebab ei takut ei tak boleh nak control stereng tuh, tuh belum lagi kalau jalan tak rata ker, tetiba kereta lain nak cilok masuk ker…



korang pepaham la yerk orang baru nak bermesra ngan stereng ni macam mana punya sopan, nak-nak orang perempuan…silalah paham yerk!!!



tiba-tiba time da dekat stesen KTM Dato’ Harun ada polis, cepat-cepat ei park tepi tukar driver…huhuhu



#####



bila da dekat dengan kawasan umah, dan tempat ei slalu bawak time belajar, pak cik ei suruh ei bawak lagi…



memula oke, makin lama pak cik ei lagi tak puas hati…macam-macam yang dia bising…ei sebagai driver yang masih belajar TERSANGAT STRESS!!!




singgah pulak ke klinik,

kena marah lagi, sebab salah bentikan keta…


lepas tuh, ei nak gerak, dekat situ kawasan agak sesak, sebab keta banyak parking ada yang nak masuk parking dan macam-macam lagilah…


kat situ pun ei kena marah lagi…


korang bayangkan…kiri kanan keta parking, lepas tuh ada plak keta lain sesuka hati benti, lepas tuh ada plak keta lain nak jalan…



SANGAT CAMTAEK TAHUUUU!!!



lepas tuh, si bodoh mana la parking kete bontot kete terlalu kebelakang…nyaris ei nak langgar sebab keta lain yg benti dan ada yang nk masuk tuh…



lepas tuh dengar pulak pak cik ei menambahkan tekanan dengan ei



argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!TENSION TAHU!!!!


dah lepas lorong camtaek itu…


kena marah lagi pasal simpang!!!


ei dah tengok tak ada keta ei pun terus jalan, tak benti. bila ei nak jalan tetiba ada keta laju je nak masuk. nasib ei sempat brek!



“APASAL TAK BENTI KAT SIMPANG!!!!DORANG CAT JALAN TUH MAHAL-MAHAL UTK BERHENTI…bla..bla…bla….”




lepas tuh, dekat simpang depan tuh pulak, ei bentilah kan…
sebab tadi da kena marah kan…



sekali simpang tuh bukit la pulak…


adesss…ei plak benti kat simpang tuh tak tarik hand brek…


ei dah pijak clutch ngan minyak dah…tapi kete tuh undo jugak!!!


bukan sekali tapi sampai tiga kali korang tahu!!! ei da pandang keta belakang…dah makin dekat!!!
kali ketiga nasib baik boleh…




lepas tuh, simpang nak masuk area umah pun kena marah jugak!!!
asal tak bla…bla…bla…




ei SANGAT TENSION DAN STRESS BILA DRIVE DENGAN PAK CIK ei!!!




ei masuk bilik ei nanes dan rasa down...

boleh tak kalau ei tak nak drive lagi???

ei tak ada confident untuk ambik test JPJ hari Jumaat ni!!!  T.T








p/s :: rasa taguna jerk bila tak mampu buat apa-apa bila beliau tengah sakit…kan bagus kalau dah ada lesen…ei akan jengah ke sana jaga beliau… T.T


16 comments:

Mario said...

hehe...pompuan kalau drive mmg stok nak kena marah je...biasalah tu...ekeke

hamzah ian said...

gua sedih

maisyara Pot! Pot! said...

aku tak pernah bawak kereta lagi. sedih... T____T

hiro said...

cam ta...

raina said...

bila uncle hang bising, hang langgaq jubo keta depan sikit..tobat lepas tu dia x bising dah! wahahah

Lya Colours said...

haha relax ye
baru2 pegang stereng mmg cmtuh
yg penting jgn gabra sgt

AyuZ DeathWisH said...

kata nak aku edit picture ko?
email le gambo~

haLyZaQiut said...

la...siannya...ckp ngan pakcik, sabola ye pon...nnt makin lama, makin ok la...sabar2...

eiffel said...

mario :: baru belajar memg ler -.-"


hamzah :: wat der???

maisyara :: xperk...kumpol wit pastuh g amik lesen


hiro :: apa yg camtaek tuh!!!yer gwa tau tuh yg lu nk taip knn

eiffel said...

raina :: gwa rasa dia makin bising la klo itu mcm...huhuhu


lya :: mslhnya my uncle yg kasik aku gabra!!!!cesssss


ayuz :: :P


liza :: ntah...org tua tuh xreti sbr T.T

Heidi Shafiq said...

klu camtu ko tlg amikkan test subject utk aku.. meh aku tlg amikkan test drive ko.. hehehe.. :)

elmo gemOk said...

dulu belaja drive pon takut².
skang ni keje nye racing je.
silapnya dapat cikgu ngaja gatal dengan jpj terlalu baik.

Tipah said...

eiffel, panjang sgt citer kau. aku skip terus ke bwh...hahaha!

bagus la pakcik kau dera kau camtuh. macam mak aku dera aku. sekarang bawak kereta cam samseng. langgar2 ala2 bumper car tu hal kecik lah!

eiffel said...

heidi :: great idea...meh aku amekn ko ujian undg2 tuh... :P

elmo :: huhu..ko doa kn la ea aku dpt jpj yg baik..tok luluskn aku..

tipah :: maap la yerk..aku memg slalu ke longkang...

yeker camtuh??jom racing...gyahahahahahaa

Linglung said...

derr...lu pernah dgr 'alah bisa luar biasa'?

tak pernah dgr kan?

ok ok. alah bisa tegar biasa. lama2 nanti lu handal lah tu. jgn risau. berguru dgn pengalaman :)

Catherine- said...

ei...dont give up ok!!!! stakat test jpj ngn stress ngn pacik tu....rsnya pakcik ei dh tolong ei utk lepas 100% test jpj...konfem!