salam…
ei nak tanya pendapat korang…
ei pown sebenarnya tak berapa nak paham sangat…sebab ei
hanya diberi sedikit info sahaja…
Hey, ini bukan tipu-tipu tau…bukan cerpen atau novel yg indah untuk korang tunggu-tunggu penamatnya.
Ini betol-betol punya yg sedang
berlaku…
*sila baca dengan dahi berkerut*
Mula serius...
katakanlah…korang ada kawan…kita namakan dia dengan AB (bukan
nama sebenar) la ea…senang skit nk citer
#####
AB nih dia bekerja dalam bidang penghantaran…ala macam
posmen, mat dispatch smua tuh…
Jadi, keje dia mestilah menghantar barang kan…dalam dia
menghantar barang…Satu ari, ada kawan satu tempat keja dia kena tangkap…sebab
disyaki mencuri barang company…bukan company dia sendiri tapi mungkin company
penerima barang tersebut.
Kini…kawan AB telah dilepaskan...dan pihak polis sedang
mencari AB, kerana dia disyaki menjadi dalang dalam kecurian... dan waran
tangkap telah dikeluarkan. Pihak polis mencari AB dirumah, pada ketika itu AB
belum pulang dari kerja. Kesnya itu telah menjadi bualan hangat dikawasan
kejiranannya.
Setelah dia pulang, dia dihalang pulang ke rumah oleh kawan
sekerjanya yg tinggal berdekatan dengan rumahnya.
AB yang tidak mengerti apa-apa, ingin menyerah diri di balai
polis kerana dia berasa yakin yg dia tidak bersalah.Jadi, untuk apa dia berasa
takut. Tetapi, kesemua kawan-kawannya menghalang dan dia telah dimomokkan
bahawa polis Mesia ini amat kejam.
Kata kawan-kawannya, sekarang polis da dapat bukti, bahawa
AB yg bersalah, dan AB pula tiada bukti dan alibi yg dapat memastikan dia tidak
bersalah. Jadi sekiranya AB menyerah diri, sudah pasti dia akan dipaksa untuk mengaku
salah walaupun AB tidak bersalah. Klo AB masih berdegil dan tidak mengaku pihak
polis pasti akan menggunakan kekerasan…apalagi, sudah tentulah AB akan dibelasah sehingga mengaku…betol
tak???
Mungkin sehari dua korang bolehlah bertahan dengan pukulan
kejam encik polis, tapi klo da setiap hari korang dibelasah, siapa akan tahan.
Betul tak??? Pastilah korang akan mengaku dalam terpaksa.
Itulah yg diperkatakan oleh kawan-kawan AB. Sekaligus
membuatkan AB membatalkan niat menyerah diri lalu dia terpaksa meninggalkan
umah sewanya dan menjadi seperti pelarian.
Hal ini begitu kecoh, mana taknyer…dah kes polis…sehinggakan
bos AB dan keluarganya di kampong dapat tau.
Tetapi, bos AB percayakan AB dan bosnya juga yakin dan pasti
bahawa AB tidak terlibat langsung dalam kes kecurian tersebut…Hal ini kerana, selama AB bekerja bos dia tidak mendapat sebarang masalah...dan pelanggan mereka juga tidak pernah complain tentang kerja AB. Jadi, bos AB pun
melantik seorang peguam.
Dalam masa yg sama kawan sekerja AB yg pernah terhutang budi
dengan AB, telah menjumpai AB lantas mengajak AB untuk menetap dirumah
companynya (sekarang kawan AB kerja lain).
Seperti yg korang sedia maklum, bukannya murah nak hire lawyer
ni. Dengan gaji AB yg tak seberapa. Tapi disebabkan AB adalah orang kepercayaan
bosnya, bos dia tak berkira.
Namun, setelah duit habis beribu-ribu tapi mereka masih tak
dapat bukti atau jalan untuk membubarkan kes tersebut. Tetapi hanya mampu
menutup kes itu sementara sahaja.
AB mampu menarik nafas lega sedikit. Walaupun waran tangkap
itu tiada expired date, tapi sekurang-kurangnya dia masih boleh berkerja namun
AB perlu sedikit berhati-hati.
