salam…
PER
:: :: Ini bukanlah entry bodek yang mintak penyepak, tapi hanyalah entry
camtaek. Layankan saja.
“I
love u Linglung!!!!!!”
“Marry
me, Linglung!!!!!!!”jerit tempik peminat Linglung bergumpita menjadi satu. Jeritan
mereka bagaikan dirasuk setelah Linglung membuat persembahan.
“You’re
hot, Linglung!!!!” satu suara parau kedengaran. Lagaknya seperti seorang gay
yang dahagakan boops yang mantap.
Pelbagai
ragam ummat manusia di konsertnya.
Linglung
yang tampak seronok digilai peminatnya hanya tersenyum. Dia tidak peduli
peminatnya gay atau tidak. Semuanya dilayan sama rata. Bangga dengan sambutan
yang memberansangkan dari rakyat Mesia. Minggu depan dia ada persembahan di Nepal
pula. Makin famous Linglung. Rezekinya mencurah-curah.
####
“Hoit!!!!”
satu jeritan singgah di telinganya.
“Oh,
bom meletup!” Linglung tersedar dari mimpinya lalu melatah.
“Bom
apanya?” tanya Apiz, rakan serumahnya.
Linglung
kemudiannya mengeluh. Terimbau kembali mimpinya sebentar tadi, lalu dia
tersenyum.
“Lu
apasal? Tersengih-sengih cam tak betul.”
“Hehehe…mana
ada.”
“Lu
kata nak g jogging. ” tanya Apiz.
“Aiseh,
dah pukul bape ni, der?”
“Dekat
pukul 5 petang kot.”
“Hah?!Apasal
lu tak gerak gwa awal!Cis!!!”
“Ah,
lu macam ada date dengan awek. Lu kan gay!” perli Apiz sambil ketawa.
“Shut!”
jerit Linglung. Panas sungguh hatinya, sudahlah dia lambat, kawannnya mengatakan
dia gay pula. Nasib baiklah kawannya itu gerakkannya, kalau tidak…
#####
Linglung
menuju ke keretanya BMx, Z4 kaler merah berkilau. Masuk sahaja, dia tersentap
demi melihatkan pelekat P di sisi kirinya, hujung pelekat tersebut seperti
hendak tertanggal.
“Shit!”Bibirnya
mula laju mencarut.
Walaupun
Linglung sudah memiliki lesen kompeten, namun dia sangat menyayangi pelekat
tersebut.Pelekat P yang mempunyai autograf Maher Zain memang dicemburui oleh
rakan-rakannya. Ada yang sanggup membeli beribu-ribu, tapi tidak terniat
langsung di hati Linglung untuk menjualnya.
Linglung
cuba bermain air liurnya untuk menghasilkan buih. Katanya lagi mampan, lebih kuat
melekat dengana adanya buih.
Ptuih.Ptuih.Ptuih.
Ludah
Linglung sambil mengeluarkan kahak berwarna kekuning-kuningan ke jarinya. Lalu
diratakan ke pelekat tersebut. Kemudian dilekatkan kembali ke cermin keretanya.
#####
Linglung
memecut sehabis boleh sambil mengerling jam tangan Tag Hew Hew nya yang dibeli
ansuran 12bulan. Jam menunjukkan hampir 5.30petang.
‘Ah,
lambat!’ Linglung terus meneken pedal minyak sehingga cecah lantai. Lajunya
jangan ditanya. Segala teknik memotong seperti potong angin,
potong kek, tak-bagi-can, dan pelbagai lagi teknik-teknik yang mungkin
membangkitkan amarah dan sumpah serenah pengguna lain. Bunyi-bunyi hon tidak
langsung dipedulikan, yang pasti dia mesti cepat.
#####
Angin
berpuput sepoi-sepoi basa lalu menyejukkan hati yang sedang dilanda kegelisahan.
Bunyi burung kelicap seolah-olah
menyambut kedatangannya di taman rekreasi itu. Tidak ramai pengunjung pada hari
itu. Maklum sahajalah, hari bekerja.
Linglung
mula membuat regangan otot. Matanya melilau mencari kelibat wanita itu. Dari
kepala hingga kaki dia sudah habis membuat regangan, namun bayang wanita itu masih belum kelihatan. Kemudian diulangnya
sehingga lapan kali iaitu 40minit. Tiba-tiba matanya terlihatkan bayang wanita
yang ditunggu-tunggunya.
‘Sah,
itulah tulang rusukku yang hilang.’ bisiknya dengan yakin. Linglung berlari
dengan semangat. Dia tidak mahu terlepas hari ini.
Linglung
berlari jogging membontoti wanita itu sambil mengerling saiz susuk tubuh wanita
dihadapannya yang hanya bersinglet dan berseluar pendek.
34-25-33
‘Saiz
yang mampan!’ bisik hati nakalnya.
