salam
untuk semua…
eiffel
sekarang ini sudah sedikit sibuk kerana telah terturut ‘serta’ dalam
pertandingan ‘99 Kisah Klasik Kita’.
Kini,
eiffel sedang memampankan ilmu dalam penulisan. Al-maklumlah, eiffel seorang
yang tidak minat dalam penulisan namun hanya berminat untuk membaca, membebel, merapu,
mencarut dan melastik bintang.
Maaf, melastik bintang bukanlah hobi eiffel.
Mungkin melastik angan lebih tepat gamaknya.
Bagi
eiffel, penulisan itu bukan nan enteng. Banyak yang perlu dipertimbangkan…banyak
yang perlu disampaikan dan perlu banyak lagi mengkaji.
Itu belum lagi harus memikirkan
konsep cerpen sama ada genre romantis, seram, thriller, watak yang wujud, plot,
konflik, klimaks, klise beserta gaya bahasa yang indah seperti paradoks, metafora,
simile, dan bola-bola api.
Sekali lagi, bola-bola api bukanlah satu gaya bahasa
yang terdapat dalam komsas.
Habis bola apa yang ada?
Oh,
hiperbola mungkin.
Nah,
tidakkah kepeningan eiffel jadinya.
Jangan
ditanyalah keputusan bahasa Melayu eiffel pada ketika SPM…hendak dikatakan
perosak bahasa itu, mungkin tidaklahkan. Tapi tidak pula eiffel melantamkan kerana
keputusannya tidak semegah mana.
Aish,
makin pening lagi.
eiffel
akan menelaah lagi pelbagai karya cerpen agar dapat sedikit bantuan.
Menang
kalah bukanlah visinya. Itu mungkin hanyalah satu ganjaran. Ganjaran untuk
mereka yang telah laksanakan sehabis baik.
Kepada
juri-juri, jangan pilih warna bulu sangat. Kita 1Malaysia asalnya 1 warna juga.
Semoga
berjaya kepada mereka yang menyertai peraduaan tersebut. Semoga dapat bertukar
pendapat, idea dan kemahiran yang ada.

20 comments:
CAIYOK CAIYOK EI
katakau :: YOLA KILA..
er, perlu ker CAPSLOCK tuh? -.-"
aku xpaham la bahsa tah hapa2..
pening palotak..
marina :: kahkahkah!!!ko ni camtaek tau!
penat aku karangkn agar menjadik karangan A..nyampah la ko ni xP
Hihihi,
Thanks for joining tau dear... :)
Vee yang suka menulis ni pun penulisan tak se'mantap' penulisan eiffel. :)
Juri-juri takkan pilih bulu.
That's why Vee memilih betul2 sebelum pilih siapa juri-juri yang akan beri markah pada kesemua peserta nanti. :)
Semuanya berbeza latar belakang dalam penulisan dan karakter. :)
All the best dear! (^^,)
♥ Juliana Violet ♥ :: hohoho..bukan camtaek?
oke2 siyes..
hopfuly camtuh lar gamaknya..
gusar jugak nih..hukhukhuk
Gud luck cik ei.. Teruskan memampankan penulisan lu..
Whoopz :: hohoho...agar termampan yerk xP
ei....gud luck yer.... i pun tgh pening2....grrr~ ;)
@Catherine- :: hohoho...majulah sukan untuk negara!!!!!
erk?
gua cadangkan lu buat cerpen sapen thriller 'pengalaman memandu berspelekat P di kereta'..haaa..amacam?
terima kasih tlg upkan entri promo ni, gua kasi up dekat http://www.facebook.com/akulinglungblog..
*senyum :)
all the best utk lu & Catherine..hehek :)
Linlung Tanglung :: Kahkahkah!!!
agak camtaek yerk lu punya idea tuh
-.-"
lu siapkan rangka karangan cerpen pendek saspen thriller ni dulu kemas-kemas, gua rasa boleh jadi hit ni nanti! terutama di kalangan pemandu2 lembah klang yg ada pengalaman hampir2 kena langgar dgn lu...kah kah kah!
@linglung tanglung :: haish...lu betol kasik gwa bikin panaz!lu stanby jerk kat situ...*ancaman gwa kat lu! xB
femes nnt jgn sombong pula.
@hiro :: terima kasih atas nasihat juri...
insya'allah...
gd luck..
Singgah nak ajak jawab servay kat my blog... pada yg dah jawab abaikan masej ini..
gua cadangkan lu tarik diri awal2..dengar kata jejaka bernama areleaf yang join kontest ni tu boleh tahan champion jugak dalam bidang cerpen mencerpen ni..
sudahlah champion,bersahabat pulak dengan artis seperti mofasad..
kehkehkeh..
Post a Comment