10.12.2010

Jangan Tanya Lagi...Beza Model dan Tiang


salam…

oit korang…berkait dengan entry ni...malam tadi, ei masuk bilik aunty, terus mencapai penimbang digital…saja nk tengok hasil setelah lebih 2 minggu ei tak timbang…


44.8

kali kedua ei timbang

44.8

ei tak puas aty…mungkin ei berdiri tak betul kot…cuba lagi…

44.8

arghhhhhhhhhhhhhhhh!!!KENAPA??????????


plg berat yg penah ei capai…sama ada 50.2kg atau 52kg…korang jangan tanya macam mana perut ei masa tuh, macam ibu mengandung pregnant 5bulan jerk wey…lantas, bila ei menyedari, ei terus membuat sit-up setiap pagi dan malam…


kemudian berat ei makin menurun…48kg…maintain hampir 2 tahun…
sehingga puasa baru-baru ni, 46kg…
kemudian  malam tadi…


ei rasa ei semakin kuat makan sekarang ni, kat opiz, korang bayangkan…setiap pagi ei akan makan nasik lemak tambah dalam erti kata lain, nasik lemak nasik kasik lebih…letak telur mata…setiap hari…dan ianya berlaku lebih setahun…


ei makan nasik lemak sebaik sampai di opiz, lingkungan 7.00-7.30 pagi…
dulu, nasik lemak tambah+telur mata bole membuatkan ei kenyang sampai tengahari…iaitu pukul 12.30tgh


kini tidak lagi, kerana pukul 10pagi, ei da terasa lapar lagi T.T
jadi, keesokan harinya, ei beli kuih RM1 ditempat nasik lemak untuk buat bekalan…

ei dah takmo lagi citer pasal berat ei makin menurun walaupun ei da mencekik tak hengat…sudah jemu ei makan setiap jam…makan nk banyak jerk…

ah penatlah…lepas ni, lantaklah…ei malas nk amik port lagi pasal berat ei… T.T


ramai member ei terkejut lantas kagum bila tengok ei makan…tak, maksud ei, mereka kagum tengok saiz hidangan tersebut…badan kudut cam tiang, tapi selera ngalahkan orang besar, maksudnya orang bersaiz besar (obesiti)


yela, korang bayangkan…capacity atau pencapaian tertinggi yang penah ei buat


roti canai – 2-4 keping
pizza – 5-6 potong bersamaan 1box pizza bersaiz regular
ayam – ½ ekor
nasik lemak bersaiz standet – 2 bungkus



tapi, ei rasa macam banyak lagi, uncle ngan aunty ei sgt seronok bawak ei g buffet…kata mereka, bawak ei memang tak rugi…



yeah, mungkin betul…ei patot bersyukur…bersyukur kerana metabolism terlalu tinggi…menyebabkan ia tak sempat menjadi lemak terus berlalu ke proses pengeluaran hasil… -.-”



lepas ni korang jangan lagi pernah bertanya…



“Wey, berat ko bape???”


lepas tuh, ei akan belasah korang!!!

sebab ei da tak nak timbang lagi…



tak nak!!!










tak nak!!!









tak nak!!!










*oke, ei tipu…sebab ei da terbiasa timbang berat… T.T



tapi kan…



orang kata ‘Ala, muda-muda memang macam tu. Nanti bila usia dah semakin matang, dalam 25 tahun ke atas, kompem berat akan naik, susah nak turun’



Iye ke???



Hurm…mungkin…lantaklah…ei nak enjoy dan makan puas-puas…bersyukur time kurus ni… t da makin berusia…dah kawin nanti lagi teruk…eh silap, dah pregnant la…apela…lagi susah nak jaga badan…



kawan-kawan ei yang badan berisi sikit pun agak takut nak makan banyak…mereka hanya mampu melihat ei makan.Hohoho…memang patut pun ei bersyukur..tapi kesihatan???Hurm, badan kurus tak semestinya sihat kan…kena jaga gak macam mana pun…


Oke, lepas ni, ei memang dah tak kisah, orang nak panggil ei ni 




kudut = model = tiang







yeah, kami tiada beza...





Laalalalalalalalalallalalalaaaa ♪♫♪♫






p/s ada sesapa tengah cari model/tiang???

9 comments:

Linglung said...

1st!

yebbit + . + said...

takpe la tiang. kayu balak ne lak camne? uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Linglung said...

derr..skrg baru bertunang dah nafsu makan mcm gini, gua rasa dah kawin nnt lagi la..ye dak? haha..

hamzah ian said...

ringan je weh..

AJ Nismihan said...

aku dulu tak la bising sebak tak gemuk2.
cuma, orang lain la asyik bisik kenapa aku tak gemuk2.
alhamdulillah, semua sebab Allah kurniakan aku dengan metabolisma badan yang memang cargas.
makan la banyak mana pun, Alhamdulillah tak gemuk2.
maintained 65kg macam tuh jer.
memang menjeleskan.

tapi.

umur 25.
bila dah kawin.
3 bulan jer.
65kg jadi 82-85kg.
lepas tuh tak reti nak turun2dah.
la nih
maintained 78kg.
dan tak turun2dah.
naik?
ah, jaga makan sudah.

so.
enjoy being who you are now and then.
life will change and evolve by time.
metabolisme too.
they change as your hormone change too!
hehe

got it?
or, you will,only when the time comes.

=)

trust me that!

eiffel said...

linglung :: gedik ah!

yebbit :: kayu balak tuh gagah perkasa kot..ngehngehngeh

linglung :: ntah...gwa xtau :P

hamzah :: kan...senang ditiup angin

aj ::yeah, i trust it!t klo da kawen, susah lak nk turun kn berat..huhu

haLyZaQiut said...

wahh ringannya diaa...meh dokong...hhhaa...

J. Abdullah said...

hi tiang.

PS: jaga sikit makan lu tu. kang sia-sia je kena diabetes.

Sasa Al-Sharif said...

Kisah tiang tak serupa model.. aku follow ko ok