Pabila
tiba di sudut yang terdapat tiang dan pondok untuk regangan, Linglung cuba
untuk menggunakan teknik mengorat yang tipikal.
“Hai,
sorang je?” tegur Linglung.
Wanita
itu hanya berpaling tanpa sepatah kata lalu tersenyum dan mengangguk.
“Selalu
ke datang sini?”
“Tak
adalah.”
“Iyeke?
Tapi I rasa dah berapa kali nampak U kat sini” tanya Linglung cuba menjual
minyak.
“Er,
I rasa baru dua kali I datang sini.” jawab wanita itu.
“Oh,
patutlah. Muka U nampak familiar.By the way, I Linglung. U?” ayat cover
Linglung.
“I
kenal U. U tak perlulah nak ayat I. I ni hanya pilih lelaki yang suci dan tidak
ternoda.”
“Hah???” Linglung tergamam bagaikan terkena halilintar.
“U
ingat U tukar header blog dari muka Amy Search and then pura-pura jadi Maher
Zain, I tak dapat cam U ke? ”
“Whatder???”
Wanita
itu terus meninggalkan Linglung yang terpinga-pinga. Dirasakan seperti tulang
rusuknya dilanyak-lanyak dan dicampak ke dasar laut yang sangat dalam.
…
PER
:: Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, walau pun ada kaitan dengan yang
hidup atau yang tiada lagi. Sekiranya terdapat adegan yang sama, itu hanyalah
kebetulan dan karma saja.
p/s
:: Cerpen ini ditujukan khas untuk abam Linglung yang bernyanyi berkali-kali di
entry lepas.

25 comments:
brand baru
tag hew hew
hahahaha
Lya Colours :: kahkahkah!!!itulah pasal!
haaa..tyeruskan menulis camni..
jangan ada madah berhelah macam aritu..sumpah aku xreti bab sastera lama ni..
kalah gua.
mmg camtaek!!...hahaha..pelekat P tuh mmg gua nafi keras-keras! tak sekali-kali gua sanggup bawa kereta berpelekat sebegitu..malu derr! lu lain la..kl g kj dok main gear 1 gear 2 je..kahkahkah!
marina :: ngehngeh..ko ni gedix lar xP
hiro :: aish...xderk la..prasaan lu jerk tuh
linglung :: kahkahkahaktuih!!!!
ecececeee...mentang2 la zaman lu dlu xsempat pkai plekat P tuh..eksen ea!mencik!!!!!
jadah apa pkai gear1 -2 jerk!!!keji lu kan!!!huh!!!
marina :: ngehngeh..ko ni gedix lar xP
hiro :: aish...xderk la..prasaan lu jerk tuh
linglung :: kahkahkahaktuih!!!!
ecececeee...mentang2 la zaman lu dlu xsempat pkai plekat P tuh..eksen ea!mencik!!!!!
jadah apa pkai gear1 -2 jerk!!!keji lu kan!!!huh!!!
gua harap2 yg part BMW tu adalah satu doa..amiiin :)
kete BMW jeker?jam tgn cap TAG xmo?? xP
tag hew hew tu gua tak berapa berkenan sangat, nak sebut pun terjuih2 mulut, gua juga yg susah nanti..haha
kahkahkah!!!mulut terjuih2 itukn seksi...lagi tebal, lagi muncung, lagi bagus!myahahhaahaha
amiin...cukup 44kali, t kete BMW ada depan umh lu!
hahaha... linglung da mcm moderator blog ni dah..
cikpepel :: kahkahkah...linglung memg mcm tuh, suka melawat gwa berkali2...
Linglung dah popular mcm justin bibir..
whoopz :: kahkahkah..lu jgn xtau..justin bibir tuh idola dia kot
aku tak paham ni. kena baca entry linglung ni xD
maiMOONyet :: ko kene baca dua2 punya entry...baru ko akan paham..myahahahahahaaa
whooopsss. Linglung bawak BMW? Nk ngorat boley? HAHA
Hehe, ingatkan masuk contest ape lah tadi wat cerpen. =)
ngek. haha. ni satu ag sal linglung. grrr ;p
Adeqq :: ececeecee..time2 ni baru nk ngorat linglung...
ni test power jerk xP
macy :: lor...jeles ker...nk kita wt pasal macy lak ker xP
justin bibir? tampar mahu? haha
linglung :: ecececceee..memalu plak nk ckp ko beli cd ORIGINAL justin bibir lagik!
p/s :: kerap melawat nmpk!!chill oke..t klo ada entry camtaek khas tok lu, gwa war2 kan segera ye xD
ehhh...hahaha.....air liur basi linglung membawa berkat!
oitt..aku tgh cari shampoo macy humairah. mane nk dpt ekk???`
siyes shit! hahaha
oh,ko da berjaya buat reply to komen..
hurayh!
Post a Comment