12.20.2010

Percubaan dan Peraduan


salam untuk semua…


eiffel sekarang ini sudah sedikit sibuk kerana telah terturut ‘serta’ dalam pertandingan ‘99 Kisah Klasik Kita’.





Kini, eiffel sedang memampankan ilmu dalam penulisan. Al-maklumlah, eiffel seorang yang tidak minat dalam penulisan namun hanya berminat untuk membaca, membebel, merapu, mencarut dan melastik bintang. 


Maaf, melastik bintang bukanlah hobi eiffel. Mungkin melastik angan lebih tepat gamaknya.


Bagi eiffel, penulisan itu bukan nan enteng. Banyak yang perlu dipertimbangkan…banyak yang perlu disampaikan dan perlu banyak lagi mengkaji. 


Itu belum lagi harus memikirkan konsep cerpen sama ada genre romantis, seram, thriller, watak yang wujud, plot, konflik, klimaks, klise beserta gaya bahasa yang indah seperti paradoks, metafora, simile, dan bola-bola api. 


Sekali lagi, bola-bola api bukanlah satu gaya bahasa yang terdapat dalam komsas. 


Habis bola apa yang ada?



Oh, hiperbola mungkin.
Nah, tidakkah kepeningan eiffel jadinya.



Jangan ditanyalah keputusan bahasa Melayu eiffel pada ketika SPM…hendak dikatakan perosak bahasa itu, mungkin tidaklahkan. Tapi tidak pula eiffel melantamkan kerana keputusannya tidak semegah mana.



Aish, makin pening lagi.



eiffel akan menelaah lagi pelbagai karya cerpen agar dapat sedikit bantuan.


Menang kalah bukanlah visinya. Itu mungkin hanyalah satu ganjaran. Ganjaran untuk mereka yang telah laksanakan sehabis baik.



Kepada juri-juri, jangan pilih warna bulu sangat. Kita 1Malaysia asalnya 1 warna juga.




Semoga berjaya kepada mereka yang menyertai peraduaan tersebut. Semoga dapat bertukar pendapat, idea dan kemahiran yang ada.




p/s :: Kagum dengan penulisan indie Mat Gorn dan Linglung. Jangan kedekut-kedekut ilmu, tahu.    xP

20 comments:

kata kila said...

CAIYOK CAIYOK EI

eiffel said...

katakau :: YOLA KILA..

er, perlu ker CAPSLOCK tuh? -.-"

marina anakcikbob said...

aku xpaham la bahsa tah hapa2..
pening palotak..

eiffel said...

marina :: kahkahkah!!!ko ni camtaek tau!

penat aku karangkn agar menjadik karangan A..nyampah la ko ni xP

♥ Juliana Violet ♥ said...

Hihihi,
Thanks for joining tau dear... :)
Vee yang suka menulis ni pun penulisan tak se'mantap' penulisan eiffel. :)

Juri-juri takkan pilih bulu.
That's why Vee memilih betul2 sebelum pilih siapa juri-juri yang akan beri markah pada kesemua peserta nanti. :)

Semuanya berbeza latar belakang dalam penulisan dan karakter. :)

All the best dear! (^^,)

eiffel said...

♥ Juliana Violet ♥ :: hohoho..bukan camtaek?

oke2 siyes..

hopfuly camtuh lar gamaknya..

gusar jugak nih..hukhukhuk

Whoopz said...

Gud luck cik ei.. Teruskan memampankan penulisan lu..

eiffel said...

Whoopz :: hohoho...agar termampan yerk xP

Catherine- said...

ei....gud luck yer.... i pun tgh pening2....grrr~ ;)

eiffel said...

@Catherine- :: hohoho...majulah sukan untuk negara!!!!!


erk?

Linglung said...

gua cadangkan lu buat cerpen sapen thriller 'pengalaman memandu berspelekat P di kereta'..haaa..amacam?

terima kasih tlg upkan entri promo ni, gua kasi up dekat http://www.facebook.com/akulinglungblog..

*senyum :)

Linglung said...

all the best utk lu & Catherine..hehek :)

eiffel said...

Linlung Tanglung :: Kahkahkah!!!

agak camtaek yerk lu punya idea tuh
-.-"

Linglung said...

lu siapkan rangka karangan cerpen pendek saspen thriller ni dulu kemas-kemas, gua rasa boleh jadi hit ni nanti! terutama di kalangan pemandu2 lembah klang yg ada pengalaman hampir2 kena langgar dgn lu...kah kah kah!

eiffel said...

@linglung tanglung :: haish...lu betol kasik gwa bikin panaz!lu stanby jerk kat situ...*ancaman gwa kat lu! xB

hiro said...

femes nnt jgn sombong pula.

eiffel said...

@hiro :: terima kasih atas nasihat juri...

insya'allah...

::cdot the dot:: said...

gd luck..

Mah@mahu said...

Singgah nak ajak jawab servay kat my blog... pada yg dah jawab abaikan masej ini..

areleaf said...

gua cadangkan lu tarik diri awal2..dengar kata jejaka bernama areleaf yang join kontest ni tu boleh tahan champion jugak dalam bidang cerpen mencerpen ni..

sudahlah champion,bersahabat pulak dengan artis seperti mofasad..


kehkehkeh..