Selepas dua minggu, AB dikejutkan dengan panggilan bosnya.
Bahawa ada pihak polis yg lain pula yg membuka semula kes tersebut dan
kebarangkalian operasi untuk menjejaki AB akan dilakukan.
Dan kini, hidup AB semakin tertekan. Manakala bosnya seperti
menyalahkan AB, kerana tidak berhati-hati.
AB telah buntu dan tidak tahu apa yg perlu dilakukan.
1. Apakah dia perlu terus menjadi pelarian sebegini???
tapi
Sampai bila dia ingin menjadi pelarian???
atau
2. Dia serah diri dan tetap dengan pendirian bahawa dia tidak
bersalah???Dan biar dipukul sehingga mati pun dia tidak mengaku. 'Berani kerana benar'???
Atau
3. Serah diri dan mengaku salah walaupun hakikat dan
kenyataannya tidak salah???
Klo AB ini adalah kawan korang, apa tindakan korang???
a. Suruh serah diri jer.
b. Terus-terusan larikan diri.
Note :: Yg terlibat dalam kes kecurian ni…bukan sorang…mungkin
lebih 2 orang…dan kesemuanya telah resign dan terus menghilangkan diri…
p/s :: Boleh korang tolong???…ini serius!!! -.-”
12 comments:
kalau landax jadi AB,landax x kan sanggup untuk berdepan dengan polis..
ya,polis akan sedaya upaya menjerat anda~sehingga anda terlepas cakap..kalau anda kebal,dan tahan..mungkin boleh serah diri dan tunjukan diri x bersalah..tapi,kalau landax,landax akan cari budak yang betul2 buat tu,cari,bagi polis..
konfius aku...hehehe
bumi malaysia ni susah nk cari keadilan lagi...sape yg kita boleh percaya? pulis? hakim? lowyer? ketua kg? PM? wakil rakyat?
peduli ke mereka tu pada rakyat yang tak ada apa2 ni...
serah diri susah.... lari pun susah...
bak kata seorang china dalam tv3 dulu..
hidup susah..mati pun susah...
dulu,kini dan selamanya..gantungkan harapan kita pada YME....
hnya pada DIA ada jalan keluar yang kita tak sangka sangka...
di dunia..penjahat sebenar mungkin selamat..tapi di akhirat....takkan sekali...
sedap lak nama pengkomen fez tu..
errr..
kalau alvin kan..
alvin mesti serah diri.
letih la alvin nak jd pelarian..
alvin percaya..
polis mmg antara makhluk kejam..
all cops are bastard kata encek roslan..
complicatednyer citer ni..ni kisah benar ke x niehh....
encHIx laNDax :: thx for ur idea..
ahmad endo :: kt mne konpius tuh???
si para para :: yup..this r reality..
alvin :: hurm...r u really sanggop kne blasah wif corp??
yup..polis mesia memg kejam..ei da tgk 1video...mcm mne polis blasah org..skit sgt aty tgk...
haLyZaQiut :: ini kisah benar!!!sedang berlaku...
sekarang ni ko kena cte dlu, pe bukti yg polis tu ada nk ckp die curi?
razman :: aku xtau r...sbb yg tuh dorg xciter detail plak..
slh satu yg aku tau..kenderaan tersebut..kenderaan yg AB slalu guna masa kje..
c. sembahyang istikarah. haha
sayu gua baca. kalau si AB tu mmg betul2 xbuat, mmg laknat la hidup sape yg buat kerja tu..
tp gua xada apa2 idea utk benda ni, bidang gua lain, kalau gua bg opinion pun gua rasa x boleh pakai..
apapun, gua doakan semoga kebenaran berpihak kpd AB atau sape2 yg di pihak yg benar.
kiba :: thankz..
Linglung :: hurm..tuh r kan...
gwa pown xderk idea...cmne nk tlg...huhu
tak yah serah diri.. tak salah kan? tak payah jugak lari2.. wat kerja macam biasa.. lagipon bos masih caya kat dia kan? erk? boleh ke gitu?
Post a Comment